Saturday, March 26, 2011

Terasa letih terlampau

Sepanjang minggu ini 3 hari berturut2 ibuayu 
melepak bersukaria dan berjoli 
di Stadium Hang Jebat
kerana membawa pelajar untuk Olahraga Kawasan ...

kenapa kata begitu..
ialah kadang2 nama je sesama cikgu diaorang ingat gi bawa budak olahraga ni
sesuka kita je ke kat sana..
hakikatnya
bukan senang nak jaga budak sukan ni ..aktif semacam tak duduk diam


lepas tu ingat sekolah bagi duit minyak dulu ke

tak de..guna duit sendiri
dari sekolah ke stadium dalam 30 km..kira sendirilah berapa duit minyak pergi balik 3 hari tu...


makanan tengahari cikgu sama seperti apa yang budak makan..
bukannya dapat gi makan kat Tesco ke Jusco ke walaupun dekat
ialah kena jaga budak takkan nak tinggalkan diaorang terkontang kanting


kereta cikgu pun macam kereta kebajikan..dengan pasir,dengan bauan..langsung rasa tak kisah
yang penting nak kan kemenangan...

rumah cikgu...
tak payah katalah
kalau dah sampai rumah hampir 8 malam nak kemas apa
badan dah letih...
makan pun beli...
anak kecil pun org tolong jgkan sampai malam...
esok pagi2 nak bertolak semula
kalau terlambat nanti budak yang tak boleh masuk acara


benda di atas ni bukan terjadi pada ibuayu 
ia pada orang lain
tapi rasanya sapa yang memang melaluinya mesti terasa
tapi tak nafi juga ada antaranya tak berapa suka bawa budak sana sini..
ialah nanti kotor kereta..rosak absober..




ialah bagi yang membawanya biarlah apa orang lain kata
yang penting kita IKHLAS dengan kerja kita......

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015