Saturday, January 2, 2010

My Birthday

Sebenarnya hari lahir ibuayu pada 23 /12 hari tu..tapi sebab masa tu masih kat indon so tak de lah acara potong kek.. jadi pada 31 hb 12 lalu ibuayu beli kek sendiri..(keh3..kami ni tak berapa gemar makan kek..so beli 2 potong je...So celebrate birthday ni di restoran kegemaran ayahnas..CRS...

Friday, January 1, 2010

MOBS END OF YEAR CONTEST

Joint contest lagi..
kali ni dari Malaysianonlinebabyshops
Contest dengan tema "Best Family Photo
Hadiah yang ditawarkan dahsyat sungguh
Prizes worth RM1.5K to be won
nasib baik sempat baca adanya contest ni




Setiap contest ada syarat-syaratnya nak tahu kena klik Malaysianonlinebabyshops

So inilah Foto yang dirasakan sesuai untuk memasuki pertandingan ini
"
"
"




Gambar ini diambil semasa kami ke sebuah kedai Batik di Bandung...yang pergi ni bukan orang lain semua sedara mara..jadi tentulah rasa seronok..macam Family Days lak.

Notti-Face Giveaway



Wajah yang dipertandingkan ialah
"
"
"




Nama: Muhammad Faiz Haikal Bin Mohd Nasri
T/L : 090908
Umur : 1 tahun 3 bulan

Gambar ni diambil di dalam kapal terbang pada 20/12/2009 on the way nak ke Jakarta


Wednesday, December 30, 2009

2010 menjelma

Masa berlalu begitu pantas sekejap je 2010 pula akan menjengah..

Rasanya masih banyak perkara yang masih belum tertunai..
Jadi untuk tahun hadapan ...

* ibuayu mendoakan agar diri dan keluarga diberi kesihatan yang baik.
*Menjadi isteri yang solehah
*menjadi ibu yang rajin memasak..( bab ni yang susah sikit)
*menjadi student yang rajin
and
*menjadi guru yang berdedikasi

yang terakhir..

*Semoga menjadi kaya (keh3..kerja guru je mana boleh kaya)
Ni nak cari kerja part time ni..

Untuk semua teman2
Selamat Tahun Baru 2010
semoga kalian juga mencapai apa yang diidamkan..

Amin.....

Tuesday, December 29, 2009

Benda Yang Berjasa

Sepanjang ibuayu gi Indonesia hari tu ada satu benda yang sangat berjasa..Kalau tak de bende ni tentu rasa kelenguhan ke tahap gaban...
Masa kat sana kaum kerabat ingatkan ibuayu beli benda tu disana.
Dah gi Indon mesti ada gaya Indon..
Tapi sebab tak pandai cakap indon
..diaorang tahulah ni orang luar..

Faiz pun jadi budak baik sepanjang di sana....
"
"
"

inilah benda tu..POUCH SLING

Saturday, December 26, 2009

Jakarta-Puncak -Bandung Part 5

25/12/2009
Sekejap je dah 6 hari ..
Sarapan pagi dan sesi bergambar di lobi



Selepas check out..singgah di Mangga Dua..kemudian buat kali terakhir makan nasi Padang di jakarta..Jalan lenggang sebab cuti krismas tapi kota Jakarta di banjiri air.mana tak kata pak agus jakarta cuma 8 meter dari paras laut..

Sedih pula untuk meninggalkan Kota jakarta..Seronok dengan agensi di sini..Pak agus very gentlemen....Disebabkan beg kamia banyak dan timbang secara individu ia menyebabkan banyak masa diambil.keadaan begitu kecoh dan agak tegang..Tapi nasib baik ketua rombongan kami pandai handle..Akhirnya kami di gesa untuk cepat pergi kapal terbang kerana pintu hendak di tutup...bayangkan dengan ahli rombongan 40 orang..masa tu nak bagi pasport..masa tu nak bagi tiket...Terus tolak tuk mail ..and jaraknya lebih kurang 100 meter...tak pernah rasa letih dan kelam kabut..nasib baik tak kena tinggal kapal terbang..Pergi dan balik ada je halnya..

Alhamdulilah..Akhirnya jam 6.10 ptg kami selama tiba ke tanah air.................................

Jakarta-Puncak -Bandung Part 4

24/12/2009
Pagi check out sebab nak bertolak ke Jakarta ..pagi tu masih ada lagi ibu-ibu yang shopping diluar hotel.yang bawa 1 beg ada yang jadi 3 beg.

suasana luar hotel


Dalam perjalanan singgah di Taman Mini Indonesia..kawasannya luas.Siar-siar dengan bas..kemudian naik kabel car..(lebih kurang macam Mini Malaysia)


Wajah faiz yang ketakutan masa naik kabel car


selesai ke TMI kami makan ..(nasi padang lagi) and terus ke Dunia Fantasi (macam Genting Highland),Semalam masa mak bapak.Hari ni masa anak2

lepas selesai makan malam penghabisan and check in hotel

hotelnya sangat selesa

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015