Tuesday, January 25, 2011

Yong Tau Fo Hitam

Dah lama sangat tak beli Yong Tau Fo hitam ni
selalu makan yang sup punya
kalau nak makan YTF yang hitam ni kat pasar malam MT lah

Rasanya dah setahun lebih jugak tab beli YTF kat sini
kali ni tekak memang teringin bebenor 


pkl 5 pergi dia baru nak bukak payung
pkl 8.00 lebih ayahnas ajak bini dia gi beli
ialah bini dia ni lain macam
kalau nak tu nak je....
sakit2 pun ayahnas drive jugak
ibuayu je yang turun
yang lain tunggu kat kereta

inilah dia YTF hitam
harganya RM 6.50
"



saje taknak campurkan takut tak abis
"

memang tak abis pun esoknya fauzan bawa bekal gi sekolah
sedap katanya

ni cpucino along dia
tapi macam dah jadi hak mutlak dia sorang
"


ayahnas memang tak merasa makan YTF tu 
sebabnya hari tu ayahnas kena cirit birit
so sebagai isteri mithali
inilah makanan yang ibuayu masakkan untuk suami tersayang
"

lepas tu goreng halia,bawang dan ikan bilis
tapi gambar tak sempat snap pun...
ayahnas dapat MC hari isnin tapi dia tak ambil pun
ialah cikgu cemerlang memang macam tu..keh3

mana untung makan luar @ masak dirumah

Ketepikan soal yang lain
yang dibincangkan disini ialah mengenai harga

Hari tu ibuayu beli barang basah
ikan talapia 3 ekor RM 10
Beli kangkong RM 2.00

balik rumah masak ikan talapia tu 3 bahagian RM 5.00
masak kangkong semua RM 2.00
bawang,minyak ,gas,air basuh pinggan RM 2.00
anggaran jumlah makan ialah RM 9.00


esoknya tak larat masak suruh ayahnas beli makanan
nasi putih 1,nasi goreng kg,sup campur,daging goreng kunyit
semuanya RM 11.......

mana untung masak ke beli kat luar

dengan bilangan isirumah ibuayu yang makan malam hanya 2 orang rasanya
memang berbaloi2 beli je makanan kat luar
kalau makan kat luar tentu kena tambah kos airkan


tapi jika bilangan isirumah ramai 
maka tersangat berbaloilah masak sendirikan...


udang goreng butter di sabah..yummy
so jomlah sharekan pendapat....

Monday, January 24, 2011

Dah ambil insuran nyawa?

Pada sesiapa yang belum ambil eloklah ambil
semua orang tahu insuran ni banyak faedahnya
tapi ramai orang berkira bab nak keluarkan duit untuk beli polisi insuran
beli cadar,beli kain baju semua tak terasa 
tapi bila ambil polisi ni ramai yang berkira

Ayahnas ni agen insuran sambilan
Alhamdulilah kiranya ayahnas dapatgak menolong kawan2 yang ditimpa kesakitan
Tahun lepas kawan ayahnas kena strok
and dapatlah dia claim berdasarkan polisi yang diambil
masa ibuayu tengok cek tu dalam 4000 ++ jugak
itu claim yang pertama ada yang selanjutnya
ialah duit tak boleh beli kesihatan
tapi sekurang-kurangnya dapat gak membantu untuk mencari penyembuhnya

Ini juga penting kenapa kita perlu ambil polisi insuran
dengan orang yang dikenali...
bukan apa...apahal semuanya senang..cuma cepat atau lambat bukan kerja agen tu tapi
itu kerja syarikat insurans...

Dan pada hari Jumaat baru2
nek kiah kata ada surat kat rumah dia
and bila bukak
tersangatlah terkejut
terperanjat 
dan tentulah gumbira
sebabnya
"
"
"
"
"




alhamdulilah dapatlah dalam 2k

ayahnas yang suruh ambil polisi ni...
3 tahun dapat faedahnya
 disaat2 begini ada juga rezeki yang mendatang
kalau sesiapa berminat nak beli polisi insurans
bolehlah contact ibuayu
ibuayu ni macam PA pada ayahnas...

Sunday, January 23, 2011

Hampir2 kemalangan

hARI jUMAAT lepas sekolah terus gi rumah nek kiah
turunkan fauzan dan faiz
ibuayu seorang diri terus ke LHDN Melaka Mall
bukan bayar cukai pendapatan tapi gi bayar tafsiran tanah
sebabnya nak tukar nama ibuayu

selesai terus solat kat situ and terus gi pejabat Tanah MITC
dalam ibuayu nak masuk lorong ke MITC tu ibuayu hampir berlanggar dengan sebuah kereta
nasib baik ibuayu sempat brek driver sana pun sempat brek
kalau tidak pasti berdentum kami
ibuayu pun masih tak pasti samada itu jalan ibuayu atau dia
takde signboard tulis berhenti..

Terperanjatlah jugak lepas kejadian tu....
Ibuayu punterus memandu ke pejabat tanah
5 minit lepas kejadian tu nek kiah telefon
katanya dia risau ibuayu gi sorang diri..
Rupanya perasaan dan gerak hati nek kiah terhadap anaknya ini masih kuat
ialah seorang ibukan dia yang mengandungkan kita...
terharu sungguh
tapi sampai sekarang ibuayu tak cerita dengan nek kiah kecuali dengan ayahnas

Saturday, January 22, 2011

Hari terakhir Kota Kinabalu

Rancangan hari ni nak ke Pasar Gaya
Diaorang kata pasar gaya ni lagi murah dr mana2 pasar
tapi cuba bayangkan kami keluar bilik pukul 9.00 lebih sampai nak pkl 11.00 kami tak dapat parking
jalan sangat jam dan parking langsung takde yang kosong
 
hati tersangat kecewa
ingatkan dapatllah juga gi habiskan sisa baki duit yang ada keh3
lagipun pagi tu berkejar masa nak gi pasar pagi nak beli udang
pkl 12.00 lebih dah nak check out


Dah jadi macam ni hasrat ke pasar gaya terpaksa dilupakan

Ayahnas turunkan ibuayu kat pasar segar
seronok tengok ketam batu,ikan2nya yang segar dan murah
rentap gak udang sekilo RM 70
kalau kat semenanjung entah brp rm sekilo
terus balik bilik sebab nak goreng udang2 tu
sampai bilik terkejut takde elektrik
call pihak hotel diaorg kata seluruh KK takde elektrik

Lepas masak and makan
pack bag and terus check out

Kemudian kami gi pasar ikan masin
Sabah kan terkenal dengan udang kering,ikan masin
Ayahnas dah pernah beli kat budak ni
so takde lah teruk2 nak tawar harga
lepas tu kami gi pasar filipine
cari sikit barang
then singgah untuk merasa air kelapa sabah

kemudian lepak jap kat waterfront...
cantik view kat situ
"


"


"
lepas tu round bandar KK untuk kali terakhir
sayu pulak hati
ialah dah 3 hari lalu lalang kat sini

Round kat Tanjung Aru
budak2 nampak air mana nak tahan
bermandi mandalah 2 beradik tu
lepas tu round lagi are nak keningau
tempat kenangan ayahnas lah
then barulah serah kereta di airport...

flight pkl 8.00 lebih
sampai LCCT pkl 10 lebih
Dalam pkl 11 balik ke Melaka
12 lebih sampai rumah
"

Walaupun penat tapi satu pengalaman yang menyeronokkan
Ibuayu tulis segalanya sebab ibuayu harap entri ini bukan untuk ibuayu jadikan kenangan sahaja
tapi harapnya dapat membantu pada rakan2 yang bercadang ke Sabah
bagaimana persoalan ibuayu sebelum ke sana diharap info ini sedikit sebanyak dapat membantu


Tapi keseronokan bercuti ni ada magnet kan
lepas ni otak dah berfikir je mana nak gi jalan lagi..keh3

oh...lupakan ada plan yang lagi besar...

sukasuki my baby giveaway

Nak tahu lebih lanjut klik SINI


gambar yang dipertandingkan ialah
"
"


Nama: Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
Tarikh lahir : 090908
Umur 2 tahun 5 bulan

Masa ni faiz tengah bermain dengan along dia..adalah benda tu sampai terkekek -kekek dia ketawa

tarikh tutup : 11/2/2011

Makan-Makan -Kota Kinabalu



ni masa baru sampai kat KK
kedai ni dekat area UNIMAS
lauknya pelbagai
tapi harga boleh tahan
ni lauk ibuayu
"



lepas tu dia bagi bubur kacang 
free kot

ni makan petang merangkap malam

nampak tak nama kedai tu Likas Highway Corner


 


ada yang tak snap
harganya pun berbaloi
lebih kurang rm 58 je

lepas tu ada jual kepak ayam
sangat sedap
sambal kicapnya pun sedap
ada gerai jual 1 RM 1.20 ada Rm 1.40





Udang dibeli di pasar pagi
memang puas dan kenyanglah




semuanya segar2






jangan lupa minum air kelapa 
kedainya sebelah je dengan pasar filipine



MCD pun jadi makanan kami kat sana ialah kedai kat bawah blok je
lepas tu tekak ni teringin makan bubur.....


kiranya bab makanan bukan masalah kat KK
kalau rasa tak kena selera makanan segera memang ada

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015