CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

klik..klik

Followers

Wednesday, October 27, 2010

Beg Tangan Baru...

Ingat tak cerita masa gi KLCC baru2 ni
ibuayu kata ada sesuatu terjadi

Masa kat klcc tu tali beg tercabut....
Agaknya macam2 yang disumbat
Nasib baik ada pemegang jadilah macam mak datin jap

Tapi lepas tu gi sekolah pun tetap bw beg putus tu
bukan apa malas nak alih barang..
Ingat nak pakai beg masa beli kat bandung tu
tapi macam besar pulak..
kalau besar sgt nak cr hp pun tak jumpa
so hari ini ibuayu marathon gi Melaka
Mula2 gi Hotel Everly (Byr deposit jamuan)
Lepas tu gi Memorial Kemerdekaan (ambil buku)
Kemudian gi Jusco-Tesco and Myden
Masa kat jusco tulah KAK YATI ni mengoda ibuayu suruh beli hbg
Siap call ayahnas tanya boelh tak beli

Sebenarnya memang minat dgn hbg tu
tapi ayahnas takde takut lak dia tak berkenan
Akhirnya nekad beli..

Ibuayu bukan kaki hbg ni
Nak beli yang mahal sikit pun 3 tahun sekali
Walaupun ni hrg 200++ tapi bg ibuayu mahal gak ni..
fikir bulan ni dapat duit kutu tu yg rentap gak...membelinya


lepas bayar masuk toilet terus buat projek
"
"
projek tukar bag....





sampai rumah ayahnas kat macam beg koboi..
aduhai ...tak cantik ke bang..
nasib baik dapat puji kalau tak huhuhu


"
ni beg yang putus tu
"

"
OPERASI MEMINDAHKAN Barang
tapi yg penting je sebab buat kat toilet
"
"

 "
"
tada...inilah beg nya
koleksi CR untuk kali kedua..
"



Anak exam mak pun exam


Rasanya kebanyakan negeri semua exam minggu ni
Fauzan ni bukan boleh baca sendiri..
mesti nak ibu dia berkepit sebelah..
kalau tak berangan je lebih ..

Jadi sepanjang minggu ni berkorbanlah sikit
Tunda buat exam (keh3 alasan)
Duk ngadap anak belajar..
Kami berdua duk dalam bilik
Ayahnas jaga faiz yang khayal dengan kartun kat tv dpn
(handy mandylah..sponge boblah...)

Kalau dia dah periksa ibuayu tanya senang fauzan
jawapannya mesti ..bolehlah..oklah..senanglah

Tapi keputusan macam tu jugak....
"
"
belajar abang long..belajar
"
"
siap jeling kamera
 "
"

HARAPNYA KEPUTUSAN KALI INI DAPAT MEMUASKAN HATI...

Monday, October 25, 2010

LDP terakhir 2010

Pada 23-10-2010 kami gabungan 12 sekolah kawasan MT ni
buat LDP terakhir...

Tajuknya Dahsyat
Tugas-tugas Guru dan Implikasi Undang2

kiranya lepas ni bukan ibu bapa je yang cakap nak SAMAN guru
guru pun dah berani nak SAMAN murid

Ayat pembukaan perasmi tu (pegawai PPD.)
kalau dulu ibu bapa pergi ke sekolah bawa rotan untuk diberi kepada guru supaya dapat merotan anaknya...tapi sekarang..
guru bukan dirotan tapi di saman...

Ibuayu rasa semua ibu bapa sama 
nak anak ke sekolah untuk berjaya
tapi kadang2 sikap ibu bapa yg melebih-lebihkan anak
menyebabkan terdapat ibu bapa yang sensitif

Semua guru sama tapi kadang2 manusia itu ada juga silapnya

bayangkan seorang ibu jaga anak 3-4 org
tapi seorang guru nak jaga 40 orang dalam satu kelas
dengan  perangai  yg berbeza2
itu baru satu dalam sehari kadang2 masuk mengjr 4 kelas...
"

Semoga hubungan guru dan ibu bapa akan sentiasa erat 
"


Sunday, October 24, 2010

Jagung Bakar

Sekali cuba mesti nak lagi
Kami pun sekali cuba terus mencari
Asalnya  masa singgah isi minyak kat petronas Simpang Empat
hari hujan perut lapar
Nampak gerai jagung bakar
So Ayahnas gi beli jagung tu
Sempat gak tengok org tu bakar dr kereta
Tengok bakar celup susu ..bakar celup susu lagi
Lama gak tunggu
Masa makan tu panas2 lagi
Bila masuk mulut sangat sedap

Semenjak dari itu ada peluang je mesti gi cr jagung bakar tu
So kalau sapa2 yang masuk highway simpang empat or 
gi bercuti kat water world ke cr lah gerai tu





Friday, October 22, 2010

Melaka Cuti _Terjah JLN TAR & KLCC

Macam-macam plan bila dengar khabar angin Melaka cuti

Sampai ayahnas siap ajak naik keretapi gi Ipoh..
lepas tu naik teksi gi Tanjung Rambutan makan me rebus
Macam tak logik je idea ayahnas
lepas tu konon nak ikut kak ita gi Tiara beach( ialah dpt hrg murah)

last2 ayahnas kata kita gi KL je lah..
Fauzan pun sibuk bagi idea gi Cameron pun ok..
Dapat cuti sehari tapi mcm2 tempat nak pergi

Bukan apa...ibuayu ni wlpn cikgu tapi kalau nak cuti bukan boleh  suka2
Kami ni kalau tak datang berapa ramai murid yang rugi...

jadi dapat cuti Melaka maju ni 
maka kami pun pergilah ke KL

Bertolak jam 9.30 pg
Macam biasa plan sarapan di Petronas Seremban
nak makan nasi lemak
(tapi sebab asyik berborak terlepas R&R serembn)

Ayahnas terus keluar Bangi
Isi minyak and cr kedai makan
Rasanya nama kedai tu NU IN...
Kira sedap gak ..nasi lemak Ipoh dia memang sedap
(sry takde gmbr)

Selesai srpn merangkap mkn tengahari terus gi Jln TAr
nasib baik tak sesat
shopping bj kat semua house and kain
nasib baik belum gaji kalau dah gaji mesti lg boros

Lepas tu lepak kat KLCC
Panas terik gi kat mainan
Saje..org lain kerja
 kami bersuka ria...
Dr situ terus keluar highway balik ke Melaka

Seronok rasa
dapat spend time together 

Kadang2 jln2 terkejut ni lagi menyeronokkan
Tapi ada kisah sedih masa kat KLCC tu
nantilah sambung cerita 
Nak tempek gmbr 2 beradik tu dulu
"
"










Wednesday, October 20, 2010

Melaka Maju 2010

Teruja gak
tak payah pergi jauh
Masa atuk mail nak pencen dia nak buat rumah kat kerubong
Ibuayu rasa macam duk kat hulu je...
bayangkan dulu nak ke krubong naik bas bertime
2 jam sekali
dari bandar Melaka nak ke situ kiri kanan hutan je...
lepas tu jalan masuk ke Krubong tu penuh dgn kek
bukan kek yang boleh dimakan (tapi taik lembu..sorry)
tapi semakin hari semakin nampak perubahannya..
banyak taman- perumahan
berderet kedai2
Ada tesco
Ada hotel
dan Ada Stadium Hang Jebat
bangga apa....

20-10-2010 jam 2010
walaupun kami sekeluarga tak ke stadium
namun kami meraikannya di rumah....
"
 ucapan perasmian
"
 "
"
tengah sibuk ambil gmbr datang model kenit ni kat tengah2 tv..
bakal pengganti Ali Rustam dan PM ni...
"
 "
"
lepas tu suruh dia ke duk tepi sikit
"
 "
"
"
akhirnya 2010
"

dan esok kami CUTI tanda meraikannya

Tuesday, October 19, 2010

Ayam Panggang


Masa kat sekolah semalam teringin sangat makan Ayam Panggang Ziana
kenapa AP Ziana..sebab nama kakak tu Ziana bukan yg penyanyi tu
Akak ni takde blog tapi ada FB
harap kak Ziana baca blog kali ini

Masa gi beraya rumah kak ziana ni
dia masakkan kami ayam panggang,burger ,nasi lemak kerang
kiranya menu yang lain dari lain
yang datang ibuayu ,rusiah,zam and Ameng Spring..
(betul riuh kejap bila penyanyi rock tu smpi ..ialah dia ada peminat)


(peminat fanatik dia yang lelaki angkat tangan tu)

sambung semula....

So semalam sibuk call and sms kak ziana 
minta balik resepi
ingat lagi dia pesan kuah tu mesti ada 5 benda
tapi sebab otak ni berkarat terus terlupa
tq ye kak

ialah utk org lain apalah susah sgt utk masak AP ni
tapi utk ibuayu yg tak pandai masak ni
kenalah belajar dulu sebelum masak

oklah ini gambar bersama resepinya
supaya lain kali taklah minta kak ziana resepi lagi
taklah ganggu org diulit mimpi


Bahan-bahannya:

Ayam
Cili kisar+ bawang besar
serbuk kari
tpg bestari spicy
garam sikit
(perap ayam ni sekurang2nya satu jam)






Ini hasil ayam yang dipanggang di atas kuali cikgu Harun
kenapa kuali cikgu harun (ckg SKDTK je yang tahu..keh3)


Untuk membuat kuah blck pepper
Sos Lada hitam (life)
kiub ayam
tepung jagung
lada hitam dikisar
sos tiram

ini yg 5 bhn tu
kena masak ye...


 yang ni tak payah bg resepilah semua org pandai kan

malam tu ayahnas siap tunjuk BAGUS
sedap katanya

ayahnas dah rasa kak ziana punya
jadi mesti tahu rasa....

Fauzan lak balik tuisyen terus nak makan
pujian lagi ibuayu terima
memang bangga betullah

penat masak lepas balik sekolah hilang rasanya....

harapnya lepas ni boleh cuba masak ni lagi....

tapi lepas ni ada sesuatu yg telah menanti utk dimasak
apa ye
"
"



ye siaplah kau petai ibuayu akan masak kau pulak
sambal ikan bilis petai...

Gambar dak Faiz...

tengah sibuk mencari bahan utk asgmnt
(cewahh mcm rajin lak)
tiba-tiba terjumpa gambr si faiz masa baru lahir
gmbr ni diambil dr hp ayahnas
masa ni takde kamera digital lagi
seronok lak tengok gmbr baby
"
"

faiz ni masa kecil gelap sikit

"
"

sekejap je dah besar anak ibu ni

yang ni paling terkinilah..

Tuesday, October 12, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Contest anjuran blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas

  

nak tahu lebih lanjut syarat-syaratnya
klik SINI



so gambar ini yang dipertandingkan
"

MUHAMMAD FAIZ HAIKAL BIN MOHD NASRI

09092008

2 TAHUN 1 BULAN

Harapan: Semoga Faiz menjadi anak yang soleh dan yang paling penting berjaya didunia dan di akhirat ..Amin..

Monday, October 11, 2010

‘ CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’

nak joint contest ni..tentu seronok tengok aksi kanak2 dengan muncungnya



nak tahu lebih lanjut tentang contest ni 
kluk SINI

gambar yang dipertandingkan ialah...
"
"

MUHAMMAD FAIZ HAIKAL BIN MOHD NASRI

2 TAHUN 1 BULAN

sapa nak joint jomlah

tarikh tutup:01.11.2010 (tepat jam 12.00a.m)

Wednesday, October 6, 2010

fAUZAN DAN UPKK

Sepanjang minggu ni fauzan menghadapi
peperiksaan UPPK...
Peperiksaan ni utk sek agama negeri Melaka
kiranya penting mcm UPSR lah

Ibuayu ni dulu sekolah agama kat Johor
Kiranya boleh baca JAwi lah..
tapi bila tak praktik selalu tergagap2 juga bila nak ajarFauzan
nasib baik ayahnas masih power bc jawi..

Esok fauzan menghadapi paper terakhir iaitu Bahasa Arab
Ayahnas kata baca nanti ayah tanya..
Bila time nak soal tak tahu nak tanya apa
Tak paham sebab semuanya Arab...keh3....

Macamana nak ajar ayahnas tak tahu ibuayu lagi tak tahu
Untuk fauzan ibu dan ayah sentiasa mendoakan yg terbaik utk Fauzan
Tak kira apa keputusannya yang penting ilmu akhirat itu dapat digunakan diduniawi ini.

Monday, October 4, 2010

Top 10

Sekarang ni sibuk sikit

sibuk raya ,sibuk kuliah

baru sempat baca tentang contest yang faiz sertai

walaupun kalah tapi dapat TOP 10 pun dah happy sangat

dan kalau nak tahu keputusannya klik SINI