Thursday, June 23, 2011

MPIP dalam kenangan..

Terasa teruja sangat2
apabila singgah disini
belajar dari tahun 1994 hingga 1996...

banyak kenangan manis pahit tercatat disini

Seronok ada adik beradik angkat di sini
kami 8 orang semuanya...
ALONG ,ANGAH,ALANG,UDE,ANJANG, ATEH,ACHIK dan USU
banyak kenangan tersimpul disini......
bilalah ada rezeki kami nak berjumpa...
sanagat2 rindu dengan kalian

Kat sini juga ibuayu ambil lesen memandu
murah je zaman tu
rasanya dalam 300 lebih je...
ayahnas bila tahu ibuayu ambil lesen dia pun sibuk nak ambik jugak
tercabarlah tu makwe ada lesen..
ibuayu bukan kaki ponteng kuliah
tapi hari nak ambil lesen tu susup keluar jugaklah...
alhamdulilah sekali ambil lulus

dan
yang istimewa kat sinilah ibuayu bertemu jodoh
ibuayu ni bukan glamour mana pun
ayahnas lainlah 
dia pemain bola sepak maktab so femeslah sikit
sikit je bukan banyak sangat pun


Ibuayu kelas lain dengan ayahnas
tapi kami sama dalam unit beruniform iaitu Pengakap
dan macam2 aktiviti kami jalani
asal dari gossip akhirnya dua hati menjadi satu
ialah sebelum masuk maktab ibuayu baru frust tertonggeng
so takde jiwa nak cari pakwe masa tu
memang ingat datang nak belajar je...
tapi dah jodoh ibu ayu disini
alhamdulilah dialah insan yang terbaik pernah ku temui
"




alhamdulilah
ibuayu mendapat CEMERLANG semasa di MPIP
penat lelah belajar berbaloi jugak
( belajar ke....keh3)


ini blok pentadbiran


ini kelas ibuayu dan ayahnas..
kami sebelah menyebelah je
ayahnas selalu gak intai ibuayu
nasib baik masa intai ibuayu tak tengah tido kantoi...
lepas tu kalau pensyarah takde ibuayu tentu gi library
ayahnas apa lagi mulalah mengekor lak lepas tu
tapi kami ni takdelah berkepit je kerjanya
cuma jumpa waktu kuliah and hujung minggu kalau free.....

"



ini dewan
kenangan ibuayu berlatih teater,
terlibat dalam tarian endang,
dan tarian zapin masa malam bahasa melayu..
"
ayahnas lak masa tu terlibat dalam kumpulan muzik maktab
main gitar and menyanyilah kerjanya....
tu yang lagi tangkap cintan
bila dengar ayahnas nyanyi lagu cinta krystal



ini cafe maktab
ingat lagi kalau rehat nak cepat je...
lepas dah makan singgah beli maruku aci 
hidup lagi tak ye aci tu
tapi sekarang ni kalau nak makan maruku pun memilih gak sapa yang buat...


aduhai rindunya
tapi masa tak boleh berulang semula
jadi hargailah masa selagi kita bernafas di muka bumi ini....

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015