Sunday, August 28, 2011

SeLAmat HAri RaYa 2011

Salam Lebaran

Maaf jika selama berblog ini ada tersalah
kata terguris jiwa
Ibuayu hanya insan yang biasa
tak terlepas dari salah dan dosa....





Friday, August 26, 2011

Iftar di Hotel Seri Msia

Alhamdulilah
dah abis exam baru ada masa nak makan kat luar
malas nak cerita pasal exam BM...huhuhu
nak feel raya pulak 

hari Rabu dapatlah buka kat seri msia
sekali dalam  sebulan puasa jadilah...


budak ni nampak macam ada toncit
sebenarnya dia buat rambut pacak



dia yang peluk along

ayah dan ibu nak posing dia pun sama sibuk menyelit

dah ambil makanan pose dulu


antara makanan yang diambil


kambing bakar
sorry ibuayu tak suka
fauzan yang hantu kambing panggang



alhamdulilah
apa yang diambil dihabiskan
dan rasanya kami makan pun berbaloi dengan harganya....

Monday, August 22, 2011

MenU berBuka PuasA:Minggu 2

 Juadah Minggu 2


terasa kesedapan ikan pari cicah air asam
ni first time beli kat param


 nASi ambeng yang masih sedap seperti tahun sebelum ni



 fauzan yang memang hantu kerabu

lepas tengok warung kita terus teringin makan nasi beriani
bukan masak ye beli je..

ni juadah rumah MIL


ni juadah rumah nek Kiah
 ni ada jiran mak bagi
bubur warna kuning
first time tengok

 maaf ye...
bukan niat mnganggu masa berpuasa..
cuma kenangan dan ingatan utk diri sendiri
di masa kemudian....

Friday, August 19, 2011

Mood beraya belum datang

Mana nak datang mood raya


1. Ada pemantauan NILAM di sekolah hari isnin depan




2. Ada exam 2 paper Ahad ni pagi dan petang





3. Risau dengan keputusan fauzan yang tak pernah memberangsangkan lagi.....
   Nampaknya raya ni kena buat jadual betul2 tak boleh beraya sakan macam selalu
   memanglah ada pendapat tak BODOH kalau sehari tak baca buku..tapi hati ibu mana tak bergelora..
  Makin banyak diajar macam makin tak tahu jadinya.....  
  Bukan memaksa ... tapi dirinya sendiri pun memang terasa insafnya
  buat masa ni biarlah kami berusaha dan bertawakal
  Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk dirinya..
 

Thursday, August 11, 2011

MenU berBuka PuasA

Juadah yang dinikmati selama berpuasa untuk tahun ini
alhamdulilah tak pernah berlaku pembaziran









 yang atas tu semua menggunakan air tangan ibuayu bukan air kaki
tapi yang bawah ni ada cerita tersendiri


kuah ni mak enon yang bagi
terkenang fauzan memang suka makan ni
ialah mak dengan anak....
sering tahu apa  anaknya suka
walaupun fauzan tak dijaga lagi
masa ni ibuayu tak masak nasi
tapi sebab fauzan nak makan lauk ni kenalah masak nasi
licin
"
"
kuah acar


 

 yang ni pun murtabak GIAN
mana tak gian kalau beli sekali nak beli lagi
dari tahun lepas memang beli murtabak sini
TAPI masalahnya
kalau nak beli kena beratur
kalau datang lewat pkl 5 lebih sikit pun dah abis
murtabak ni dijual di pengkalan Balak
harga RM3.50
berbaloi rasanya sampai jilat pinggan
buat masa ni baru beli sekali
tak larat nak beratur..
(keh3 bukan ibuayu yg beratur pun dah tentu ayahnas.tapi dia x ckp penat pun)
 "
 "

 

makan macam tu je pun sedap tak payah cicah kuah

Sunday, August 7, 2011

Ustaz faiz

Alhamdulilah bila ke masjid untuk terawih faiz masih kira good boy
ialah nama pun budak2 buat perangai sikit2 tu adatlah
asal tak buat bising and tak kacau orang lain sembahyang kira bersyukurlah


tapi la  ni jarang ke masjid 
solat terawih di rumah je
sian pulak fauzan nak ulangkaji pelajaran
takpelah sabtu ahad ada rezeki pergilah masjid lak



ni lepas balik masjid...
teman along fauzan belajar

Tuesday, August 2, 2011

Khemah Ibadah

Sekolah ibuayu telah menjalankan satu khemah ibadah untuk tahun 6
anjuran panitia Agama Islam
Fauzan pun terlibat sama
Tidur semalam je di sekolah
Satu slot motivasi diadakan waktu malam
Motivasi pelajar dan ibu bapa
sangat2 menyentuh hati..
sangat2 berharap ada sinar untuk Muhammad Fauzan Haikal
airmata anak dan ibu mengalir bersama
walaupun tidak berkata2 namun kami memahaminya
"




orang kuat khemah ibadah ni
thanks a lot

Monday, August 1, 2011

Khairul Fahmi Che Mat puTus Tunang

Tak tahulah kenapa
KFC mat putus tunang ibuayu yang emo
ibuayu memang minat giler dengan dia
sampai malam pun termimpi2kannya...
keh3

tapi bila tahu dia putus rasa macam tak seronok jugak

apa nak kata benda nijodoh
kalau dah takde jodoh nak buat macamana
kalau betul dia ini bukan sebab orang  ketiga oklah
tapi kalau dia berbohong siap dia
ibuayu cari kat stadium nasional nanti..keh3

kalau mak bapak cikgu
anak tak semestinya jadi cikgu

kalau ayah pandai main bola
anak tak semestinya pandai main bola juga

tapi ada pepatah mengatakan
melentur buluh dari rebung
maka tak salah inilah pengganti KFC mat
15 tahun lagi...
keh3...








ini aktiviti dua beradik
ibuayu tak terlibat pun dalam gambar ini
Fauzan yang jd jurufoto masa ni
tahu2 dia tunjukkan gambar dak kenit ni...

Malam Pertama Solat Terawih

Alhmadulilah berjaya juga bersolat terawih di masjid

ialah cabaran yang besar apabila membawa anak kecil

mula2 cakap banyak kali malam ni nak gi masjid
pakaikan baju melayu
lepas tu pesan ibu sembahyang faiz duduk diam2

so masa pergi tu ibuayu tak saing dengan ayahnas dgn fauzan
takut dia nak ikut abang dia lak
lepas tu pilih tempat yang strategik
ialah bimbang dia kacau orang
lepas tu duduk saf belakang and hujung

masa nak sembahyang isyak tu risau gak
mana tahu tiba2 dia melalak

alhamdulilah semua berjalan lancar
cuma setiap kali selepas sembahyang
ayat yang sama keluar

dah abis ke belum...
semoga ibuayu berjaya untuk malam seterusnya


ini pic lama...
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015