Friday, January 21, 2011

CONTEST SENYUMAN SI CILIK

Joint  contest untuk Senyuman Si Cilik ni


Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
09092008
Kalau nak joint klik SINI

"BABY MUKA BLURRR".

Selalu kalau contest nak muka cun2 je
yang ni nak buka blurr
bukan senang gak kan
So kalau nak tahu lebih lanjut contest ni
sila klik SINI


Inilah muka blurr faiz
"
"
 
Nama: Muhammad FAiz Haikal Bin Mohd Nasri
Tarikh Lahir : 090908
Nama Ibu : RAhayu Binti Ismail
Ayat Power : Biar muka blurr jangan otak yang blurr ye anakku


Nak TAG

misletter
alfidah
mrs K
wiyah
nana

Thursday, January 20, 2011

Kota Kinabalu -Kundasang

Pada mulanya asyik memikir je betul ke rancangan kami ni
ialah nak gi naik kat Kundasang tapi taknak tido kat sana

Ada baca jugak kat blog yang diaorang balik hari je
So keputusan telah dibuat kami akan balik hari

Tapi semua tempat yang indah tu mesti kami singgah
Jam 9.00 pagi kami bertolak pergi
Dari hotel menyusuri jalan fuad stephen hingga ke bulatan masjid terapung menuju jalan tuaran
jalan ke kundasang senang tapi dari  bandar tu takde arah 
tapi sebab dah baca jalannya ke mana maka senanglah mencarinya
lagi2 ada makcik garmin ni yang menolong

Jalan ke sana macam nak gi cameron tapi rasanya selekoh tak terlalu tajam
sambil naik tu dapat tengok pemandangan yang sangat indah
terasa kerdilnya diri ini dan indahnya bumi ciptaan Allah ini



 

Sebelum tu kami nampak tempat persinggahan
masa tu dah terlepas tapi suruh ayahnas patah balik
nasib baik singgah kalau tak menyesal gak
papan tanda tulis kota belud..
ada jumpa papan tanda tulis nabalu
tak pasti apa namanya


tapi pemandangan kat sini memang cantik





 beratur ye semua ikut ketinggian




ni pintu masuk ke gunung kinabalu
kena bayar ye dewasa RM 3.00 kanak2 RM 1.00




ni ada pelantar
nampak pemandangan belakang yang sangat cantik




ni pintu masuk nak mendaki
nak ke sini pandu terus dari pintu masuk bayar tiket tu



tak sengaja
beratur lagi  ikut ketinggian

lepas tu kami bertolak semula ke kundasang

sampai situ terus sibuk nak cari ladang lembu tu 
tapi nak cr kat makcik garmin tu tak tahu lak apa namanya
so dari simpang pekan tu kami pun terus susur jalan kampung
nasib baik betul...
rasanya nama tempat tu
DEAR DIARY MILK
 
masuk sini pun bayar ye RM 3.00..
Pemandangannya cantik
tapi bau tu tetap ada..biasalah lembu mana ada yg wangi





boleh gi tengok kilangnya


and boleh beli susu kotak

lepas tu balik semula ke pekan kundasang

tangkap gambar je tak turun pun

yang ni pun sama tangkap gmbr je

lepas tu baru cr tempat untuk makan tengahari padahal dah pkl 2.00
lepas sampai kk dalam pkl 4.00 lebih check in bilik
lepas tu gi cari makan 3 beranak 
beli MCD kat blok sebelah je

ayahnas nak gi terapi diri
Petang tu hujan renyai2 
dalam pkl 9.00 lebih tu gi pasar malam yg jual ikan

nak cr udang tapi cuma satu tempat je ada jual
harganya RM 70 sekilo
rembat juga ketam RM 10 je sekilo
balik tu terus goreng



tapi sayangnya ketam ni ada yang busuk
frust gak
lepas kekenyangan 
semuanya zzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, January 18, 2011

kota Kinabalu Hari pertama

Dapat je kereta kami terus pusing2 kat bandar KK
check in pkl 1.00 pm
so lama lagi


Disebabkan ayahnas tahu serba sikit jalan kat sana
so kami redah je
Pusing tanjung aru lepas tu pusing bandar KK
kat pasar filipine,
pusing kat bangunan sabah
and lalu depan UNIMAS

 ni bus stand 


ni are bandar dia

 
kat pasar filipine


pasar ikan masin
 

bangunan sabah

kami pusing2 je tak turun kereta
and lepas tu baru cari tempat makan
bab makan buat dientri khas ye

ingat lagi pesanan pemandu pelancong masa gi Jakarta
jangan fikir pasal makanan kalau kita gi jalan
sebab bukan semuanya selera kita
rasa kenikmatan makanan yang berbeza dari apa yang selalu kita makan

pkl 12.00 lebih try check in awal..
nasib baik diaorang terima
ialah badan dah letih
dr 3.00 pagi tak tido


sampai terus bukak kasut
lepas tu terus loncat2

kami tido 
dia dan fauzan yang tak tido
tak penat betul budak kenit ni

dalam pukul 4.00 lebih kami pun bersiap untuk gi jalan

pusing2 lagi and faiz masuk kereta hisap susu terus tidur
 

and  kami memang nak bergambar depan bangunan sabah ni
faiz yang tido pun kena kejut
ialah bila lagi nak mai sini

ni fauzan tengah celikkan mata adik dia
 

(selepas ini tiada gambar sebabnya cuaca yang tak mengizinkan)

lepas tu cuaca nampak gelap
asalnya plan nak makan ikan bakar kat belakang pasar filipine..
tapi rasanya dengan keadaan yang hendak hujan maka kami berhenti di kedai makan Likas Highway
sangat2 puas hati dan murah
ada orang kata makan seafood kat sabah mahal tapi bagi kami ok je...

masa tengah makan hujan turun selebat-lebatnya
aduhai macamana nak gi pasar malam ni
tersangkut kat kedai makan tu

jadinya bila hujan renyai2 kami terus naik kereta
ialah nanti tunggu2 hujan lebat tak ke mana kami
pasar malam kat KK ni ada dua

satu berhadapan dengan pasar filipine
satu lagi tu dekat tengah bandar dekat dengan Ruby hotel
Ramai yang syorkan gi sini sebab harganya lebih murah
tapi rasanya dia bukak lambat sikitlah
tak tahulah sebab hujan ke apa
masa gi tu dlm 8 lebih tak berapa banyak kedai yang bukak lagi...
tak macam pasar malam semenanjung awal petang dah ada

kami pun bukan shopping sangat
ayahnas nak beli souvenir untuk member dia
fauzan nak beli keychain untuk rakan setamannya

terus terang cakap ibuayu bukannya minat sangat dengan gelang2 ni
jadi sambar brouch jelah untuk member2 
sebabnya ibuayu pun tak pakai brouch...keh3

tapi ibuayu gila beli FM
berjaya rentap 4 FM rm 10
kalau tidak level harga kat sana 3 RM 10
jadi belilah banyak2
keychain yang fauzan beli tu pun ada gerai 6 RM 12 ada yang RM 18
kena pandai tawar
pusing2 dulu untuk survey harga

brouch pun ada yang sepapan tu RM 60 ada RM 50
lain gerai lain harga
brouch yang biasa2 tu ada gerai RM 20 ada RM 28

memang dah cakap dengan ayahnas 
nak gi sabah nak makan2 nak jalan2 
alhamdulilah tercapai
lepas gi pasar malam tu hujan dah reda 
kami terus pusing kat pasar filipine
perut dah kenyang taknak makan
tapi tetap nak tengok jugak ikan,sotong ,udang yang dibakar

Pusing2 situ ayahnas ajak makan lak
ialah cuaca sejuk perut lapar agaknya
ibuayu tak order pun ayahnas je yang makan nasi goreng
fauzan makan mee goreng
walaupun sebelum ni ada yang kata makanan sepinggan diaorng ni memang banyak
bila tengok depan mata hah kau memang banyak
satu pinggan boleh share 2 orang...;.

lepas selesai makan gi pasar malam depan pasar filipine lak..kat sini gerainya lagi banyak
tapi tak beli apa pun pusing2 je...

jam 10 lebih kami balik ke bilik
terasa letih kaki ni
tapi masa berjalan tadi tak letih pun
terus gosok baju untuk hari esok sebabnya pagi2 nak bertolak ke Kundasang...
ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Pengangkutan di Kota Kinabalu

Sebelum ni jenuh survey nak cari kereta sewa
ialah patah kaki duk KK 3 hari kalau takde kereta kan
terasa mahal2 gak harga sewanya

ialah fikir nak naik kundasang nak gak cari kereta yang sesuai
tiba2 terfikir nak tanya long 
dan alhamdulilah kami dapat PINJAM kereta yang sangat best

masa tiba di airport tu terperanjat jugak bila Jeremy tunjuk kereta ni
dan bila naik gayat rasanya
tak pernah ibuayu naik Jip besar ni
dah lama2 sikit baru ok
tapi takde bonet
so tempat duduk belakang penuh beg lah


lega betul
asyik pusing2
senang mana2 nak pergi ..
rasanya area jalan kampung air dan jalan api2 tu entah berapa puluh kali tawaf..
sesat lain...jalan2 lain..
nasib baik kami ni memang dah biasa sesat
so takde tension sangat
ayahnas pun memang driver yang cool
luv u abang...


Bertolak ke Kota Kinabalu

Masuk kali ni ini baru kali ketiga ibuayu and keluarga naik kapal terbang
faiz kali kedua
sebelum ni gi

PENANG
BANDUNG
and yang ni KOTA KINABALU

dan masa gi penang dah lama dah 2007 so tak ingat cara air asia
Bandung 2009 ikut pakej sepupu yang uruskan


so gi KK ni macam ibuayulah ketua rombongan
ayahnas follow je tapi bagi gak idea

tapi bab key in data kat air asia tu masih ibuayu tak paham

masa isi tang baggage tu masih rasanya airasia menawarkan free baggage dengan berat maksimum 15 kg
so ibuayu isilah hanya bawa beg tambahan berat pada waktu balik je

jadinya masa check-in tu kenalah RM 40 ..kalau tahun masa booking tu terus pilih Baggage Supersize
ialah berat beg kami berempat cuma  10 kilo je....
jadi kalau nak jimat isi siap2 masa booking atau bawa beg sandang belakang je.
percuma je....duit cukai tu dapat shopping....
bayangkan balik kena juga RM 40 sebab berat 23 kilo...
huhuhuhu

So balik semula asal cerita 
kami bertolak dari Masjid Tanah jam 3.30 pagi
Flight kami jam 6.50 pagi
Sampai di LCCT jam 5.00 pagi
kereta kami parking di ZON C
dari jam 5.00 pagi 14 hb hingga jam 12.00 malam 16 hb kami kena bayar lebih kurang RM 109
Ingin diingatkan bagi kanak2 bawah 12 tahun jangan lupa bawa surat beranak tau

dalam flight faiz macam biasalah sekejap duduk sekejap nak jalan
aduhai boleh tahan perangai
tak dapat nak balas tido..

kami sampai kat KK terminal 2..terminal 1 tu MAS punya
jam 9.30 pagi
masa nak check imigresen ayahnas minta boarding pass kat ibuayu
cari2 takde teringat tertinggal dalam poket depan tempat duduk
alamak seriau gak
nasib baik kastam tu tak nak
dan kami dibekalkan slip ni
dan kena jaga baik2 sebab masa nak keluar dari KK diaorang nak benda ni

ni masa nak menanti flight gi KK



cepat je nak buat perangai

 


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015