Sunday, May 1, 2016

Kalau saya bukan seorang guru

16 Mei ni kan nak hari guru
bila diberi tema 
kalau saya bukan seorang guru
apa agaknya yang ibuayu nak ya

entahlah
rasanya memang ibuayu nak jadi guru
dr dulu tu memang cita2 ibuayu
tapi rasanya 
masa tulis kad 001
ibuayu ada kata nak jadi lawyer
cakap pun tak berapa nak betul
sekadar loyar buruk bolehlah

tapi bila dah besar ni
ibuayu memang minat berniaga
minat sangat
tapi tak tahu nak berniaga apa
nak niaga tudung
berlambak2 orang berniaa
nak niaga minyak wangi
artis2 pun dah keluarkan jenama minyak wangi mereka
so 
tunggu idea datang 
apa nak niaga

rasa2nya nak jadi PS IKEA lah
mesti ramai suka kan barangan ikea
nak gi mesti tak suka jem sana jem sini
so tu tugas PS lah hehehe

tapi la ni ibuayu suka jadi mcm wedding planner
perancang majlis
x kisah majlis apa
masa birthday faiz sebelum ni pun ibuayu yg rancangkan
ayahnas follow je
plan buat kat tepi pantai
plan buat kat kelas faiz
tahun ni x tau lagi nak buat kat mana
biar kecik asal anak gembira 
melalut2 lak

hari tu masa staf kami pencen
en nasir 
ibuayu dapat idea
staf kami ni coach hoki
so masa dia berarak datang tu
ibuayu nak dia lalu bawah kayu hoki
ala2 macam askar kalau kawin lalu bawah pedang
tp ibuayu tak nak murid2 yang pegang
nak cikgu2  and staf yg pegang
supaya en nasir ni tahu
kami warga sekolah sangat2 hargai 
jasa beliau











sebelum dia datang siap berlatih dulu tau
mana tahu
kayu hoki rendah sangat 
terketuk kepala en nasir
hehhehee
alhamdulilah bab tu berjalan dengan jayanya
syok dpt member2 yg sekepala


so berbalik pada kalau saya bukan seorang guru
kawan2 ada idea x
ibuayu nak pakai apa
please....

3 comments:

Lynn Hamzah said...

suka masak tak? kalau suka masak...jadi tukang masak @ chef...

adianiez AIDA said...

Aida pernah gi interviu kpli skali.
tak sukses ha ha ha :-)
And x cuba lagi. Saje suka2 gi apply and interviu.
jadi cikgu zaman skang x mudah.
beza dgn zaman dulu...
moga akak jadik guru terbaik ekk :-)

Eliss Mie said...

menarik lalu bawah kayu hoki tu . kalau saya semua staf it kalu bersara kena lalu bawah cpu ni.hehehe

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015