Tuesday, January 31, 2012

alat pendengaran atuk mail

Atuk Mail ada masalah pendengaran 
ialah bila dah tua sedikit demi sedikit kesihatan terganggu

sebelum ni atuk mail dah buat operation ketarak mata
untuk kedua2 belah matanya
alhamdulilah mata atuk mail dah terang semula
prosedur senang je..
buat check up kat hospital and bila doktor kata sesuai utk operate
barulah booking tarikh
rasanya harga untuk sebelah mata rm 600
tapi sebab atuk mail pesara polis
maka boleh buat claim kemudian

dan untuk telinga ni prosedur lain sikit and susah
check kat doktor dulu
lepas tu doktor bg beberapa syarikat audiolab
dapatkan sebut harga
 lepas tu bawa borang ke hospital semula
bila doktor dah tandatangan baru bawa borang tu ke syarikat telinga semula
yang lain semua diaorang yang uruskan dengan JPA
bila dah lulus diaorang telefon untuk atuk mail ambil alat tu


syarikat kami pilih tu kat Taman Cempaka Melaka




kecik je alat tu



buat masa ni atuk mail dibagi tempoh 2 minggu 
lepas tu kena datang semula untuk pemeriksaan di syarikat audiolab tu

tapi atuk mail macam tak selesalah
macam dengar bising2 
harap untuk sementara je lah

harga dia pun boleh tahan dalam rm 7000 jugak

time ni untung bagi pekerjaan kerajaan
menikmati kemudahan walaupun sudah jadi pesara


untuk orang kaya lainlah tak perlulah nak mintak bantuankan



No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015