Friday, February 11, 2011

“Kome nak Tak?”



Jom untuk yang berminat
senang je..
klik banner kat bawah




Wednesday, February 9, 2011

Gi jalan raya cina

Kami dapat jemputan untuk jamuan raya cina semalam
bukan jauh pun depan rumah ni je...

 v
 v
 v
 v
 v
 v
 v
 v

tapi malam tu ayahnas and fauzan ada kelas malam
faiz lak awal dah tido

jadinya ayahnas and fauzan je yang singgah sekejap rumah taukeh tu sebelum gi tuisyen

ialah kitakan 1 msia
diorang memang dah siapkan makanan halal....
ialah pekerja dia ramai melayu
siap taukeh tu cakap
cikgu..sini cikgu..sini halal punya
mesti yang sana tak halal..

ayahnas kata ada satay,be hoon singapore dan macam2..

walaupun faiz tak pergi tapi dia tetap dapat ni....





oh ye gambar kami sekeluarga di atas tu bukan sebabnya nak gi raya cina
tapi masa tu nak gi wedding kat Lubok China..
dan sebab ada  china tu yang baju merah semua keh3
merahnya mak ngah

Domino's Pizza

 Cerita kami ke Senawang malam tu kerana ada budak nak makan  pizza

dan nak makan pizza Domino's lak tu

ibuayu tak pernah order pizza ni and apatah lagi makan di sana

selalu gi kajang je dapat makan
ialah melaka mana ada

dan bila sampai termanggu2 jugak macamana nak order
dan sangat terperanjatnya juga pilihan air sangat kurang..
jangan mintak milo ais ye...

terpaksalah order jus epal ..semua org boleh minum

lepas tu lak makan piza tak de pinggan ye...dengan kotak2 tu letak atas meja
dan yang terakhir minum lak bukan pakai gelas kaca
tapi cawan Pakai buang ye...
tapi Pizzanya memang sedap...
ambil yang nipis..aduhai ibuayu lak yang teringin kali ni


tengok kotak dan cawan 

 

sambung makan dalam kereta
 

perangai terkini yang tak sudah
 


tapi lepas ni kalau teringin nak makan Dominos tak payah gi senawang
sebabnya bila kami balik kg hari tu kami ternampak ...
Dominos KINI DIBUKA berdekatan dengan pasar borong Batu berendam
tapi hingga kini ibuayu tak bagitahu fauzan
kalau dia tahu confirm merengek nak makan pizza

berdekatan tu ada kedai steamboat

dah ngecek ayahnas teringin makan kat sini
tak tahulah bila dapat makan
dan tak pernah makan steamboat pun walau sekali..huhuhuhu
kesiankan...

macamana ye nak order steamboat ni lak
nanti jadi rusa masuk bandar rupanya

Tuesday, February 8, 2011

Rambut pacak

Petang semalam gi gunting rambut 2 bujang tu
mula2 fauzan yang gunting
India tu buat pacak kat rambut dia
kembang hidung Along kejap
dia  memang suka stail tu
tapi mana boleh buat macam tu kat sekolah
nak kena hempuk dengan cikgu ayu yang garang tu..keh3

lepas tu dak kenit lak yang gunting
dia duduk ok je
tapi mulut macam bertih jagung
jenuh india gunting rambut tu layan
dia lak cakap akit2 kat leher
lepas tu dia yang cakap dah..dah ..padahal belum selesai
dan sekali lagi india tu buat pacak kat rambut faiz

Ada orang yang menunggu luar kedai tu siap tersenyum bila tengok 2 org budak berambut pacak



menghayati aiskrim yang dibeli sebagai ganjaran berkelakuan baik semasa gunting rambut 





ni rambut pacak along lak



Monday, February 7, 2011

Susu dah abis..

Entah macamana boleh tak perasan lak yang susu faiz dah abis
jenuh mencari keliling masjid tanah
ialah walaupun raya cina  tapi kedai banyak dibuka
dan masalahnya susu faiz ni cuma ada kat family Store je...
dan FS ni tutup dua hari lak
kedai lain tu ada tapi untuk no 4  

Dah abis cari gi rumah kak enon mintak susu faiz yang ada
itupun cukup 2 kali bancuh je...


Malam tu nak gi Senawang(entri lain ye)
Ayahnas nampak kedai di lubok Cina tu buka
terus gi sana..and masa tu sibuk sikit sebab ada pasar malam

ayahnas je yang turun..siap pesan kalau susu takde call ibuayu
memang plan kalau takde suruh ayahnas beli jenama lain ...
ialah kang malam susah lak faiz nak tido

dan akhirnya ayahnas bawa plastik berisi kotak susu
Sangat terperanjat bila pekan yang kecil macam lubok cina tu yang ada jual susu ni
ayahnas pun cakap macam tak caya je..siap tengok no dan jenama susu tu
betul ke tak betul
harganya pun sama di pasaran
nilah susunya
"


masa ibuayu mencari susu tu terkenang peristiwa di Mesir
bagaimana kalau ibuayu menghadapi keadaan itu
duit ada tapi nak beli susu anak takde...
Janganlah ini semua berlaku di bumi msia....

Gaya faiz

gaya terkini faiz haikal


bukan yang ni 
yang atas ni macam biasa je
yang bawah ni tabiat terkini
"
"
"
"
"
"

 



Hadiah misteri

Macamanalah boleh terlupa sangat-sangat
cuba klik SINI

baca ayat yang bawah tu
ibuayu sepatutnya menyediakan satu hadiah misteri sebab sambutan yang menggalakkan..
jadi dengan ini ibuayu mengumumkan pemenang hadiah misteri itu ialah
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
peserta terpantas join contest ibuayu ni
iaitu
"
"
"
"
 "
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
v
 v
v
v
"
"
"
"
"
"
"
"
http://nanamrul-contest.blogspot.com


so harap nana akan bagi maklumat diri di email ibuayu
faulia05@gmail.com


dan terimalah hadiah yang tak seberapa dari ibuayu ye...
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015