Friday, June 13, 2014

Me Kicap

Sebelum ni tengok member post pasal
Me kicap
Kat blog sini
Blogger emy

Ibuayu bab makan kan sensitif
Lagi kalau benda tu tak pernah cuba
Pantas je bertanya
Nasib baik emy sudi bagi resepi
Kalau nak google memang boleh je
Tapi
Kalau tak paham susah nak tanya
Hehe
So balik dr perlis hr tu hari khamisnya
Ibuayu puasa
Tekak ni meronta-ronta nak makan 
Baca berkali2
Macam keliru je
Ni je ke bahan dia
Modal sikit je
Nama pun me kicap 
Macam me murah2
Hahhahaha

Alhamdulilah
Berselera ibuayu makan
Faiz pun bukan main suka lagi
Dan disebabkan me ni x pedas pun
Ibuayu buat sambal kicap cili api
Baru bertambah ummmpphhh




Konvoi Ilmu : Part 1

Pada 9 hinģga 11 Jun 2014

Kami merancang mengadakan 
Konvoi Ilmu
Penanda Aras
Ke Kedah dan Perlis

Alhamdulilah atas kerjasama semua
Akhirnya niat pihak sekolah tercapai
Jam 8 pagi kami berkumpul
 di perkarangan sekolah
7 buah kereta
Ibuayu naik kereta cikgu lelaki
Dalam tu ada 4 penunpang
Cikgu perempuan
Tahan telinga je lah kami bercakap

 Majlis dimulakan
Tampal sticker kereta
Bacaan doa
Then majlis pelepasan kereta



Alhamdulilah
Perjalanan mengikut masa yang  dirancang
Berhenti rnr pun sharp.je
Terlajak sikit tu biasalah

Dalam jam 5 lebih kami sampai
Di istana anak bukit
Kat situ
Kena tunggu tuan home stay mai ambil kami

Sebab ramai
So kena tunggu tuan homestay yg berbeza

Masa tulah menggedik depan istana





Jam 6 kami dapat check in homestay
Selesa and berbaloilah
Kami stay kat zee homestay
Rm 180
Ada 4 bilik
Sangat luas
Cuma cuaca kat sana panas
So berbahang sikitlah
Ada 2 bilik air cond



Wednesday, June 11, 2014

Wordless Wednesday



Tuesday, June 10, 2014

Restoran Wong Solo di Melaka

Sebelum ni makan wong solo di shah alam
Bila tahu kat melaka dah buka
So anytime nak try senanglah kan

Mula2 rasa mcm tahu
Tapi berpusing gaklah mencarinya

Bangunan baru berhadapan
Menara Taming Sari
Senang je kan
Bersebelahan dengan restoren upin ipin

Kami duk kat tempat bersila
Faizlah sibuk nak duk sini

Ambil 2 set ayam penyet
Satu set ayam bakar
Then tambah sayur taugeh

Org lain order air
Ibuayu minum air putih yg dpt percuma
Hahaha

Memang sodap n selesa
Org x ramai
Oklah kan
Nyaman je makan






Friday, June 6, 2014

Ulang tahun Perkahwinan ke 16

Pejam celik
Pejam celik
Dah 16 tahun kan
Bergaduh
Merajuk
Biasalahkan
Asam garam perkahwinan

Apa yang penting
Kami bahagia
Ada masa en suami serius
Ada masa dia yang kuat bergurau
Tapi kalau kuat
Membebel
Kuat merajuk
Ibuayulah orangnya

Ayahnas ni jenis sempoi
Kalau kami free
Ibuayu kata jom gi cameron esok
Dia follow je
Kalau kata jom gi mana2
Walau terjah
Walau balik hari dia x kisah pun
My best driver
Hahhahaa
Kali ni
Dan macam biasa
Sambut anniversary berjauhan

Dia di Perlis
Ibuayu di Melaka
Mula2 dulu sedih gak
Sekarang ni dah alah pun
Sayu sikit2 adatlah kan

Masa anniversary ni masa tulah MSSM
Hahahha

Masa kahwin dulu belum jadi coach
Mana tahu tarikh mssm tu

So untuk suami tersayang
Abang tahu apa yg ayu suka
Ayu tahu apa yg abang suka
Semoga kita bahagia dan kekal hingga ke Jannah
Semoga abang sentiasa menyayangi ayu setiap saat dan detik
Mcmana sayangnya ayu pada abang





Wednesday, June 4, 2014

Teruja shopping di Kaison

Bila baca orang beli barang kat Kaison
Ingat apa tempat Kaison tu



Rupanya
Kaison ni mcm kedai Daiso n DIY

So gigih le cari kat Mahkota Prade
Tingkat 1 je..dekat belah Parkson

Masa tu ibuayu gi dengan ayahnas
So bila masuk sangat teruja
Sana tilik sini tilik
Lepas tu sana murah sini murah
Cantik2
Aduhai
Memang gila jap
Hahaa
Bayangkan shopping berdua
Dak faiz tak ikut 
Tenang jiwa
Hahaha

So adalah benda dibeli
Dah masuk x kan x nak beli
Sebab ada  benda utama yang dicari
Bila dah jumpa sukalah hati
Tayang ni dulu
Wrn warni
Rm 6.90 je satu
Murah
Cantik



Monday, June 2, 2014

Seronok ke jadi cikgu..cuti lama

Cita-cita ibuayu dr kecil
Memang nak jadi cikgu
Memang xde paksaan pun
Masa tu tak tahu pun kerja cikgu cuma sekerat hari
X tahu pun cikgu cuti banyak

Masa tu rasa inilah pekerjaan yg
Sesuai dgn jiwa ibuayu

La ni bila org kata untung jadi cikgu
Ibuayu x nampak mana untungnya
Tapi taklah kata mana ruginya

Sindiran tentang cuti banyak
Kerja separuh hari
Tu kami dah alah
Mahal ada lak kata
Suruh org yg kuat komplen tu
Jadi cikgu seminggu
Tengok senang ke susah

Bukan mengajar je
Buatlah semua kerja pekeranian yg kami buat
Hanya yg mengalami je mengetahuinya
Tapi ibuayu x perkecilkan kerja lain
Kerja semua susah..
Duk terfikir bayangkan tukang sapu sekolah
Tak ada selama seminggu
Bertimbunlah sampah keliling sekolah
Nak menyapu pun bukan senang tau...

So selama cuti penggal ni
Pandai2lah kami guru susun jadual
Bila nk pergi bercuti
Bila nak datang sekolah
Bila nak kemas rumah
Raya tak lama lagi ni hehehe

Walau kami ni bercuti
Gb selalu ingatkan
Pihak sekolah boleh memanggil guru
Dtg ke sekolah pada bila2 masa ya
Itulah hakikat yg org tak tahu

Ni bersama masa gi wedding


Ni bertiga balik kg

Kisah ayahnas lagi jangan tanya
Dia cikgu gak
Tapi cuti yg x cuti
Nanti ibuayu cerita ya

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015