Saturday, February 28, 2015

Aktiviti Tengah Malam

Sekarang ni kan musim angin
dan musim kering
so bab habuk ni susah nak cakap

dahlah start buka sekolah sampai la ni
rasa macam x abis2 dengan tuntutan kerja
mana mengajar
mana kena pantau pss
sibuk latih budak olahraga
lepas tu 
ada lagi pemantauan
ppd nak mai sekolah

kerja pbs bertingkek-tingkek
buat soalan ujian
waduh panjang gak senarai
tapi sebab ni pekerjaan kita
makan gaji kita
so kena ikhlaskan hati
apa yg x siap kat sekolah tu
bawalah balik rmh
en suami memang x kisah
dia pun bawa balik kerja sekolah
hahhahaa
sebab tulah
faiz selalu cakap
aiz x nak jadi cikgu
banyak kerja
pandailah anak ibu ni

so bila dah sibuk tu
rumah ni al maklumlah
kurang dibelai
buat yg wajib je
basuh kain lipat kain
masak tengok keadaan
ada masa masak
ada masa makan luar
ada masa bungkus
mana yg boleh lah

so mg ni memang x ke mana
sabtu ladap
ayahnas pun ladap
ada masa mlm ni
dtg mood rajin
ambil penyapu
lepas tu basuh kusyen
mop lantai
tengok lantai berkilat 
terapi jiwa

tapi x tahule berapa lama bertahan


1 comment:

adianiez AIDA said...

now cikgu memang byk keje :)
sabo ekk...

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015