Sunday, March 6, 2011

Al Fatihah

Kawanku ini telah kehilangan suami tercinta 2 tahun yang lalu
dan hari ini pula telah  kehilangan anak lelaki sulong,

Ajal Maut ditangan Allah
setelah hampir dua minggu duduk di ICU hari ini Allah telah menjemputnya kembali

Baru berusia 25 tahun ,
Anak sulong kepada 7 beradik,
Baru bernikah bulan 11 hari tu...
Merupakan tempat pergantungan adik beradiknya
Seorang yang rajin beribadat
Seorang yang ceria
selalu singgah ke bilik guru sambil berlawak apabila mahu mengambil ibunya .

Terasa insaf ketika menziarahinya di hospital hari itu,
pada mulanya telah beransur pulih
dan pagi tadi terkejut apabila dikatakan dia telah tiada,

semoga kakakku ini akan tabah dan kuat menghadapi ujian darinya.
semoga rohnya di tempat bersama2 org beriman

AL FATIHAH
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015