Raya kali ni memang bermakna
tahun lain pun bermakna juga
tapi tahun ni ibuayu melalui ziarah yang paling berbeza
Masa ayahnas posting dulu sekolah sekarang ni
merupakan sekolah pertama dia
dan di sekolah ini jugalah dia bersama member2 bujang ni
bayangkan sekolah ayahnas masa tu paling ramai mat bujang
kiranya saham diaorg tinggilah
dan lepas dari tu tahun demi tahun sorang demi sorang bertemu jodoh
dan sekarang ni hanya ayahnas je yang masih kekal di sekolah itu..
dan kebetulan pulak
kami ni mengenali isteri masing2
bukan kenal sikit2 kenal sangat2
maka setiap kali berjumpa memang happening
dan tahun ni
kami dapat beraya dan berkumpul sekali setiap rumah
macam kena turn lah satu rumah demi satu rumah kami terjah
kiranya hari kami pilih sendiri bila nak ajak
so mula dengan rumah umi yati and che din
pasangan yang tabah menghadapi dugaanNYA
respect dengan member aku ni
sweet couple
mereka berdua ni sekarang dah satu sekolah
nantilah kalau dapat keizinan tuan badan ibuayu akan cerita kisah mereka
yati ni dulu mengajar satu sekolah dengan ayahnas and suaminya
gi rumah dia waktu peetang
masa ni hanya ada keluarga rusiah je
tu pun asyik golak memanjang
maka sodap segala benda yang boleh panggang semua ada
rumah kedua
rumah mazlee and zaida
macam2 menu ada
masa ni bermulalah segalanya gila berposing
dapat pulak masing2 sporting
huru hara taman tu sekejap
kami datang awal tu yg posing sakan
bila orang dah ramai
duduklah sopan2
mula2
lepas tu
"
"
"
rumah ketiga
rumah ibuayu and ayahnas
kami jamu nasi and steamboat
masa ni macam2 cerita zaman pak kaduk keluar
lepas tu yg pompuan je mengedik bergambar
memang lupa nak bergambar semua
rumah keempat dan terakhir
rumah mak siah and en hazri
kena kata en hazri sebab dia gpk 1
yang lain gpk 678 je hahaha
kat sini lagi happening
mana taknya
datang pkl 8 lebih
sampai nak pkl 12 tak balik2
itupun tuan rumah dah halau balik sebab malam jumaat
hahaha sorry ya..
sebenarnya memang nak balik pun dah ngantuk benar
mana taknya perut dah kenyang
kat hall pasang air cond
mengantuklah mata ni
kalau tuan rumah pelawa tidur harus lolap terus biji mata ni
menu utama cokodok
hehehe
utama untuk faiz lah sampai 10 ketul dia makan
sedap bebenar gamaknya
tapi lomang tu memang sedap dan berlemak
harap2 mak siah bacalah puji-pujian ni
raya haji nanti dapat sebatang
hehehe
selesai makan , bercerita ..geng laki kat luar yang pompuan kat dalam
yang anak2 sibuk dgn game
rumah ni pun macam cc
semua ada
PSP ada PS2 ada tab ada....so
yang nak balik ayah and mak
anak2 semua tak nak balik nak main je
Alhamdulilah bersyukur dikurniakan kawan yang senang susah bersama
kawan yang mengerti kita dan keluarga
yang saling mengingati dan menasihati
semoga keluarga kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat
moga ikatan persahabatan ini tiada dinding pemisah
dulu lain sekarang lain
jangan buat macam ni tau kalau beraya rumah orang
No comments:
Post a Comment