Thursday, September 13, 2012

Low back Pain

Tak tahu apa salahnya 
masa hari Isnin kat sekolah

tiba-tiba rasa pinggang ni sakit
tapi lepas tu buat tak kisah je
balik sekolah dapat tahu faiz demam
terus bawa ke klinik
mas ni tak teringat nak beritahu belakang sakit

hari selasa rasa dah tak tahan
so petang tu pergi berurut
lepas urut rasa lega 
tapi sakit tu tetap ada

hari Rabu dah tak tahan dah
minta keluar sekejap
pergi ke klinik yang biasa tu
doktor kata ibu ayu kena low back pain

so pantang dia
tak boleh minum sejuk2 atau berais
kena mandi air panas
dan yang penting tak boleh air cond
pantang kat atas semua ibuayu boleh follow
TAPI 
tang tak boleh air cond tu tak boleh kot
kena on gak tapi suhu perlahan hehehe




lepas gi klinik balik sekolah semula
lepas makan ubat terus rasa lega
sakit pun tak de rasa
tapi tak sejam lepas tu naik gatal2 kat muka
alamak alergy ubat
call doktor tu and dia akan tukar ubat lain

dan sekarang ni masih bergantung pada ubat
kalau tak makan rasa sakit tu datang lagi
kita ni kalau tak sakit tak beringat 
dah sakit baru nak berjaga2
moga ibuayu cepat sembuh

ni gambar gi Lawatan
walaupun sakit tahan jelah


 

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015