Saturday, January 31, 2009

Anak ketiga

Semasa hayat Alia aku sentiasa berusaha untuk mendapatkan anak ketiga.Tujuanku hanya satu ,supaya Alia dapat berteman. Rupanya Allah Maha tahu yg aku ini tidak mampu utk melakukannya. 4 bulan selepas Alia meninggal aku disahkan mengandung. Walaupun terkejut kami berdua sangat bersyukur. Untuk kali ini aku meminta bersalin secara pembedahan. biarlah aku yang menanggung kesakitan drpd aku pertaruhkan nyawa bayiku. Apa yang berlaku kepada Alia membuat aku serik untuk bersalin secara normal.Walaupun ini takdirnya tapi jika ia bukan kesilapan manusia tentunya perkara itu tidak berlaku. ...

Alhamdulilah......ketika mengandung aku tidak mengalami alahan yang teruk..tapi yang aku lihat taste makan aku semua yang mahal2 belaka.
Aku diberi tarikh 09-09-08 untuk melakukan pembedahan. Jam 10.10 pagi bayi aku selamat dilahirkan. Alhamdulilah bayi lelaki yang sihat.Aku ditahan di wad selama tiga hari . Tanggal 11-09-08 aku dibenarkan pulang. Walaupun aku gembira tetapi hati ini tetap terasa sayu.Bayang pada tahun yg lepas di tarikh yg sama aku membawa pulang jenazah anakku dirumah mak utk dikebumikan disitu dan setahun selepas itu pada tarikh yg sama aku membawa pulang seorang bayi comel . Anakku ini umpama pengganti yg telah pergi. Bayi ini kami namakan Muhammad Faiz Haikal.Jika nama Fauzan sempena org yg mendaki gunung nama faiz ini pula diambil sempena nama angkasawan malaysia.

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015