Kadang2 kita baca cerita org
hati kite berdetik mcmana boleh jadi mcm tu
tapi bila terjadi pada kita
baru kita tahu rasanya
kisahnya mg lepas ibuayu gi ke satu tempat
membeli belah(tempat dirahsiakan)
sebabnya mana2 pun boleh terjadi
ada tujuan sesuatu
tu yg menuju ke sini
sambil2 tu boleh cr barang dapur
ibuayu ni kalau pilih barang
memang suka tgk harga
compare harga mana murah
nak jadikan cerita
masa pergi ni
ayahnas and anak2 bahagian lain
ibuayu gi bahagian lain
sebab nak cr sesuatu
bila dpt barang tu tgn dah penuh
troli fauzan yg pegang
so kebetulan bahagian tu ada jual pisau cukur ayahnas
siap call lagi tny nak pisau cukur biasa kan
tu yg ibuayu tgk hrg masa tu
lepas tu terus amik and tuju kat ayahnas
lepas pilih barang bagai semua
kami gi kaunter
and ibuayu perasan masa kat kaunter tu
bila diorg scan barang kita x nmpk dah brp hrg dia
dulu2 kalau diorg scan ada bahagian papar hrg kat depan kita
ni depan cashier je
lepas tu masa dia scan pisau cukur tu
siap dia tanya hrg dia rm48 mcm tulah
ibuayu ni x ingat jumlah sebenar
cuma ckp memang perasan 40 lebih
lepas selesai bayar semua
dah turun bawah..faiz nak beli waffle
so ibuayu and ayahnas duk tunggu kat kerusi
sambil duduk tu
teragak nak tengok resit td
kebetulan kali ni belanja agak kasar sikit
tu yg nak perhati resit
tiba2 terpandang kat bahagian pisau cukur tu
harga yg tertera
rm76 brp sen..x ingat dah
mak aiii
terkejut jap
cakap dgn ayahnas
td tgk harga lain
so ibuayu suruh ayahnas tunggu anak2
ibuayu naik atas semula
bawa sekali pisau cukur tu
tanya jaga tu mana nak gi
diaorg suruh gi kat kaunter servis
tunjuk resit tunjuk barang
org tu terus uruskan
x lama pun sekejap je
dan adik tu minta maaf
ialah kita pun x tahu bahagian mana yg salah kan
kita pun x boleh nak salahkn sesiapa
cuma sebagai pengguna
kita harap mesin bayar tu mcm mesin dulu2
harga tertera menghadap pembeli
so masa diorg scan tu kita boleh tgk hrg tu
so kita pun kena ingat
lepas terima resit kena check hrg gak
supaya xde kerugian berlaku
bukan sikit2 hrg dia lari..
banyak woooo
3 comments:
salam ziarah..first time singgah sini..
tulah banyak kes dah pasaraya macam ni
sy memang selalu perhati je masa scan..tak kisah la beli kat kedai eco rm2 pun.hehe
sebab tu kena semak resit ...
biasa la kes mcm ni ... kadang tu buat promosi tp tak punch kat sistem ...
sy byk kali dah terkena
yes. bab ni aida pun setuju.
kalau kat jusco, nampak harga nyer kat kita.
few places, tak nampak langsung harga yg di scan.
jadik kerja plak pastu nak berurusan dgn diorang :(
Post a Comment