Tuesday, February 1, 2011

Donut ikan

Sebenarnya hari isnin hari tu memang teringin nak makan KFC
hujan2 masa kat sekolah tu terasa bau KFC je
and ada member cerita pasal donut ikan
tu yg membara hati nak makan


petang tu gi beli makanan idaman ni
padahal bukannya jadi idaman selalu pun
kali ni je yang teringin


ni lah donut tu
 


bagi ibuayu rasanya oklah..
tapi  masa makan tu dah sejuk
kalau panas2 mesti sedap
cicah dengan sos tartar..puhhh

yang ni fauzan punya
"


ni pun fauzan punya
"

ni pun fauzan punya lagi ..


yang ni baru ibuayu and ayahnas punya
ibuayu makan pun seketul je
tak tahu kenapa
sebelum beli teringin sangat
dah beli tak nak makan lak

faiz punya chicky meal
tak sempat nak snap dia dah rembat dulu...

Sunday, January 30, 2011

Melepak di Hotel Everly melaka

Bunyi  macam orang kaya2 je lepak2 kat hotel
kalau sekadar jadi cikgu macam ibuayu ni apa  klas lepak kat hotel kan..keh3

Lepas tu dok kat Melaka je bukan jauh mana pun ye
First time stay kat sini
sangat2 berpuas hati
Ada hall lagi
macam biasalah benda wajib bila masuk hotel
bergambar dulu sebelum bilik tu tak serupa bilik

ni hall

ada kaunter bar lagi

air satu..


bilik yang sangat selesa


pose dulu


operasi nak bermula


 "
pemandangan luar yang cantik

 
makanan yang sangat sedap
hari sabtu petang tu kami tinggal 3 beranak
ayahnas ada game cikgu2 kat gangsa

cuaca pulak sejuk semacam 
perut pun mula berbunyi
mula2 malas nak order 
ialah harganya boleh dapat 5 pinggan kat luar
tapi bila faiz yang sibuk kata lapar...bu lapar cian pulak bunyinya
bagi biskut pun dia tak nak
ialah lepas maghrib dah nak keluar makan lak
so along lah tukang ordernya
dan walaupun harga nasi goreng kg ni sepinggan RM 22.05
tapi rasanya sangat berbaloi2..

malam tu lepas maghrib kami keluar
ingat nak gi Mahkota tapi jalan jem
terus gi Melaka centrat cr kedai al ikhsan
lepas tu baru makan asam pedas power
gambar tak ambil 
sebabnya ayahnas tak bawa hp..


sarapan kat sini pun ok
biasalah menu malaysia 
rasanya mana2 hotel ada
siap ada roti jala lagi
tapi yang paling sedap pastrinya...
(gambar tak dapat ambil sebabnya faiz buat hal)
jadi bayangkan bagaimana tak selesanya ibuayu nak mencekik
keh3..padahal ayahnas yang take over jg faiz

ni nak balik...


kembang hidung dak kenit ni

ingat pagi ni yang anak2 nak mandi kolam
tapi sebab hujan masih tak berhenti2 maka semua plan dibatalkan
nak berphotoshoot kat tepi pantai pun tak dapat

P/s ..Sesiapa nak stay kat melaka bolehlah duk sini..
nak ke bandar hilir tak jauh sangat
lepas tu ada pantai
dulu nama hotel ni Rivera...

Contest Foto Kiut

Masih sempat rasanya nak join cotest ni 
kalau nak tahu lebih lanjut KLik SINI
ataupun klik banner ni
"



jadi gambar yang dipertandingkan ialah

"
"


Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
090908

Saturday, January 29, 2011

Faiz dapat rumah

Ni cerita malam jumaat
dalam pukul 9.00 mlm ajak ayahnas gi Mydin
ialah bukan dekat nak ke MITC
9.45 kami sampai kira rempit jugaklah ayahnas tu

sebenarnya plan last minute
ayahnas baru balik traning dr melaka
takkan nak ajak ke melaka lagi
tapi rasanya dah takde masa lain lagi tu yang ajak jugak

dan di sinilah faiz dapat rumah
semua mainan dipegangnya
akhirnya yang ni rasanya sesuai dengan dia
"
"


Dari Nasi jadi bubur ..lepas bubur jadi ???

balik sekolah tadi ayahnas kata  faiz muntah2 rumah kak enon
tengok diri faiz pun melepek je
alamak penyakit dah berjangkit


hari Sabtu ayahnas yang kena
hari selasa fauzan
jumaat faiz

janganlah jangkit kat ibuayu lak..tak rela I..

tak lama sampai rumah tu fauzan menjerit faiz muntah
kesian tengok dia muntah
tak keluar apa dah

lepas tu terus angkut gi klinik ..
Dr ni memang baik...Dr cina
lembut je pegang baby
tapi nak menunggu turn kita yang tak tahan tu lama..

dan sangat terkejut doktor tu kata bagi dia ais batu pun tak pe
biar dia hisap janji ada air masuk kat badan
faiz ni memang hantu ais pun


dan untuk kali ke 3 dalam minggu ni ibuayu masak bubur
balik je terus masak
bila dah masa cuma belum pekat je ibuayu matikan api dulu
ialah nak tido kejap terasa mengantuk sangat

bila bangun terus panaskan semula bubur tu dan terus goreng kuey tiaw
lepas tu terus gi sembahyang
lepas angkat wuduk terbau hangit
alamak mesti bubur dah hangit 
dan memang betullah
rupa atas cantik tapi berbau
tak boleh buat apa dah
nanti lagi sakit si faiz tu
"

ni rupa bawahnya


sedihnya..tak dapat bagi faiz makan bubur
terus ajak fauzan teman keluar cari bubur nasi
aduh takde pulak kedai yg jual
masa ni tercari juga mana ada pasar malam yang dekat2 ye

Faiz makan biskut je..itupun tak banyak
tahu kalau makan bubur pun bukan banyak tapi tentu dia kenyang sikit
nak bagi air garam pun dia tak nak masam katanya

Bila sakit ni cian tengok dia
asyik terbaring je
nasib baik along dia pandai ajak dia main...
cepat sembuh ye Faiz

Friday, January 28, 2011

CONTEST CUTE SPECKY WOW!!!

Jom join contest ni
Kalau nak tahu syarat-syaratnya KLIK SINI



gambar pesertanya ialah


Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
090908



Tag pada 
misleter
mak uda

Tuesday, January 25, 2011

Semoga selamat terima

Dah pos bungkusan untuk pemenang teka buku ibuayu
harap2nya pemenang terima hadiah yang seadanya

tak pernah guna perkhidmatan kangaroo
ni first time guna
selalu gi pejabat pos je....

yang kecik tu belum pos lagi  
sebab masa nak pos tertinggal lak hadiah tu...
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015