Monday, April 23, 2012

Tanjung Piai Hujung Benua Asia

Impian hendak ke Tanjung Piai ni memang dah lama

alhamdulilah tercapai juga hasrat nak ke sana

ibuayu ni memang lain sikit
tapi ukur baju dibadan sendirilah...
memang teringin juga nak ke London
tapi faham2 sendirilah  huhuhu

so pagi tu jam 8.00 lebih bertolak dr MT

kami keluar mengikut tol Simpang Renggam

dari situ kami menuju arah ke Pontian
(dalam 45 minit kot)

kemudian kami baru mencari arah ke Tanjung Piai

Sampai Kat Taman negara tu dalam pkl 11.00 lebih

nasib baik cuaca elok
risau jugak kalau hujan



bergambar sebelum masuk
 

keh3
kami bukan monyet


sebelum masuk






untuk dewasan bayar rm 5.00
untuk kanak2 bwh 12 bayar rm 3.00

daripada pintu masuk hingga ke penghujung benua asia tu dalam 600 meter

kiranya kita jalan tu meniti jambatan kecil
masa tu banyak jugak jalan ditutup ..tengah perbaiki 
agaknya

suasana indah sebab dikelilingi pokok bakau
mula2 marah fauzan sebab dia tanya ibu bau apa ni
ingat dia nak kata bau busuk
rupanya dia kata wanginya kat sini
ialah bumi hijau
oksigen banyak 
tentulah nyaman dan segar je

sambil jalan sambil baca papn kenyataan
macam2 diaorg tulis utk bg pemahaman pentingnya  jaga alam sekitar

faiz takde mengeluh penat 
tapi mengaduh takut..tak tahulah takut apa 
takut meniti kot
sekejap kat depan kejap kat belakang

tadaaa.... ini tandanya kami dah ke hujung benua



kalau dah teringin tu memang kata nak mesti nak jugak



dalam perjalanan tu ada pondok2 rehat
kami tak berhenti pun
sebelum sampai kat globe tu 
kami berhenti jap kat jeti

cantik permandangan dr situ..
nampak singaporelah


lepas dr jeti tu barulah kami sampai kat globe

maka berjayalah kami 4 beranak ke hujung benua asia
rasa gah , teruja dan macam2 lagi rasanya

rasa macam catat sejarah je
tu belum lagi jejak kaki ke bulan

dah puas berposing baru jalan balik

takdelah jauh sangat 
tapi sampai pintu keluar kehausan lah jugak

sempat jugaklah ibuayu rembat seketul FM tanda kenangan

P/s: sebelum ni google gak kat blog orang lain yang dah pergi sana.diorg peasan jgn pegang makanan sebab banyak monyet. so sebelum masuk tu dah cerita kat faiz kita nak tgk monyet. tapi sedihnya seekor monyet pun kami tak jumpa mana perginya ya monyet2 tu....


3 comments:

Azhariah Zuber said...

syoknya jalan2

Cik FaRiZaM said...

monyet je leg buang sampah ek>.....hehehehe kelakar


salam kenal n singgah sini

dr
http://afasz.blogspot.com

Ibuhani said...

k.ani pn lama dh teringin nk ke sini. Masih belum ada rezeki lg ke sini....

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015