6.6.1998
jatuh pada hari Sabtu
6.6.2015
pun jatuh hari Sabtu
bukan senang nak jumpa tarikh and hr mcm ni
terkenang
17 tahun yg lalu
jam 10 pagi
17 tahun yg lalu
jam 10 pagi
bersiap ke Masjid dihadapan rumah
dikelilingi BFF dr maktab
menjadi peneman dan pengapit ibuayu
berdebar2 rasa masa tu
dengan sekali lafaz
kami sah menjadi suami isteri
terasa bagai baru berlalu
hakikatnya sudah 17 tahun kami melayari rumahtangga
alhamdulilah
semoga ikatan kami kekal hingga ke Jannah
semoga kami sekeluarga dipelihara oleh NYA
bersyukur dengan apa yg ada
berdoa agar kami sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dan kesihatan yang baik
dah berbelas tahun kawin
memang tidak ada apa2 sambutan
hanya ucapan
tiada kejutan
apatah lagi ayahnas tiada disisi
tahun ni ayahnas kat Kedah
alah bisa tegal biasa
dah tiap2 tahun kena tinggal bila
ayahnas bawa team mssm
bola sepak
kami ni nampak serasi
tapi ada gak yang tidaknya
hehehhe
ibuayu. vs ayahnas
pemarah ..penyabar
membebel...berdiam
kuat tidur...kuat terjaga
kuat berehat ...kuat bersukan
pandai ict...pandai menyanyi
maka dipertemukan kami diperkuatkan jodoh kami kerana perbezaan kami inilah penguat ikatan kami
ada bab kami sama
suka bercerita
boleh dr JB kami bercakap
tak berhenti
dan sepatutnya
masa tu masuk tol ayer keroh
kami terlajak sampai simpang empat
kami kuat mencuba menu kedai
pantang tahu mana kedai ada menu sedap
mesti kami gi cuba
sedap dtg lagi
x sedap say sorry
dan
yang best
kami kaki jalan
gi cameron balik hari biasa tu
bab jalan msia
dah khatam
lepas ni nak tunaikan satu misi
in sha Allah
kena kuat menabung ya abang
dan bab kerja rumah
kami saling bersama
ibuayu basuh kain
ayahnas jemur kain
kami sama2 lipat kain
sweetkan
ayahas beli lauk
ibuayu akan masak
tapi bila nak masuk
garam dan gula
ayahnas punya sukatan
sweetkan
hahahhaa
dugaan rumah tangga
memang ada
al maklum
yang banyak mood ibuayu
sedangkan lidah lagi tergigit
semoga kita sama2 buat yg
terbaik yg telah dianugerahkan kepada kita
amin
jangan ada yg muntah hijau lak baca ceritani
sekadar memori dikemudian hari
sekadar memori dikemudian hari
No comments:
Post a Comment