Thursday, May 26, 2016

Sekolah-Sekolah saya

Zaman persekolahan ibuayu
banyak nau sekolah tu hahaha

bila hari Guru je mula ingat2 
mana sekolah yang ibuayu pernah belajar
bab sekolah ingat
bab tahun ada lupa
kena kira tolak tambah tahun baru dapat recall hahahhaha
ingat lagi



masa tadika ibuayu tadika kat parit raja
bab lain x ingat
tapi ibuayu ada menari inang rasanya
masa kat tadika tu
teringat pun sebab pernah tgk gambar tu dulu-dulu

lepas tu masa darjah 1 ibuayu sekolah Convent Batu Pahat
masa tu sekolah sebelah petang 
gi sekolah naik van
masa tu ibuayu sorang2 je
xde kawan
nek kiah nak sekolahkan ibuayu kat situ
jauh tau parit raja dgn batu pahat
tapi sebab dulu Long pun sekolah situ
so nek kiah nak anak perempuannya ni pun situ gak
Long dpt 5A best student lagi
so naklah ibuayu pun capai macam tu 
tapi nan adoooo

bila darjah 2 and darjah 3
sekolah sebelah pagi
masa tu dah ada geng
dengan kakak tu drjh 3
kami pergi naik bas
pagi2 buta dah bangun
dalam bas sambung tidurr lagi
dapat abang tiket yg memang kenal tuk mail
ibuayu dapatlah tambang free
macam tulah kehidupannya
sampai darjah 4
agaknya nek kiah tengok belajar macam tak berapa pandai
pindahkan ibuayu ke sekolah kampung
SK Pintas Puding
masa conventkan semua gegirl
bila pindah skpp dah sekolah campur
tapi sebab kita bukan jiwa nak malu2
so ingat lagi
br masuk sekolah tu dah kena duduk dengan budak lelaki
huhuhuhuhu
apakah ini
masatu ibuayu masuk kelas ke 2
bila exam hujung tahun 
dpt no 1
so thn depan masa darjah 5 masuklah kelas no 1
sampai darjah 6
tapi x sampai bulan berapa
atuk mail kena pindah ke Yong Peng
so ibuayu bertukar sekolah lagi

SK Sri Yong Peng
satu sekolah kampung
dr sekolah convent ke skpp
ibuayu pakai baju sekolah jenis pinafore
bila hari pertama masuk sekolah tu
semua kat situ berbaju kurung dan bertudung
tapi masa tu kan jenis selamba
so hr ke 2 baru ibuayu pakai baju kurung semua
masa kat johor sekolah agama ikut tahun
drjh 3 sek pagi kita sekolah darjah 1sek agama
kalau lulus naik kelas
tak lulus duklah darjah tu
malu woo kalau tak naik
so memang ada baju kurunglah
kat SSYP tu lah banyak mengenalkan ibuayu banyak perkara
ramai kawan
berbasikal ke sekolah
dan kawasan sek ibuayu tu kawasan yang sering banjir
syok betul
terbayang di mata padang sekolah tu kalau banjir
sekolah tu murid2 dia pandai main netball
ibuayu memang x suka game tu
so masa sekolah wakil main badminton
bila form 1
ibuayu gi sekolah Sek Men Dato Seth
form 1 sekolah sebelah petang
bila masuk form 2 n3 sekolah pagi
gi sekolah jalan kaki
masa tu ada bff
jalan sama2
tapi bila form 3 
kuarters balai nak roboh so atuk mail kena duk luar
atuk sewa kat taman mana tah
jauh dr sekolah
so setiap hari ibuayu akan tumpang kereta cikgu tu ke sekolah
pergi and balik
cikgu Zabedah cikgu SRT ibuayu
kadang2 naik kereta cikgu Maznah
garang cikgu tu ..cikgu BM ibuayu

lepas form 3
ibuayu masuk sekejap form4 kat SMDS
result ibuayu baik gak masa SRP
tapi sebab dari dulu x minat sains
so bila sains x kredit pergilah aliran swasta

so sekolah situ sekejap then nek kiah yang suruh sekolah asrama
ibuayu follow je
sekolah kat Batu Pahat
SM Tun Aminah
sekolah tu semua perempuan
hahhahhaa
tak de harapan nak cr pakwe kat sini
tapi rupa2nya pakwe lama ada kat sekolah sebelah
seronok gak duk hostel 
masa kat hoetel tu 
sarapan yang ibuayu suka ialah me goreng
me goreng dia lak jenis lembab 
bila makan macam basah2 je mulut
bab lain ibuayu no komen
ibuayu bukan cerewet sangat pun bab makan

bila ibuayu form 5
atuk mail pindah ke Balai Polis Batang Melaka
so ibuayu masih lagi bersekolah di Batu Pahat
sebab nak SPM
so setiap kali cuti baliklah ke Melaka sendiri
menaiki bas

dr BP ke Muar
naik bas berhenti2
lepas tu dr Muar ke Melaka naik bas MCW..kenangan betul bas ni
dr melaka ke Batang Melaka naik bas berhenti2
bayangkan jauh tu
kadang2 nak maghrib sampai rumah

tapi masa tu nek kiah tak risau pun anak dara dia naik bas sorang2kan
sebab tulah ibuayu kak jalan
dr dulu sekolah dah naik bas
hahahaha
lepas result SPM ibuayu amik STPM
sekolah jap kat SM MUnshi Sulaiman
sekolah tu bersebelahan dengan SMTAminah
masa tu ibuayu menumpang duk rumah Azie kat parit jelutong
dalam 2 minggu duk rumah dia
baik betul keluarga dia tumpangkan ibuayu 

lepas tu baru ibuayu sekolah kat Sek Men Munshi Abdullah Batu Berendam
masa lower six duk berulang
lepas tu baru duk asrama
ingat lagi kat sini
kami duk makan me goreng depan pagar aspuri
dalam 50 sen me tu
di bungkus dalam palastik putih
nak makan nyonyot je

so tulah nama2 sekolah ibuayu dari kecik hingga form six
betullah 
mengutip ilmu bukan sahaja di dalam bilik darjah
tapi pengalaman hidup merupakan ilmu yang sangat2 berguna

semoga guru2 yang pernah mengajar ibuayu dapat menghalalkan ilmu mereka
ibuayu ni bukan nakal sngat
tapi nakal anak2 tu biasalah
mana tahu ada guru yang terkecil hati dengan anak muridnya ini

bila kita dah jadi guru baru kita paham
bagaimana susah payahnya guru nak mengajar kita
kadang2 nakkan murid tu dapat sepenuhnya ilmu yg diajar adalah sesuatu yang subjektif
tapi sekurang-kurangnya
kita berharap
ilmu yang kita curahkan dapat jadikan mereka insan yang berguna satu hari nanti










No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015