Thursday, September 4, 2014

Perasaan ibu yang anaknya menduduki UPSR

Tiba2 petang ni tangkap leleh
Datang sekolah 4.30 ptg
Tengok meriah sekolah
Bahagian belakang sekolah agama tu
Dah tentulah
Ni sekolah kebangsaan
Anak2 tahun 6 ada kelas tambahan
Rasanya sampai pkl 6
(Malu gak rasanya mcm x ambil tahu huhuhu)
Cikgu berkobar2 buat gerak gempur
Harap2 anak2 tahun 6 pun sama
Belajar bersungguh2
Lupakan seketika kepenatan
Kerana kemanisan akan datang kemudiannya

Teringat ibuayu Tahun 2011
Fauzan mendudiki UPSR
Lagi seminggu dua nak exam tu
Lagi pulun suruh dia belajar
Pantang ada kawan2 pelawa nak ajar anak
Siang malam sanggup hantar
Kalau x pun minta tolong kawan2 
Sudi x nak ajar anak saya
Hahahhaa
Anak nak periksa
Mak yg x senang duduk
Anak kita
Kita tahu pandai ke tidaknya
Sekurang2 nya bila kita galakkan dia
Kita sama dengan dia
Dia akan rasa bermotivasi
Kalau kita buat tak kisah
Mereka lagilah

Kiranya masa tu bukan jaga makan minun je
Kesihatan yg paling utama
Risau kita push anak2
Nanti dia yg stress
Dan seeloknya solatlah berjemaah bersama
Anak2

Pada masa anak kita periksa 
Kalau dapat mula anak periksa kita
Membaca yasin juga
Paling tidak kita berzikir sama

Moga hati anak kita tenang dan dipermudahkan menjawab peperiksaan

Tahun 2014 sekali lagi
Hati ibuayu kecik besar
Fauzan nak PT3
Tak payah salahkan sesiapa
Hidup harus diteruskan
Hadap jua
Walau rasa anak kita macam bahan ujikaji
Mulut ni dah macam radio.
Hari2 berbunyi
Belajar nak
Belajar
Sampai bulan 10 lah mcm ni
Sabar ya fauzan
Lepas abis exam berdondanglah
Ibu pun boleh berdendang

Orang yg anak 10 tu mcmana perasaan anak nak exam ya
Yg ni anak sorang pun dah risau
Hehehe

2 comments:

Emy Omar said...

Betul tu kak Ayu,Saya tahun ni nervous berganda.Anak sendiri pun nak UPSR.Nervous bdk2 thn6 yang kita ajar tu lagi.Adoi aii

NzA said...

he3x.....dapat rasai bagaimana perasaan seorang ibu...akak lalui semua ni saban tahun bermula Along UPSR 2008 dan berterusan hingga th 2013..thn ni je free sbb xde yg duduki peperiksaan awam..Fuh...Allah saja yg tahu perasaan akak setiap kali nk kluar result....tapi bila ank msuk u perasaan berdebar tetap sama bila exam final nk kluar...adeh......

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015