Wednesday, March 26, 2014

Apa itu monopod?

asalnya fauzan yg cerita ibu sekarang ni
bukan selfie je tapi monopod
maknya kan gila gadjet
terus google
wah taklah mahal boleh beli ni

nanti boleh bergambar ramai2
lagipun selalu jalan2 tak dapat nak bergambar berempat

so hari selasa 
merayau gi melaka
ada tujuan lain sebenarnya
selesai tu ajak ayahnas  survey

gi mahkota prade dulu
singgah kedai hp yg selalu beli
ada jual monopod je
rm 80
mahal tapi kualiti

terus tak jadi
ajak ayahnas gi Giant Bachang
bila tanya monopod
hah monopod tercenggang2 tukang jual
frust sikit masa tu
gi lagi Giant Malim
 pun sama
diaorg tak tahu pun apa monopod
huaaaaaa
sedih makkcik

masa kat Masjid tanah 
ajak lagi ayahnas singgah kedai hp
jawapan tetap sama
memang sah takde
tapi rasanya
lagi sebulan dua ia akan melanda
tapi bila google
tahun lepas lagi orang dah monopod


 sebab tak jumpa monopod
petang tu jumpa BFF
terus bermonopod
asyik ngutuk je kerjanya
huhuhu
monopod tak tahu katanya
monopos tahu 
gerammmm je
 





diorg belah
ibuayu monopod jap guna payung
hahahaha
poyo je


kat on9 memang ada
tapi ada sebab ibuayu tak sabar
takpelah redha
lepas ni order semula kat on9





Wordless Wednesday








Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370

Akhirnya 
Apa yang kita harapkan
Semua mendoakan perkara yang sama
Disaat ini keinsafan lebih melanda hati

Dan hari ini
Rasanya suasana pilu di kaca tv
Diakhir buletin tv3 pun
Ada air mata mengalir

Hari ni masa dalam kereta baca fb
Tgk kisah2 mh370 ini
Dan ibuayulah tukang bacakan utk semua
Masa tu air mata mengalir
Mendalami isi cerita
Kita yang tak kenal penumpang 
Pun turut simpati
Inikan lagi kaum kerabat mereka

Walau harapan mereka
Kalau mati mana kuburnya
Sapalah kita nak melawan
Kehendak yang Maha Esa
Semoga roh mereka dicucuri rahmat
Amin

Al fatihah


Dan hari ini ibuayu
Sangat mengagumi
Ahmad Jauhari Yahya
CEO Malaysia Airlines

Tinggal Kenangan

Tinggal kenangan

Ingat lagi masa nak buat pondok bacaan ni

Masa tu ibuayu buat kertas kerja
Bila gb dah luluskan
Kami cari sumbangan sana sini
Alhamdulilah
Dengan wang terkumpul
Dari insan2 yang sudi menderma
Maka siaplah pondok bacaan
Yang kami namakan 
Pondok Zaaba
Rasanya dah 10 tahun yg lalu

Namun mulai 22hb Mac 2014
Pondok ni tinggal kenangan

Ada yang perlu diutamakan
Kami perlu membina surau di tapak yg sama
Nak buat macamana
Kawasan sekolah yg kosong bukan ada

Sedih memang sedih tapi 
Bersyukur impian nak buat surau tercapai jua

GB macam mengerti hati ibuayu
Terus mencadangkan nak buat pondok bacaan
Di tapak yang baru
Alhamdulilah
Kami tunggu surau siap
Kemudian 
Pondok bacaan akan diganti semula
Gunakan barang dr pondok bacaan yang lama
Tambah apa yg perlu aje

Alhamdulilah
Sekolah kami akan ada surau
Akan ada pondok bacaan juga

Pada.pembaca blog ibuayu
Mana tahu nak menderma
Wakaf untuk surau
 kami sentiasa terima
Wakaf anda sentiasa dialu-alukan

Sebelum

Selepas
Dan dalam proses



Monday, March 24, 2014

Sambal belimbing hitam dan ikan patin tempoyak

Ini lauk segera
Order je
Bukan ibuayu masak pun
Jiran sebelah order 
Ibuayu tumpang sekaki

First time makan sambal belimbing hitam ni
Memang berbaloi
Sedap sangat
Makan nasi panas2
Aduh kalau bulan puasa 
Waktu sahur ni 
Mcm pembuka selera ni
Sebekas ni tapi x penuh
Harganya rm5
Memang berbaloi




Ikan patin kuah tempoyak ni
Rm 8
Ibuayu nak bahagian kepala
Kuahnya pun banyak

Rasanya memang sedap
Malam tu fauzan siap cicah dengan rotilah

Alhamdulilah dua lauk ni
First time beli
Rasanya memuaskan hati
Next time boleh order lagi




Friday, March 21, 2014

Seram tapi sedap dimakan

memang sedap
ikan keli ni kalau digoreng 
garing-garing

makan nasi panas2
dapat sambal belacan je pun ok

tapi yang tak sanggupnya
kalau goreng 
mesti meletop-letop
ibuayu kalau goreng
mesti tutup dengan tudung periuk

tapi bila nak balik kan ikan 
mulalah bersilat semacam


ikan keli ni beli kat pasar tani
asalnya nak masak lemak cili padi
tapi sebab ada bahan tak cukup 
tangguhkan dululah
ambil sikit untuk goreng je

Tuesday, March 18, 2014

Udang kecil vs petai

Rasanya tak pernah ibuayu beli
udang kecil2 ni
tak  pernah beli maksudnya tak pernah nak masak
sebabnya malas nak siang
so hari tu kat kantin sekolah ada masak udang ni
sedap pulak rasanya
so masa gi pasar tani
nampak pulak udang kecil ni 
terus beli setengah kilo
lepas tu terus cari petai lak
nak buat sambal








yang bantu kopek udang ayahnas
yang bantu kopek petai
faiz haikal
tekun dia buat
hehehe




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015