Monday, March 31, 2014

Faiz dan kisah-kisahnya

Macam2 cerita faiz ni
Tu lah bila anak keletah nak cakap
Sampai ada masa saje berlawak
Faiz boleh tolong
Tolong apa mum
Tolong diam hehe
Dialah penawar hati kami

Kisah 1
Masa cuti sekolah tu 
Ibuayu sibuk buat kertas kerja
Asyik ngadap komp

Tiba2 dia datang dan kata
Faiz x nak jadi cikgulah
Ibuayu : nak jadi apa
Nanti  aiz Fikir dulu
Hahaa nampak teruk ke jadi cikgu ni


Kisah 2
Ibuayu Memang galakkan faiz bawa buku
Bila jalan 2 masuk kereta
Ibuayu : kita mesti jadi keluarga membaca
Faiz : yalah jangan jadi keluarga games je 
Hehee dia sindir along fauzan sebenarnya
Mulut dia selalu kata along tu game dengan hp je.....

Kisah 3
Ibuayu : faiz ni kalau mum masak makan sikit je
Kalau mak masak makan banyak
(Faiz hr selasa petang akan gi rumah pengasuh)
Faiz : mak masak sedap sangat
Ibuayu: mak masak kuah apa aiz
Faiz : entahlah esok aiz suruh mak lukis bahan2nya..
Hahaha dahsyat tu bahan2nya

Kebetulan malam ni kak enon call
Terus tanya apa kuah yg faiz kata sedap tu
Rupa2nya
Sayur taugeh masak kicap
Ohhhhhhh
Dah dapat bahan2nya
Ni faiz tulis semula
Esok nak confirm dengan mak enon
Hahaha



Saturday, March 29, 2014

Restoran Wong Solo dan Seksyen 7

Seksyen 7 kan tempat 
Yang paling best
Untuk makan dan shopping
Dr icity
Kami terus gi seksyen 7 tu
Tiba2 nampak popiah S.S.Ali
Cadang balik br beli
Terus tuju ke wong solo
sekali tengok orang bukan main ramai lagi
Terus ayahnas cadang beli popiah buat alas perut
Sedap popiah basah
Harga 3 ketul rm 3
Ok sangat
Bungkus air teh dan air milo
Besar n kaw rasanya

Kemudian kami singgah petronas dekat situ solat zohor dulu

Kebetulan masa kami sampai tu
Time org kerja gi lunch
Tu rasa sesak semacam
So ibuayu nak gi window shopping dulu
Teringin nak cari shawl

Masuk kat kedai namanya bazaar @seven
Dalam tu ada gerai2
Yang berlainan tuan
Memang teruja masuk situ
Macam2 pilihan
Siap plan raya nanti nak mai sini 
Cr baju hehe

Lepas tu baru gi makan
Itu pun kena beratur ya
Meja penuh
Nampak orang bangun terus cepat2 duduk

Tapi bila order makanan cepat je sampai
Puas hati cuma sambal dia kali ni pedas sikit
Sambal kicap


Friday, March 28, 2014

Trick Art Museum Di ICiTy

Dah lama tahu
tapi tak berkesempatan 
nak pergi

cuti seminggu ni memang tak plan ke mana pun
maksudnya tak gi jah2 untuk bermalam
kalau ikut hati dan nafsu memang nak gi
tapi agenda seminggu ni
penuh dengan kelas tambahan fauzan
and dia ada traning bola

ayahnas free anak pulak ada bola

so bincang betul2
hanya hari Rabu kami free
so
memang nak tuju ke situ jelah
nak balik hari

so pagi bertolak lebih kurang pkl 10
pkl 11 lebih dah sampai Icity
tercari2 gak mana bangunan tu

kami gi bangunan hujung 
kat bangunan kfc tu
lepas tu keliling cari
nasib baik nampak trick art museum

senang je
parking pun banyak
ialah hari bekerja

beli kad top up rm 1
kemudian bayar seorang rm 10
faiz foc
bergantung  pada ketinggian
sampai sana
terus bergedik
hahhaaa
layan gambar jelah








Ini antaranya
Ada 2 tingkat
Bagi ibuayu ok sangat
Yg penting happening

Kat tingkat bawah tu
Ada gambar kecil tepi lukisan
Tunjuk camna nak bergaya
Tapi kat atas takdelah pulak
So kena pikir gaya yg sesuai
Kalau tak trick nampak tak real

Bayaran parking rm 2.je
Ikut jam
Sebab x lama tu yg murah
Kalau lama baik park yg per entry kot

Wednesday, March 26, 2014

Apa itu monopod?

asalnya fauzan yg cerita ibu sekarang ni
bukan selfie je tapi monopod
maknya kan gila gadjet
terus google
wah taklah mahal boleh beli ni

nanti boleh bergambar ramai2
lagipun selalu jalan2 tak dapat nak bergambar berempat

so hari selasa 
merayau gi melaka
ada tujuan lain sebenarnya
selesai tu ajak ayahnas  survey

gi mahkota prade dulu
singgah kedai hp yg selalu beli
ada jual monopod je
rm 80
mahal tapi kualiti

terus tak jadi
ajak ayahnas gi Giant Bachang
bila tanya monopod
hah monopod tercenggang2 tukang jual
frust sikit masa tu
gi lagi Giant Malim
 pun sama
diaorg tak tahu pun apa monopod
huaaaaaa
sedih makkcik

masa kat Masjid tanah 
ajak lagi ayahnas singgah kedai hp
jawapan tetap sama
memang sah takde
tapi rasanya
lagi sebulan dua ia akan melanda
tapi bila google
tahun lepas lagi orang dah monopod


 sebab tak jumpa monopod
petang tu jumpa BFF
terus bermonopod
asyik ngutuk je kerjanya
huhuhu
monopod tak tahu katanya
monopos tahu 
gerammmm je
 





diorg belah
ibuayu monopod jap guna payung
hahahaha
poyo je


kat on9 memang ada
tapi ada sebab ibuayu tak sabar
takpelah redha
lepas ni order semula kat on9





Wordless Wednesday








Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370

Akhirnya 
Apa yang kita harapkan
Semua mendoakan perkara yang sama
Disaat ini keinsafan lebih melanda hati

Dan hari ini
Rasanya suasana pilu di kaca tv
Diakhir buletin tv3 pun
Ada air mata mengalir

Hari ni masa dalam kereta baca fb
Tgk kisah2 mh370 ini
Dan ibuayulah tukang bacakan utk semua
Masa tu air mata mengalir
Mendalami isi cerita
Kita yang tak kenal penumpang 
Pun turut simpati
Inikan lagi kaum kerabat mereka

Walau harapan mereka
Kalau mati mana kuburnya
Sapalah kita nak melawan
Kehendak yang Maha Esa
Semoga roh mereka dicucuri rahmat
Amin

Al fatihah


Dan hari ini ibuayu
Sangat mengagumi
Ahmad Jauhari Yahya
CEO Malaysia Airlines

Tinggal Kenangan

Tinggal kenangan

Ingat lagi masa nak buat pondok bacaan ni

Masa tu ibuayu buat kertas kerja
Bila gb dah luluskan
Kami cari sumbangan sana sini
Alhamdulilah
Dengan wang terkumpul
Dari insan2 yang sudi menderma
Maka siaplah pondok bacaan
Yang kami namakan 
Pondok Zaaba
Rasanya dah 10 tahun yg lalu

Namun mulai 22hb Mac 2014
Pondok ni tinggal kenangan

Ada yang perlu diutamakan
Kami perlu membina surau di tapak yg sama
Nak buat macamana
Kawasan sekolah yg kosong bukan ada

Sedih memang sedih tapi 
Bersyukur impian nak buat surau tercapai jua

GB macam mengerti hati ibuayu
Terus mencadangkan nak buat pondok bacaan
Di tapak yang baru
Alhamdulilah
Kami tunggu surau siap
Kemudian 
Pondok bacaan akan diganti semula
Gunakan barang dr pondok bacaan yang lama
Tambah apa yg perlu aje

Alhamdulilah
Sekolah kami akan ada surau
Akan ada pondok bacaan juga

Pada.pembaca blog ibuayu
Mana tahu nak menderma
Wakaf untuk surau
 kami sentiasa terima
Wakaf anda sentiasa dialu-alukan

Sebelum

Selepas
Dan dalam proses



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015