CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Hadiah dari suami setiap kali outstation

Apa yang anda harapkan setiap kali suami anda kena outstation


ole-ole ke,hadiah ke,mainan untuk anak-anak ke

ibuayu tak pernah fikir nak dapat apa

sebabnya setiap kali ayahnas balik dari mana-mana

mesti ada benda wajib yang dibawa

inilah benda wajib tu

dah siap jemur pun

mengharapkan mentari menyinari

janganlah hujan turun dulu...

hadiah wajib  ni kalau ayahnas bawa team tertentu je

kalau masa dia bawak team akademik 
memang round satu malaysia dia tak bawak balik baju
dia mesti bawa balik SESUATU untuk ibuayu and anak2
apa klass bawak balik baju.....

harapnya jersi-jersi ni tak bertapa lama kat rumah
dipulangkan ke asal usulnya secepat mungkin
buat masa ni ada 3 bungkus set jersi kat rumah ibuayu tau...

kalau boleh jual dah lama ibuayu tolong jualkan..keh3

harap-harap lepas ni boleh upah kami anak beranak gi bercuti ya ayahnas

dah penat jadi penunggu rumah..


 sidai satu set jersi

 ni baju lak



gambar baju ayah yang satu beg besar yang dah basuh lagi

takpe yang penting ikhlas.....

Duit berterabur depan rumah

Kalau betullah duit yang berterabur tentu hati melonjak suka

Tapi bila berhari-hari kita dah tinggalkan rumah

ada benda lain yang berterabur manalah hati tak sakit

memanglah adat duk rumah taman flyers bersepah2


tapi kalau flyers tu benda yang sama campak satu cukup lah

ini campak banyak2 nak buat apa


buat sampah je rumah ibuayu

cuba campak duit baru hati suka


faiz kalau dapat duit seringgit memang suka

nak beli aiskrim je katanya


ni lah kertas yang nak bagi duit tu

Tuesday, November 29, 2011

kenduri Kahwin di Jementah

Disebabkan ayahnas takde maka ibuayulah kena jadi drivernya

kami pergi ke jementah sempena wedding long punya adik ipar

alhamdulilah selamat pergi dan kembali

wedding ni buat kat balai raya .and dekat dengan surau

maka senanglah kami 3 beranak lepak sementara tunggu majlis selesai

gedik2 dulu
"




baju merah air pun merah


nek kiah bersama cucu-cucunya yang mendapat keputusan yang cemerlang


kenapalah muka fauzan serius sangat ni
jangan takut long nek kiah dia bagi duit sama saja...tak tolak pun

Friday, November 25, 2011

tIARA bEACH RESORT

Pergi sempena Hari keluarga sekolah ayahnas


alhamdulilah semuanya berjalan lancar


seronok kerana ia menguatkan ukhuwah antara staf dan keluarga

entah kenapa faiz takut mandi kat sini

siap tarik-tarik lagi....

lama-lama baru ok

nasib baik along dia rajin layan

rasanya dah lama tak datang sini 


dulu tak kena pakai tag

sekarang kena pulak





jangan tanya harga ya
sebab ibuayu hanya ikut je...

Seksinya

Ada cerita disebaliknya


selamba je dia seksi-seksi




tapi kelakar pun ada tengok bujang ni

lagi kita ketawakan dia lagi kuat gelak dia....

budak kecik comellah

kalau budak besar ..hancur

Wednesday, November 23, 2011

Terasa Tension

Walaupun cuti sekolah telah bermula kesibukan tetap melanda

"
Bukan pasal sibuk yang ibuayu nak kongsi 
tapi hati yang gelisah pemikiran yang bercelaru


Selalu ibuayu bisik dalam hati 
jangan fikir apa orang kata
tapi buat keputusan atas apa yang kita rasa 
dengan pemikiran kita sendiri
tapi apabila keputusan untuk anak maka dan  kita perlu
buat seorang ia bukan kerja mudah


kadang-kadang kalau benda dah depan mata 
tapi sebab ia bukan rezeki kita
tentu terlepas jua


kadang-kadang ada benda yang kita boleh tolong 
walaupun kena tutup mata dan telinga 
tapi kalau lurus sangat pun tak boleh nak buat apa...


kadang-kadang ada perkara yang kita fikir teruk-teruk 
tapi orang yang sepatutnya tak rasa apa-apa..


entahlah jiwa betul-betul kacau
fikir macam-macam benda
Harapannya keputusan yang diambil adalah sebaik-baik keputusan



Amin...

Monday, November 21, 2011

Tahniah untuk Muhammad Fauzan Haikal

Penantian satu penyiksaan
Bila hari yang ditunggu-tunggu tiba mulalah hati berdegap degup

Bila dapat tahu keputusan UPSR boleh thru dengan sms ibuayu buat juga
tapi dia reply bukan main lambat lagi

Alhamdulilah
Fauzan berjaya mendapat 4 A 1 B
ibuayu bangga dengan keputusan itu
memanglah kalau boleh yang B tu pun nak A
tapi ibuayu tahu mungkin itu usaha dia sehabis baik

Masa trial UPSR pun dia dapat 2A 2B 1C

jadi keputusan UPSR dia memang diluar jangkaan kami
ayahnas pun terkejut bila dapat tahu keputusan fauzan
masa keputusan diumumkan di kantin sekolah ibuayu dah nampak wajah cemas fauzan

airmata kegembiraan ibuayu memang mencurah2
ibuayu rasa puas sangat
terasa bangga dengan kawan-kawan yang mengajar Fauzan
terasa terhutang budi insan2 yang menolong fauzan di saat-saat  akhir
ke sana sini ibuayu hanyak fauzan untuk membaiki kelemahannya..
alhamdulilah usaha itu benar-benar berbaloi

terima kasih bagi pihak ibuayu dan ayahnas
pada semua guru2 yang mengajar fauzan
terima kasih kepada kawan-kawan yang sering mendoakan kejayaan fauzan

Walaupun 3 orang sepupu fauzan mendapat 5 A
dan satu-satunya HERO MALAYA NEK KIAH ini mendapat 4A 1B

tapi untuk fauzan kami bangga denganmu nak

Yang penting ini merupakan langkah pertama untuk kejayaan yang seterusnya.

teringat entri lama pasal UPSR fauzan






tertutup pulak gambar fauzan dengan fail semasa hari Q

Thursday, November 17, 2011

Jamuan dihotel yang sama sebanyak 2 kali seminggu

Pada 14 hb  ibuayu ke Hotel Abadi
untuk Jamuan Pengawas.
seramai 97 orang pelajar dan 12 orang guru.
bagi kami biarlah pelajar kami ini merasa makan di hotel
ialah pelajar kami ni terdiri dari kaw luar bandar
nak tunggu ibu bapa bawa belum tentu mereka merasa
alhamdulilah seronok tengok gelagat mereka..
yang penting mereka enjoy cikgu pun gembira

 MC : Ustazah Zaiton



Mereka yang sudi menghadiri majlis ini




Pada 16 hb pulak
ibuayu ke Hotel Abadi sekali lagi
untuk High Tea bersama kelab staf
disebabkan ibuayu setiausaha kelab maka tempat jamuan ibuayu yang kena cari
asalnya nak buat kat hotel lain tapi disebabkan tak berapa berkenan maka kami pilih hotel ni

ialah bukan senang nak buat pilihan
nak pilih makanan yang sedap
tempat yang selesa

dan alhamdulilah tak sia-sia pilihan kami jawatankuasa
ialah hotel ni hotel baru
jadi masih banyak pembinaan
tapi makanan bagi ibuayu sangat2 memuaskan 
ialah budget rm 30 ja
kira oklah tu
menu pun mereka boleh bertoleransi




bersama mantan GB

 
 masa jamuan pengawas ada cabutan bertuah
tapi ibuayu takde rezeki
tapi kali ni rezeki menyebelahi kami
seronok dak kenit ni 


Saturday, November 12, 2011

Happy Birthday Suamiku

Tarikh 9-11-2011
adalah hari lahir ayahnas

tapi kami tak dapat sambut bersama
sebab masa tarikh ni ayahnas gi berkursus sebagai JU
kat Hotel Olimpik


so tepat jam 12.00 malam tu ibuayu yang call untuk wish
anak-anak semua masa tu dah zzzzzzzzzzzz


keesokan paginya kami buat video call
sambil nyanyi2..
faiz je macam terkedu sikit
ingat dia punya lagu je


Sempena Hari Lahir abang yang ke 38 tahun ini
ayu dan anak-anak mendoakan 
agar abang dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
diberi kesihatan dan sentiasa menyayangi kami dunia dan akhirat


untuk suami tersayang
untuk ayah kepada anak-anakku
ayu sayang abang
sayang yang tak dapat dinilai dengan apa-apa matawang
Harapnya sebesar mana sayang kami pada abang
sebesar dan lebih lagi sayang abang pada kami

 Ayu bahagia mempunyai suami seperti abang
Anak-anak bangga mempunyai ayah seperti abang
Menjadi ketua dalam keluarga
Menjadi Imam dalam solat
Semoga Allah memberi kita
kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat


Ingat keluarga diUTAMAKAN...

Tuesday, November 8, 2011

Menu Hari Raya Aidiladha:Laksa JOhor

Jangan tak percaya raya kali ni memang semua menu ibuayu yang masak
kali ni long memang cuci kaki


So inilah resepi laksa Johor


ikan ( kembung,tenggiri ,sardin) 
terpulang nak guna apa
tapi hari sabtu tu memang tak de ikan tenggiri 
jadi ibuayu gunakan ikan tuna dalam tin
(memang dah selalu pun guna tuna)


rempah  : ni bahan yang bagi kick
kalau 3 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

goreng tanpa minyak lepas tu blend kering
jadi agak2 lah dengan ikan tu berapa kilo



bahan kisar

Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Serai
Halia
Cili Kisar

goreng sampai garing
lepas tu masukkan rempah kick
kemudian masukkan ikan 
masukkan udang basah yang dah diblend
masuk santan
masukkan bunga kantan 

masukkan daun kesum 
( kalau x nak masuk pun boleh hiris halus2 taburkan kat pinggan masa nak makan)

garam and gula wajib


bahan hiasan

taugeh
bawang besar
timun
limau nipis


 sambal belacan ( belacan sikit je mesti lebih cili...)
 

 inilah budak yang merasmikannya



hana je nak makan
faiz bila bubuh dia lari rumah sebelah lak


Menu Hari Raya Aidiladha:Rendang Ayam Pencen

Dulu kalau sebut ayam pencen kiranya macam suam2 kuku je nak makan
tapi sekarang ni memang hantu dengan ayam pencen
tapi bukan selalu 
time raya je masak ayam pencen ni


dulu ibuayu ni tak reti masak rendang
kalau rendang mesti ayahnas yang masak
tapi semenjak dua ni ibuayu lah yang kena masak
tapi bab isi gula and garam WAJIB ayahnas
ibuayu bab tu memang FAIL
"
"
"
"


inilah rupanya hasil air tangan ibuayu
rasanya sedap

ini ibuayu share resepi Rendang Ibuayu
rasanya orang lain lagi pandai tapi utk ingatan ibuayu  juga dilain kali

Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Serai
Halia
Cili Kisar
Rempah Tumis
Serbuk Kari
Santan kerisik
Daun Kunyit 
Daun LIMAU

ibuayu tumis dulu bahan yang dikisar.bila cili garing baru masuk santan dan ayam
lepas tu tunggu sampai kering masukkan garam dan gula 
kemudian tabur daun kunyit....

Monday, November 7, 2011

Reunion Born 73 SMDS

Hari ini pertemuan telah terjadi
Rancangan AJK Reunion untuk menemukan kami semua
yang telah berpisah hampir 20 tahun

berbagai perasaan menimpa ibuayu
cemas ,teruja,gembira
ialah..diaorang kenal ke ibuayu lagi
ibuayu pun ingat ke diaorang lagi

ada masa nama kita ingat tapi wajah yang menyebabkan kita terlupa

umur 15 tahun tentu tak sama dengan sekarang ni dah 38 tahun

pagi tu bersiap agak lewat
risau jugak kami terlewat sampai
tapi tepat jam 10.30 pagi kami tiba dipintu pagar...
(ingat nak ambil gambar kat pintu pagar tapi tak sempat)

Alhamdulilah majlis yang dirancang berjalan lancar
walaupun perjalanan bermula lewat 
namun hati ini puas dapat ketemu dengan sahabat2 lama



terima kasih untuk semua jawatankuasa

yang 2 orang ni kiranya orang kuat



dan 

terima kasih untuk suami tersayang kerana 
kesanggupan membawa isterimu ini bertemu dengan kawan-kawan

 ini antara yang sempat kami bergambar





masa ni kamera banyak sangat tak tahu nak pandang mana


Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha

buat semua 
Petang nanti akan balik ke rumah nek kiah
Hari Ahad selepas sembahyang raya akan balik ke Kluang
Hari Isnin akan menghadiri Reunion SMDS 73


padat dengan pelbagai aktiviti
Doakan perjalanan kami dan untuk semua yang akan pulang ke kampung memandu berhati-hati ya



* Untuk pemenang cuba teka tu ,insyallah minggu depan ibuayu akan poskan hadiah.