Saturday, March 15, 2014

Pahit manis bersama team Olahraga

Selesai sudah
Kejohanan Olahraga Kawasan Masjid Tanah
kalau kata tak penat tipulah
3 hari berkampung kat stadium
3 hari jugalah anak2 waktu malam makan nasi bungkus
berulang dr Masjid Tanah ke Stadium Hang jebat bukan dekat
hampir 30 minit gak
waktu rehat melepak lak kat stadium
jangan tak percaya hari ke 2 dan 3 
kami tak makan nasi pun tengah hari tu
bila penat mulalah tak selera
anak murid kami paksa makan
nanti nak lari tak de tenaga lak

3 hari tu mcm2 cerita ada
hari terakhir tu kereta member siap robek bumper dia
bila fikiran nak cepat je
abis semua dilanggarnya
hehe
kenangan betul
dan kenangan paling best
ayam goreng yang dijual tanpa tulang
sedapnya
sebab dia goreng bila kita order
makan panas2
teringat sampai sekarang

so bila selesai je olahraga ni
bolehlah ibuayu basuh spike
lepas tu simpan dalam kotak
then letak kat stor sukan





dah simpan macam ni senang
tahun depan nak guna ambil je
begitulah seterusnya

baju pun ibuayu pungut
malas nak bagi murid bawa balik
nanti asyik lupa je bila kita minta

so lepas ni tumpu lak pada 3 orang pelajar kami
yang akan jadi wakil kawasan lak

ni antara gambar yg sempat snap
ni pelari 100m n 200m dia dapat gangsa



yg tersengih tu anak murid ibuayu
baru darjah 5
dpt tempa ke 5 jalan kaki
tahun depat nak latih dia lebih lagi
mana tah emas lak


alhamdulilah
perit kami nak dapat emas kali ni
walau perak dan gangsa dah dapat banyak

hari ke3 baru emas datang menyinar
walau satu tapi ia sangat berharga
takde pulak gambar murid tu
gambar ramai2 ada 
gambar sorang kat kamera member


Thursday, March 13, 2014

Bila gambar berbicara

Post sebelum ni ada letak 
2 keping gmbr ibuayu dan ayahnas


Gambar ni macam kami bergaduhlah
Macam ibuayu sedang pujuk ayahnas
Takde maknanya pun
Gambar ni gmbr candid
Member snap
Masa ni kami kat stadium hang jebat
Kejohanan olahraga
Selama 3 hari

So bila.ada peluang boraklah si suami n isteri

Alhamdulilah
Jerit perih dr hr pertama hingga kedua
Pingat emas tak muncul
Walaupun masa tu perak dah 3.gangsa dah 2

Hari ketiga baru bersinar emas utk kami
Untuk acara 100 m L12 pulak tu
Puas rasa hati
So semuanya 
Kami dpt 1 emas 4 perak 5 gangsa
Berbaloi kami ni terjerit2 kat sana

Berbaloi kereta pengurus yang sampai runtuh depan langgar divider kat stadium



Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday



Tuesday, March 11, 2014

Kalau nak jadi cikgu kena pandai baiki kasut

Cikgu kan mesti serba boleh
Tak kira guru lelaki ke
Guru perempuan

Bila murid mengadu spike dia nak koyaklah
Paku tercabutlah
Kitalah yang kena betulkan



Ni hari pertama kat stadium hang jebat
Ada majlis perasmian
Murid ada 30 orang
Kami 3 org guru perempuan yg nak jaga seharian
Dr pagi sampai petang
So bila nak balik tu nampaklah
Cikgu2 ni bawa barang macam2
Ada nampak cikgu lelaki bawa bekas air
Dia masukkan ke bonet kereta
Tak kisah pun bekas tu kotor
Tak kisah pun diorang kan
Badan budak tu berbau masam
Melekat kat kusyen kereta
Tak kisah pun kereta mahal
Kereta mereka disumbat mcm2
Tak berkira
Sebab ini tugas kami sebagai guru
Dan
 rasa bangga bila anak murid berjaya dapat pingat
Walau muka cikgu dia dah semakin berkilat

Ada 2 hari lagi nak menghadap
Walau penat tapi seronok dengan urusan ini
Moga emas bersinar utknkami esok





Saturday, March 8, 2014

Bulan yang sibuk dengan kejohanan

Bulan 3 memang sibuk dengan pelbagai kejohanan

Tahun ni pulak lah yang 
Cuaca panasnya terlalu kuat
Musim kemarau
Kita guru ni kena redha
Panas hujan tugas tetap kena jalan

Minggu ni bagi sokongan kat bola sepak
Sambil tu buat 
Jugak latihan olahraga

Minggu depan nak berkampung kat stadium
Minggu satu lagi berkampung kat dewan badminton
Sekolah ibuayu jadi tuan rumah
Lepas.tu cuti seminggu
Yahoo releks sikit
Lepas tu harapnya dapat menjalankan
Tugas hakiki dengan lebih baik

Hari ni bola dah habis
Sek dpt no 3
Meningkatlah prestasi
Tahun lepas no 4 ni no 3

Harap2 masa olahraga nanti adalah emas untuk kami
Amin



Gambar semalam petang
Masa tgk suku n separuh akhir
Berdebar2 jantung ibuayu


Friday, March 7, 2014

Bila cikgu jatuh di tangga

Ni kisah benar
Kisah diri sendiri
Dah berbelas tahun sekolah kat sini
Tak tahulah kenapa 
Kali ni tersilap langkah
Keluar dari kelas
Menatang barang yg dibawa
Dan entah macamana
Boleh terjatuh dan terduduk
Dr satu tangga ke satu tangga
Hingga tangga yg bawah

Masa jatuh tu 
Tangan sebelah kiri 
Menahan lah kononya 
Dr terjatuh lebih jauh
Tapi apakan daya
Jatuh terhempap2

Terus terduduk 
Dan terkejut
Sakit wo
Rasanya nak menangis masa tu
Masa tu pakai baju pj
Pakai kasut sport
Tak tahulah knp tergelincir
Padahal tangga x basah pun

Ada sorang budak ni dekat tangga blok lain
Terpandang gak cikgu dia jatuh
Terlopong  mulut dia
Mungkin terkejut tengok
Ibuayu pun control biasa je lah
Sekali tgk jam kesayangan putus
Bertambah sayu je
Hati dahlah menahan air mata dr mengalir
Call.ayahnas tak angkat
Masa kat bilik guru
Control emosi lagi
Bila ayahnas call semula
Mulalah air mata berderai2
Tapi dalam sedih tergelak gak
Membayangkan jatuh pelopok satu tangga satu tangga

Dan kesannya
Malam tangan kiri bengkak
Terus ajak ayahnas gi urut
Dan bila urut baru tahu
Punggung sebelah kiri pun bengkak




Monday, March 3, 2014

Bermulalah episod menghitamkan muka

Jenuh jaga muka nak putih
Terpaksa hitam balik
Apa nak buat 
Dah kerjaya kita
Bertambah lagi cuaca yg hangat ni

Nampak senang tapi
Ada juga orang yg sanggup
Menolak kerja ni sebab takut muka hitam

Ialah niat kita buat ni untuk anak2 murid
Kalau ikut hati siapa yg suka nak penatkan dirikan

Hari ni mula acara
Lontar peluru n lempar cakera
Mula pkl 2 pkl 7 lebih br habis

Alhamdulilah selit gaklah  1 perak

Kena usaha lebih lagi minggu ni
Kena cari emas lebih sikit
Belum nampak sinar ni



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015