Tanggal 3 Disember 1999 Anak pertamaku dilahirkan. Istimewanya ketika aku mengandung long pun mengandung juga anak ketiga.Sebulan sebelum jangkaan tarikh bersalin mak meminta air selusuh dr org yg pandai....Ada ke dia kata aku ni jenis lembik..susah nak bersalin manakala kakakku pula senang bersalin( ialah ni anak ketiga,long askar lak tu paham2 jelah)Seminggu sebelum bersalin aku merasakan sakit perut yg amat sangat dan cik abang terus membw ke hospital.Tanda2 kelahiran masih jauh lagi dan keesokkannya aku pulang ke rumah yg mana pd hr itu berlakunya pilihraya seluruh Msia. Sebagai rakyat yang bertanggungjwb sempat aku menunaikan kewajipn .
Esoknya aku pergi lagi ke hospital kerana sakit perut yg tak tertahan. Dua hr disana Long dr KL pun masuk ke hospital yg sama.(Nak anak melaka jg).Pd mlm hr ketiga di wad barulah aku dimasukkan ke wad bersalin jam 10 mlm.Sehingga keesokkannya..aku tetap tidak bersalin.Sakitnya sendiri paham.. Doktor akhirnya mengatakan aku perlu dibedah kerana jantung bayi semakin lemah.
Suamiku yang selama ini tidak pernah balik kerumah boleh pulang ke rumah bersama mak(kononnya nak masakkan aku me goreng).Hanya aku yang menandatangani surat kebenaran.Tepat jam 6.35 bayiku selamat dikeluarkan anak lelaki). Lega rasanya semua selamat dan apabila keluar dr wad pebedahan dpt kulihat wajah suami dan ibu tercinta.
Ketika aku disorong balik ke wad long pula disorong masuk ke wad bersalin.bertemulah kami di laluan dan berpelukan. (cian mak risaukan sorang lagi) akhirnya long selamat bersalin jam 10mlm.anak perempuan.Sehingga kini mereka digelar kembar 3 jam. dan sering menymbt hari jadi bersama.
Ketika aku disorong balik ke wad long pula disorong masuk ke wad bersalin.bertemulah kami di laluan dan berpelukan. (cian mak risaukan sorang lagi) akhirnya long selamat bersalin jam 10mlm.anak perempuan.Sehingga kini mereka digelar kembar 3 jam. dan sering menymbt hari jadi bersama.
Bayi kami ini kami namakan Muhammad Fauzan Haikal. (Haikal -aku yg bg coz aku berkenan dgn perangai anak murid aku yg bernama haikal) (fauzan-ayahny yg beri coz nama pendaki gunung everst yg tak berjaya ke puncak)
No comments:
Post a Comment