Wednesday, May 16, 2012

Sauna di rumah sahaja

Baru lepas bersauna
buat kat rumah je
bukan bayar pun percuma je

cara nak lakukannya pun senang je

Pegang sebatang penyapu 
bersihkan di setiap sudut rumah
yang penting jangan buka kipas
meleleh -leleh peluh keluar

Disebabkan dah berhari-hari sibuk dengan aktiviti
ialah ibuayu ajk hadiahuru tu 

lepas tu siapkan hadiah utk badan pengawas
siapkan hadiah utk baju seragam staf
sampaikan malam sebelum hari guru tu
ibuayu membungkus hadiah hari jadi sampai 12 malam


Maka al maklumlah
bila kita buat kerja lain 
kerja rumah memang terabai
itu pun nasib baik suamiku mithali
paham isterinya busy
maka bab makan senang je
banyak kuali yang tersedia di luar rumah


maka lepas charge tenaga selepas kepenatan seharian
maka dapatlah ibuayu melangsaikan segalanya

bila rumah ni bersih (siap disapu)
baju dah tak bertimbun(dah dilipat)

barulah terang rasa mata ni
maka terang juga hati ini

taip entri sementara tengah upload 
324 gambar sambutan hari guru pagi tadi 



ni kes malam sebelum hari guru
pandailah along tampal hadiah untuk cikgunya
ibuayu dah tak larat nak tolong
kerja sendiri dah banyak

No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015