1 Ramadhan 1441 Hijrah
24 April 2020
Jatuh pada Hari Jumaat
Pada hari kita semua mematuhi peraturan PKP
Tiada solat terawih di Masjid
Tiada Bazar Ramadhan
Tiada berjumpa sesiapa.
Duduklah kita berjemaah dan berpuasa di rumah
Dan untuk pertama kalinya 2020 ini
ibuayu menyambutnya sebagai anak yatim piatu
2018 dan 2019 anak yatim
2020 yatim piatu
sedih tu tak payah cakaplah kan
memanglah kita dah dewasa
dah ada keluarga
tapi kerinduan dan kenangan
pada ibu bapa tak dapat diungkap dengan kata2
kita hidup lama bersama mereka.
Dari dulu time sahur ibuayu x masak
emak yang masak.
abah pulak teman emak masak sambil lipat kain dan mengadap tv
ibuayu lak namti nek kiah akan kejut makan
so kita ambil part menghidang dan mencuci pinggan
sampai dah jadi isteri orang pun nek kiah yang masak
kalau long balik baru dia ambil alih
tapi bila emak xde
masa tu ibuayu duk rumah abah saat memasak sahur tu terasa sangat
rindu dengan kenangan
allahu
dan untuk pertama kali ini
ibuayu sebagai anak yatim piatu
walau sedih dan rindu itu masih tebal
tapi ibuayu tahu susunan Allah itu cantik untuk kami
Masa emak dan abah sakit
ayahnas sering ada bersama
sanggup berulang alik dr krubong ke tempat kerja
tinggalkan rumah MT kami
tahun ini kebetulan mak dan ayah mertua tersekat di rumah di kg kuala sg baru
Sebelum ni diorg duk Kluang
Jadinya giliran ayahnas pulak jaga mak dan ayah dia
selang sehari ayahnas akan hantar makanan yang dah siap ibuayu masak.
Rezeki kami pula menjaga emak dan ayah mertua walau x serumah.
Stay at Home
PKP fasa 3
No comments:
Post a Comment