Sunday, January 25, 2009

Anak Kedua

Setelah Fauzan berumur 6 tahun aku disahkan mengandung buat kali kedua.Alhamdulilah gembiranya hati kami sekeluarga. Rezeki ku melimpah ruah .Tengah belajar KSPK TM ni Allah menunaikan impian aku dan suami.Bayi ni dijangka lahir bln 8.semptlah aku menghabiskan kursus ni yg berakhir bln 7.Kita sebagai manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan . Aku mengalami kesakitan yg agak lama dalam proses melahirkan anak kedua. Akibatnya bayiku lemas ketika dilahirkan. Tiada langsung tangisan yg ku dengar. Bayiku ini dengan pantas di bawa ke nursery. Aku sendiri ketika itu tidak menyangka sesuatu yg buruk menimpa anakku....Kami kemudiannya dimaklumkan bahawa anak aku disahkan HIE.(cerebal palsy). Anakku ini ditahan di wad ICU (nursery) selama 2 minggu dan selebihnya di nursery. Sedih sungguh hatiku ketika melihat anakku itu bertarung untuk hidup.berselirat wayar2 dan tiub di badannya. Kulitnya sungguh bersih dan putih. Comel sungguh wajahnya.Semangatku tidak sekuat suamiku.Ketika aku berpantang dirumah mak setiap waktu suamiku akan berulang-alik menjenguk bayi kami. Bacaan yaasin dan ayat-ayat suci tidak lepas diperdengarkan. Saat dan ketika itu kami hanya berserah kepada Allah.kami terima segala apa yang berlaku kepada kami ada hikmahnya.anakku dibenarkan keluar setelah sebulan lebih di tahan di wad. sebelum itu aku telah diajar bgmana memberi susu menggunakan salur tiub. Walaupun tidak sanggup memasuk dan mengeluarkan tiub namun aku cuba juga melakukannya. Anak istimewa ini kami namakan NUR ALIA NATASYA.Walaupun kami tahu penyakit alia tiada ubatnya,namun kami berusaha mencuba pelbagai cara. Selama 2 tahun 1 bulan Alia bersama kami. Walaupun dirinya hanya terlantar, tidak dapat bergerak ,tiada tangisan kami melayannya sama seperti abangnya.Namun Allah lebih menyayanginya. Pada tanggal 11 September 2007 jam 7.00 pagi Alia telah pergi meninggalkan kami.

Aliaku sayang,
Ingin Ibu katakan betapa sayang dan rindunya ibu terhadapmu,
Maafkan ibu,jika ketika hayatmu ibu ada terhutang dalam membesarkanmu,
Maafkan ibu jika ibu tidak sesempurna menjaga dirimu........
Sesungguhnya kasih sayang kami tak pernah berbelah bahagi kepadamu...

1 comment:

Noina said...

kak..napa nasib kita serupa kak..sedihnya bila Alia pergi..boleh ina tanya, apa yang terjadi pada dia masa sebelum dia meninggal?kalau akak segan akak cerita kat dalam email..ni email ina.. antu_suci83@yahoo.com

Moga roh arwah dicucuri rahmat..Dan pasti akan menunggu akak di syurga..

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015