Sunday, September 30, 2012

fanatik MU

Padanlah masa kitaorg plan nak bercuti 
si fauzan ni nak kami balik rumah sabtu tu
sebabnya dia nak tengok MU

kat hotel memang ada astro tapi takde bola punya

biasanya ayahnas memang selalu keluar malam gi tengok kat mamak
kalau kami bercuti macam ni
(Ayahnas bukan fanatik MU semua bola dia layan)

tapi kali ni ibuayu pujuk ayahnas suruh bawa budak fanatik MU ni 
kesian dia

mula2 dia pujuk jugak ayah dia tapi tak jalan
ayahnas memang tak suka sebab dah tengah malam
kiranya macam kita ajar anak lak dok kedai malam2
orang buat tahu kita pelancong hehehe


tapi kali ni lembut hati ayahnas bawa anak bujang dia
bukan main seronoklah si Fauzan ni

tapi diaorang turun tengok bola dah lewat sikit

mengikut cerita ayahnas
masa diaorang sampai kat kedai mamak tu
belum duduk lagi
lawan MU baru je gol kedua
and kat situ hanya fauzan je pakai jersi MU
so kedatangan fauzan tu buat semua mata terpandang kat dia
and kebetulannya kerusi semua penuh
so ayahnas tanya nak balik tak
apa lagi budak fanatik yg frust tu pun nak baliklah
hehehe

cian along biasalah bolakan bulat
ada masa menang ada masa kalah 
yang dia frust MU kalah di tempat sendiri


1 comment:

nik ros said...

ala.peminat MU rupanya.siap pakai baju MU lg yea :)

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015