Sunday, December 4, 2016

Dah bujang anak ibuayu

3.12.1999
3.12.2016
sekejap je dah 17 tahun
pantas masa berlalu
kenangan masa nak lahirkan fauzan pun kuat dalam ingatan

ialah anak pertama
kisah lama duk kat labour room
tp x bersalin2
kisah ayahnas bertunggu tangga kat hosp ibuayu tak bersalin
at the end masa ibuayu nak bersalin masa tu ayahnas balik krubong kejap
kisah kelopak mata fauzan berdarah sikit.. mungkin masa tu doktor nak cepat operate ibuayu
kisah lepas ibuayu selamat bersalin nak tolak masuk ke wad
masa tu lah selisih dengan long nak dihantar ke labour room
dan masih kuat ingatan kucupan ayahnas di dahi ...mungkin tanda terharu atau terima kasih lahirkan anak dia
semuanya masih kuat dalam ingatan

alhamdulilah
Allah beri ibuayu anak lelaki yg mendengar kata
yg tahu tanggungjawab dia pada keluarga dan pada agama
nikmat yg mana lagi harus ibuayu dustakan
walau mungkin x sebijak sepandai anak org lain
tapi bila kita tahu aktiviti dia seharian
tahu perangai dia
syukur atas anugerah yg diberi...
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
berjaya di dunia berjaya di akhirat
menjadi contoh pada Faiz
menjadi insan yang soleh
pesan ibu kita perlukan kekayaan
bukan untuk diri kita semata2
tp sekurang2nya bila kita kaya
kita dapat gunakannya untuk ke jalan Allah.
untuk kaya kita perlu berjaya
kaya harta kaya ilmu  kaya iman kaya budi bahasa....
ibu sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak ibu



No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015