Hari Sabtu 26 MAC 2011 ..sejarah keluarga HJ Dalip tercipta..
HJ DALIP ni atuk kepada ibuayu
atuk dalip dan nek tepah telah kembali ke rahmatullah (al fatihah)
nek kiah punya adik beradik 11 orang + seorang sudah meninggal dunia
alhamdulilah semuanya yang ada dapat menghadirinya
"
"
ingat lagi hampir 10 tahun lalu masa tu fauzan umur dalam 2 tahun
kami membuat hari keluarga di Sri Pena PD..
sekarang ni fauzan dah berusia 12 tahun..bayangkan lama tak buat
tak buat hari keluarga bukan bermakna kami tak jumpa.. masa RAYA memanglah jumpa..
"
"
mula2 frust jugak sebab ibuayu kena kursus sabtu tu..ahad kuliah
tapi nasib baik ada kawan2 yang baik hati..
jadi selepas gi sekolah je terus cabut ke Pengkalan Balak
kami buat di Restu Resort
tempat yang sangat-sangat selesa.....
Ayahnas lak tak dapat join sebab ada game kat Kedah
pagi tu buat sukaneka..tapi sebab ada yang lambat dalam pukul 10.00 jugak acara bermula..
Mic pulak tak de..terpaksa menggunakan suara original untuk menggantikannya..
ialah cikgukan suara mesti kuat..keh3
Tak dapat nak bayangkan keseronokkannya ..
sampai hilang suara bagi arahan
hilang suara sebab banyak ketawa..
"
"
dan biasalah dalam pertandingan ada menang ada kalah
ada yang menipu (kah2..kumpulan sapa ni)
ada yang cengelat(pengelat)
tapi takdelah gaduh2..sebab semuanya suka...
"
"
pocong
fauzan yang jadi pocong tu
lepas sukaneka darat pagi tu
sambung dengan penerangan DAna Hj Dalip
lepas tu sukaneka pantai lak...
futsal pun ada
malam ada BBQ
ada pertandingan ratu kebaya
ni acara paling best..
semua mak saudara kena pakai baju kebaya..
wah macam model semuanya...
lepas tu karaoke...
masa ni ibuayu sempat dengar 3 orang nyanyi je sebab faiz dah nak tidur...
pagi esoknya
Bacaan Yassin dan Tahlil
dan sambung lagi beberapa acara ..
dan acara yang paling best ialah bapa saudara make up mak saudara
bayangkan atuk mail make up kan nek kiah...
sampai meleleh2 air mata ketawa..
rasanya ni first time atuk mail pegang gincu..
lepas ni nak suruh ayahnas berlatih make up ibuayu supaya senang bila ada acara ni..keh3
ada sambungan sukaneka pantai
antaranya
last sekali mestilah bergambar beramai-ramai..
havoc betul...
sangat2 seronok
walaupun penat dan letih tapi keseronokkannya sangat terasa...
ialah masa ni tahu anak sapa..cucu sapa....
kalau sepupu tu memang rapat..kalau dua pupu ni yang jarak sikit dan perlu dirapat2kan..
tak sabar nak bertemu lagi di tahun hadapan
kena plan cuti sekolah lak
biar yang duk jauh dapat bersama2....
"
gambar ni semuanya cilok dari FB sepupu sepapat..
ibuayu tak dapat nak angkut DSLR...
mana nak uruskan sukaneka
mana nak kejar faiz lagi....
No comments:
Post a Comment