Monday, June 30, 2014

Bila masakkan semua tak menjadi

Sementara nak tunggu isyak
Post dulu pasal tension memasak
Entah kenapa hr ni semua x menjadi

Menunya me soto
Ni bukan first time buat
Dah berkali2 
And memang sedap pun
Ayahnas katalah 
Kali ni lak
Bukan kuah je tak jadi 
Sampingannya pun fail

Kacang tanah hangit sikit
Suun ada yg keras
Minyak kurang masa goreng
Bergedil tawar..fauzan katalah
Ibuayu rasa ok je
And yang penting
Kuah me soto tu
Selalu buat sendiri
Blend lengkuas bawang serai bagai
Kali ni pakai perencah siap beli kat muar masa gi dulu

Ikut arahan yg dibagi
Aduhai kecewanya
Dan bertambah kecewa bila ada tetamu 
Berbuka sekali bersama kami
Mesti dia kata apalah isteri nasri ni 
Masak huhuhu

Alhamdulilah buat pelega hati
Hari ni faiz berjaya berpuasa penuh
Semalam buka sampai pkl3 
Penat layan dia cakap..
Dah pukul berapa
Pukul berapa..


Saturday, June 28, 2014

Makan-Makan di Taiping dan Kuala Sepetang

Biasalah kan..kalau jalan2
Agenda utama mencari tempat makan yg sedap

Siap dah susun tentatif makan mana hehe

So malam tu lepas check in
Mandi manda
Terus keluar makan
Perut lapar sangat ni

Gi belakang Balai Bomba Taiping

Kedai banyak
Tak tahulah mana yg sedap
So terjah lah 
Mana yg sedap mata memandang




Esok pagi breakfast kat hotel
Foc 3 org
Dan masakan kat sini memang sedap2


Sebelum balik kami terjah di taman tasik taiping
Posing2
Singgah kejap je

Lepas tu terus gi Kuala Sepetang
Plan asal nak makan kat mak teh
Tapi kedai tu ramai orang
Terjah gi mak jah

Sebelum ni pun dah try mak jah gak

Org ramai
Tapi tempat besar
Servis laju
Sedap ke tak itu selera masing2 ya







Thursday, June 26, 2014

Hotel Taiping Perdana

Hari Sabtu ayahnas and Fauzan ada sekolah ganti
Ibuayu ada motivasi
Lepas pkl 12 kami pecut gi Ampang 
Ada wedding sepupu punya anak

So lepas tu dah plan nak gerak terus ke Taiping

Kiranya pkl 7 lebih gak kami tiba kat Taiping
Hotel ni ibuayu x tempah pun
Sebab masa dalam perjalanan
Masih survey lagi nak stay mana
Sekali bila tiba kat hotel ni
Sangat2 memenuhi piawaian kami


Ibuayu ambil jenis deluxe room
1 katil queen and 1 single
Harga rm 210
Tapi gorvement ada lagi less
Dlm 198 rasanya
Kiranya hotel ni baru
Cantik
Bersih
Takde bau kepam karpet hehe

And salah satu pilih hotel ni sebab ada swimming pool


Satu je piawian dia x menepati
Takde Astro
Ialah musim bola 
Itu yg dicari ayahnas


Faiz bukan main sukalah ada swimming pool
Tak besar mana pun
And swimming pool ni dalam bangunan
So hujan ke apa takde hal
nak mandi manda

Sarapan dia pun best
Semua berasa
Ayahnas siap cakap
Kalau buffet ramadhan ni mesti sedap2 makanan dia



Semoga hotel ni terus maju
Ini hotel bumiputera
Kepunyaan kesatuan guru





Tuesday, June 24, 2014

Angan-angan Faiz Haikal

Faiz tu kuat berangan
Tapi bagi dia yg kecil
Dia akan kata itu cita-cita

Tapi ialah mana tahu angan2 dia jadi kenyataan
Takde yang mustahil pun
Sebelum ni dia asyik kata
Dah besar nak bina rumah besar istana
Aiz nak pakai mahkota

Wah ibuayu dah tahu dah
In kes suka tengok cerita Sofea ni
Layan jelah bila dia cakap
Tang pakai mahkota tu yg x tahan tu


Ada sekali tu lak
Dia tengah kira duit tabung
Duit yg dikumpul nak gi Legoland

Bolehlak dia kata 
Aiz x jadi nak gi legoland
Aiz nak jadi jutawan
Aiz nak niaga

Aduhai faiz2
Macam2lah

Tapi mana tahu impian jadi kenyataan
Ibu doakan yg terbaik untuk anak2 ya

Dan satu lagi
Faiz ni suka berposing
Ni keturunan
X boleh salahkan dia
Hahha










Wednesday, June 18, 2014

Bini vs Bola

Pagi tadi dengar kat radio sinar
Tak tajuk apa tajuk sebenar
Tapi kisar pasal bola dan bini

Mcm2 cerita lah

Tapi ni cerita ibuayu
Dengan ayahnas
Ayahnas kan kaki bola

Kalau dia nak tengok pun ibuayu x kisah apa
Dia pandai buat air sendiri
Pandai cr kudapan sendiri
Kadang2 tak sedar pun dia tengah tonton bola
Walaupun tengok kat dlm bilik
Al maklum bini dia kan tidur mati
Hahaha

Ayahnas pun suka layan bola kat rumah je
Takdelah nak melepak kat mamak
Semata2 nak tengok bola

Fauzan pun kalau hr cuti layan gak bola ni
Kalau hr sekolah harus ibuayu mengamuk nanti

Dan sebenarnya ibuayu ni ada masa layan bola gak
Tapi tempatan lah
FIFA tipah ni x layan
Dan kalau fauzan n ayahnas tengok bola
Senyap je
Takde lah menjerit2
Kalau gol pun releks je
Tapi kalau ibuayu
Lain lak
Mulut ni memang bising

Diorg yg tension ibuayu menjerit2
Jadi dr dengar mak jemah ni bising
Menganggu ketenteraman 
Baiklah ibuayu tak tengok
Tidur pelok bantal pun lolap sangat2
Hahahhaa

Gambar xde kena mengena dengan entry
Hahhaa

Tuesday, June 17, 2014

Sebutir Mutiara..Jasamu dikenang

Adat setiap pertemuan 
Ada perpisahan
Suka ke tak suka kita kena telan
Kehilangan insan ini
Membuat hati bertamu hiba
Mungkin ini yang terbaik untuknya

Sedih kami di pagi Isnin

Berjurai2 air mata laju
Mengalir di pipi
Hanya kami yang mengerti

Kehilangan Sebutir mutiara
Yang buat kami terasa

Maafkan akak dik
Senang bersamamu dalam apa jua 
Kerja yg dilakukan

Akak kehilangan insan yg bersemangat bekerja dengan akak
Akak kehilangan rakan sepasukan rumah sukan
Dengna sapa yang hendak akak luahkan
Suka duka hijau kita bersama


Terima kasih atas segalanya
Dimana pun dirimu 
Akan ku kenang jua





Kesan join Group Fb Kami Suka Susun Atur

Masa mula-mula join
Group ni
Memang tak tergoda sangat

Lama2 hati ni tak menahan
Akhirnya
Sesuatu perlu dilakukan
Semangat ibuayu berkobar2
Bilik no 3 harus ditranformasikan

Banyak dapat idea dr Group ni

So langkah pertama 
ajak ayahnas shopping barang
Esok masa untuk berubah
Hahhaa

Tunggu ya
Kalau dah siap baru ibuayu post kat sini..

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015