Tuesday, June 7, 2011

JB-Wedding Sepupu

hari Sabtu ibuayu yang drive ke JB
ayahnas dah ke Penang
nek kiah dah ke JB hari Rabu
So dari MT singgah ke Krubong untuk ambil atuk Mail
Alhamdulilah berjaya menempuh dugaan mengantuk yang amat sangat
Selalu ayahnas bawa ibuayu membuta
La ni kita lah yang kena celik mata

Sampai terus ke Majidi
Makan daging masak asam yang memang sangat2 meletop
 
lepas tu tunggu Long yang tengah mengalami kesesakan dr Kajang nak ke JB ni


dak miza ni suka sangat nak peluk faiz
baru tahu takut faiz ni
"
last2 dah lama sangat tunggu ibuayu yang gi check in dulu

Malam gi Dinner

tapi ibuayu duk rumah pengantin jelah
sebabnya faiz yang memang tengah sedap tido

tapi bila dengar ada Datuk M Nasir datang 
melonjak2 jugak jiwa ni nak gi tengok

ni lah pengantinnya
 
nasib baik nek kiah paham
tukar turn jap jaga faiz
dapatlah bergambar dengan Datuk dan isterinya


Pagi tu dalam pukul 11 gi semula ke majlis perkahwinan
macam2 ada
walaupun hujan renyai tapi ramai tetamu yang hadir


faiz memang suka sebab ramai abang-abang  yang melayan



ini pelamin kat pentas luar rumah



 yang ni pelamin dalam rumah


ni sanding waktu siang


Jam 5.00 bertolak balik ke Melaka
Alhamdulilah walaupun sesak sikit kat area bemban tapi kenderaan tetap bergerak.

Dalam 8.00 malam selamat tiba di Krubong
Walaupun penat tapi puas

Semoga Dilla dan Diddie bahagia ke akhir hayat

2 comments:

a kl citizen said...

cantiknya pelamin...

DeQWa said...

wah,datuk M nasir dtg tue....
ade hubungan sedare ke ngan m nasir nie..kot2 la sepupu sepapat @ bau2 machang..hhehehe

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015