Ibuayu salin semula di Fb simpan di blog
Kembara Umrah Nasyu 2020
20 Jan 2020 ~ 31 Jan 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Perjalanan dan rezeki Allah bagi pada setiap orang berbeda.
Pertama kali diberi rezeki pergi Umrah bersama emak, suami dan ahli keluarga Hj DALIP. Kami pergi 3 beranak tp kami pulang suami isteri sahaja. Tekad selepas itu ada rezeki ibuayu akan menunaikan umrah lagi bersama anak2. Ibuayu nak anak2 dapat ziarah kubur nenek mereka. Cuma cepat atau lambat. Tp target ibuayu sebelum 3 Tahun. Risau nanti andai kubur emak sampai masa akan dialihkan. Selain ziarah kubur emak sapa yg sudah pergi menunaikan umrah mereka tahu bagaimana rindunya perasaan hendak bertamu ke tanah haram dan beribadah di sana.
Kami menyusun jadual kesana. Kena tengok jadual cuti semester fauzan dulu baru pilih pakej.
Kami ambil Pakej Tiram Travel rm5050 dan kemudiannya ditambah dgn visa rm350.
Penginapan kami Hotel Conrad Jabal Omar di mekah dan Hotel Ansar di Madinah. Alhamdulilah. Semuanya dipermudahkan..
#KUN2020
No comments:
Post a Comment