Sunday, June 17, 2012

Steamboat

Setelah berapa lama mengidam
akhirnya berjaya jugak 
kami sekeluarga makan steamboat

masalahnya bukan apa 
yang pertama kat melaka ni susah nak makan steamboat
yang kedua
ibuayu and fauzan je suka ayahnas kurang sikit

steamboat kat senawang ni memang kami tahu
nak pergi pun bukan dekat boleh tahan jugak

tapi hari sabtu tu ayahnas setuju lak makan steamboat
maka kembanglah hidung si fauzan
hajat dia tertunai
ibuayu pun kembang hidung gak
kalau kami ke senawang ada peluang 
ibuayu nak rembat sehelai tudung pearl haya...hehehe


nasib baik sampai senawang 
kedai pearl haya masih buka
dapatlah rembat sehelai tudung yg biasa chiffon takde saiz huhuhu

lepas tu terus ke kedai Adam steamboat
biasalah kali pertama mesti jakun sikit
tapi kita jangan tunjuk tak pandaikan
sebelum pergi dah google siap2 info kat sini..hehehe

so kami makan steamboat and grill
duduk kat meja luar
tak tahulah harga dah naik ke apa
masa google ibuayu tengok rm 24
kami lak kena rm 25 untuk dewasa and rm 15 untuk kanak2
so kami kenalah rm 80 sebab fauzan dia kira kanak2...budak tu kata dia kira ikut ketinggian....

lepas tu pelayan tanya nak sup ayam ke tomyam
dah tentu ada dak kenit ni kenalah order sup ayam

sup dia tersangatlah jernih macam air masak je
tapi bila hirup terasa kesedapannya
serai dia pun begitu terasa





ini tukang bakar kami
ayahnas bakar kami ngap je


masa ni meja tengah elok lagi
ialah belum start makan



faiz lak sampai dua mangkuk makan aiskrim



tengah hentak2 perut kami pun berposinglah
tiba2 budak kenit ni menangis


bukan main kembang hidung dia
nak tahu kenapa dia menangis

"
"
"
"
inilah sebabnya




dia memang pantang kalau ibuayu ambil gambar dengan ayahnas tanpa dia
kalau dengan along dia tak kisah
tak bolehlah nak bagi feel manja2 gitu
cara nak bagi senyap senang je




ambil gambar dengan dia pulak
sukalah tu
tapi bukan nak pandang kamera....
kiranya puas hati jugalah makan kat sini walaupun pilihannya tak berapa banyak
yang penting ayahnas pun suka lega rasanya...

2 comments:

♥ ROS ♥ said...

Wah sonoknya die. Sempat lgi nak grab tudung nnt. Hihihihi

rahayu said...

ROS: hehe asal sempat je

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015