Saturday, November 28, 2009

Kasut

Tanpa dirancang hari ni kami gi Jusco sebab ibuayu nak beli sandal.

Ibuayu ni bukan jenis rajin beli kasut atau sandal..kalau dah rosak baru nak beli.

nilah sandal ibuayu
sebelum tu dan capai kasut untuk faiz..yang ada bunyi.. kasut dia tu yang kat kaki saje pakaikan sebelah.(belum bayar lagi masa tu)
sebelum balik ibuayu perasan kat bahagian bawah ada sale barangan sukan.. ayahnas pun gi lah tengok2 ...hasil tengok2 tu
"
"
"

2 kasut bola and sepasang selipar ..Padahal sebelum ni baru beli selipar ...
siapa kata orang perempuan je yang kuat shopping...

Tugasan Semester 1


Ni minggu lepas punya cerita tutorial akhir 22 Nov hari tu kena hantar asigment.Alhamdulilah selesai satu part.La ni tengah ngadap buku.

Sambil ngadap buku ngadap laptop..konon buka myLMS tapi ayahnas kat asyik layan blog dengan FB je. Ye ke baca buku tu

Keh3 ...sendiri paham le

Kata orang tua-tua

Terima kasih buat semua rakan2 yang mendoakan kesihatan mata ibuayu.Alhamdulilah semakin baik.tapi dah berjangkit lak dekat nek kiah and tuk mail.Sampai demam2 mereka...Nak buat macamana nama pun penyangkit berjangkit.


Alhamdulilah juga buat masa ni faiz tak kena .


pernah tak dengar orang tua2 kata...kalau nampak orang sakit mata kita kena sebut

dia sakit mata kita sakit buntut..

walaupun sebutan tak sedap tapi petua ni ibuayu cuba gak kat faiz..and kebetulan sangat faiz la ni tengah sakit buntut...buang air sampai melicit2....semua ini kuasa Allah..segala yang berlaku atas izinNya..

Tuesday, November 24, 2009

Sakit mata

pic dari google

Sebelum ni fauzan yang kena sakit mata.semalam ibuayu lak yang kena.Aduh..sakitnya ..Tapi rasanya la ni tengah musim sakit mata2.harap2 janganlanh faiz kena..cian dia baru baik cacar air. La ni tengah giat nak dapat kaki.

Buat masa ni blog mungkin bersawang untuk 3 hari.Ibuayu akan pulang ke kampuang untuk menyambut Aidiladha..tapi kalau rajin and tak tahan cabut gi CC jap)
So di kesempatan ini ibuayu and keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga berhati-hati di jalan raya..

Saturday, November 21, 2009

Demam & Cacar Air,Sakit Mata

Dalam pergelutan ibuayu nak menyiapkan asgmnent yang hendak dihantar pada hari ahad ni sekali lagi ibuayu diuji apabila faiz diserang demam dan cacar air dan fauzan diserang sakit mata.

Disaat inilah kesabaran kita dan ketabahan hati itu perlu dikuatkan.

Ayahnas mana ye..bukan tak menolong tapi sibuk dengan MSKPP (Permainan untuk kaitangan pendidikan yang berlangsung di High school sehari suntuk)

Bukan asigment belum siap tapi selagi belum hantar ke tangan pensyarah selagi tu rasa macam nak ubah2 (asgment power point)



Friday, November 20, 2009

2 tahun lagi UPSR

Hari ni keputusan UPSR dah keluar.Alhamdulilah SKDTK mendapat 17 orang 5 A. Dan untuk keluarga nek Kiah Aina cucu ketiga yang mengambil exam UPSR mendapat 5 A( Sebelum ni kak long and kak Ngah pun 5A).tahniah untuk Aina..

2 tahun lagi fauzan lak akan ambil exam..bersama dengan amalia and nuha..(sepupu dia ni duk KL and pelajaran diaorang memang ok). Fauzan buat masa ni pelajarannya sederhana sahaja.Untuk ibuayu tidaklah menaruh harapan yang tinggi pada fauzan ni tapi malam tadi nek kiah telefon...cerita pasal aina and nek kiah pesan..tengok2 kan fauzan tu..Kecian dia...cucu lelaki pertama nak exam.Aduhh..ni bukan anak yang tensen ni mak yang tensen..And ayat power nek kiah..Mak bapak cikgu takkan anak tak.....(fikirlah sendiri).Adus......dum..dum..bang..bang

"Cikgu memang ajar anak murid tapi ada masanya anak cikgu taknak dengar cakap ibunya yang cikgu kerana cakap cikgu lebih betul dari ibunya yang juga cikgu"

contohnya: kalau ibunya yang cikgu cakap buat macam ni baru betul...bukanlah ibu cikgu cakap macam ni...(yang sebenarnya anak tu yang salah dengar cikgu dia cakap..Gerammm je)

fauzan and amalia

Wednesday, November 18, 2009

funnywow

Thanks kepada eynda yang sudi bg website photo effects :

Funnywow

inilah hasilnya
"
"
"

Tuesday, November 17, 2009

belum dapat kaki

Faiz dah berumur 1 tahun 2 bulan ++.Tapi masih belum dapat kaki sepenuhnya..Masih takut-takut.Jadi ibuayu rasa mungkin dia nak pakai kasut baru selesa nak jalan .
inilah kasut baru faiz.
bila ibuayu pakaikan bukan dia nak jalan tapi...inilah kerjanya:
"
"
"

Folio

Ini bukan asigment ibuayu yang kena hantar hari Ahad ni..tapi nilah folio pelajar calon tokoh pembaca 2009 yang nak gi interview..keh..kalau geng oum baca mesti jeles ingatkan ibuayu dah siap asgmnt...Aduh...bila nak siap asgmnt ni......
inilah calonnya
keputusan interview belum tahu lagi.

Monday, November 16, 2009

Teka Syiling Giveaways - Sempena Pelancaran http://nojj.blogspot.com



contest ni dibuat sempena rumah baru Nojj...
* teruja lak nak sertai...
*soalannya senang tapi jawapannya susah gak
"
"
"
"


berapa jumlah rm ??????

so ibuayu teka RM 66.00






Friday, November 13, 2009

Birthday ayahnas Part 2

Malamnya kami sekeluarga meraikan hari jadi ayah..Pilihan tempat Pizza Hut .ini bukan pilihan ayahnas tapi pilihan si fauzan..macam birthday dia pulak.ibuayu tahu ayahnas tak berapa nak makan kalau malam.rasanya kalau siang mesti ayahnas nak makan kat chicken rice shop......
ibuayu belanja,tapi bg kat ayahnas rm 50 je..lebih tolong tambah..Paham sendirilah kat pizza tu mana cukup 50 je...

ni makanan ayahnas


lasagna ni pilihan ibuayu

ni lah hantu pizza

Wednesday, November 11, 2009

Birthday ayahnas Part 1


Happy Birthday Abang


cerita birthday ayahnas part 1

Tak pernah rasanya sepanjang ibuayu mengenali ayahnas hingga kami berumahtangga ibuayu terlupa nak wish birthday kat dia.Selalunya tepat jam 12 tengah malam tulah saat yang dinanti-nantikan. Tapi kita manusia biasa .Kita hanya merancang ...keh3 .Hari lahir ayahnas jatuh pada 9.11.2009. Tapi sebelum tu jadual ibuayu terlalu padat.Dah sepanjang minggu sibuk dengan persiapan khemah.Jumaat,Sabtu berumahtangga kat sekolah . Ahad dari pagi sampai 8 malam gi kuliah..jadi bayangkan malam isnin tu bagaimana keadaan orang yang kepenatan dapat tidur di katil yang empuk...Esoknya sekolah cuti peristiwa.jadi masa bye2 ayahnas langsung tak ingat nak wish apa. Tengah minum kat kedai jam 10.00 pagi baru teringat..hari ni hari lahir ayahnas..nak tahu kisah selanjutnya ..tunggu dulu ye...nak siapkan assigment yang masih belum siap lagi.

Terima kasih mama umairah

Ingat tak ibuayu ada terpilih untuk contest dari blog zh-ena .nilah hadiahnya...
dah sampai...Jangan jealous bukan hanya ada anak tudung nano tapi juga ada keronsang yang cantik...Terima kasih zh-ena.Terima kasih daun keladi.




Wednesday, November 4, 2009

Me Candu

Me candu ni gelaran yang diberi oleh kami .Sebenarnya dia macam me sup.Kat kedai ni jangan minta yang lain.Dia cuma ada me sup,kuew tiaw sup dan be hun sup..Macamana tak kata candu sekali makan teringin nak makan lagi.

Gambaran dari depan kedai


Kuew Tiaw sup

Me sup
Ada juga jual popia basah and popia kering

air minumannya pun langsung tak mengecewakan


Tuesday, November 3, 2009

Tengah Tension

Sebagai manusia kita ni ada tahap kesabarannya.Apabila tahap kesabaran kita mula dicabar rasanya airmata jelah yang jadi penyelesaiannya.

Inilah ragam orang yang dah dapat jawatan untuk menjayakan Perkhemahan. Tak de sapa nak buat kerja yang tak de gaji.Tapi kalau kita berfikiran ini semua untuk anak murid maka apa yang dilakukan lebih kepada amal jariah...

Ada yang rajin dan bagi komitment yang baik

Ada yang asyik nak menyalahkan orang lain

Ada yang buat bodoh je..

Sunday, November 1, 2009

Perihal Fauzan

Cerita 1
Hari Khamis baru ni fauzan mewakili sekolah untuk Pertandingan Dikir Barat Jqaf. Sekolah kami dapat nombor 4..Yang frustnya sekolah ayahnas dapat no 1.(dah 2 tahun berturut2).Jenuh juga balik dari sekolah tu Fauzan kena usik dengan ayahnya.Tersentap jugalah dia. For me..ibu sentiasa memberi sokongan walaupun anak ibu kalah.


Persembahan untuk 1Msia

Cerita 2
Sabtu waktu Fauzan balik dari main bola dia ngadu tangan kanan dia luka,jatuh basikal.Tapi takde lah dia ngangis. Esoknya ibuayu membebel..cakap"lain kali bawa basikal tu elok2 macamana nak jawab exam esok...dengan pantas fauzan menjawab" jan kan tulis tangan kiri.." Opps..macamana ibuayu terlupa lak..keh3 ketawa sendirilah.


Cerita 3
Ramai rakan2 guru and sedara mara yang cakap Fauzan dah Gemuk...Makan dia memang dahsyat.Walaupun dah makan malam pkl 8.00 nanti pkl 10.00 lebih mulalah ngadu lapar.tak tahu macamana nak control fauzan makan.Lepas sunat bulan 3 hari tu selera makan dia memang membuak2...

2000

Sapa2 yang jadi pelawat blog ni yang ke 2000 ambillah print screen ye..saje suka2.Tak de hadiah pun.
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015