Wednesday, February 29, 2012

29 Feb 2012

Alhamdulilah

apa yang dihajati tercapai

walaupun apa yang ada terpaksa dilepaskan




gambar ni tak de kena mengena dengan cerita
saja buat penyedap cerita

Keseronokkan di kampung

sebelum ni memang faiz yg suka balik kg

fauzan kena ikut balik sebab kena jaga adik

ibuayu lak kalau balik kejap bolehlah

nak bermalam tak dapat sebab kerja banyak


minggu ni fauzan yg beriya2 nak balik kg
ibuayu kata tanya sendiri nenek nak jaga adik tak
nek kiah memanglah suka cu dia balik



sampai kata nak pindah sek kat rumah nenek pun boleh..

rumah nek kiah and ibuayu dekat je

dalam 45 minit sampai

Sunday, February 26, 2012

Jamuan di Royal Puteri Klebang

Asalnya tak ikut pun ayahnas  gi jamuan sek dia

tapi pagi tu beria2 ayahnas mengajak

nak tak nak ikut juga

bukan suruh buat apa

ikut makan je

hightea

bak kata ayahnas kita minum teh je

jamuan perpisahan sekolah ayahnas

makanan di oklah



ayahnas baca doa


pintu masuk


pemandangan yang cantik


Bila depan mata

Sambungan cerita LTDL
masa tengok tu 
tiba2 ada peserta berbasikal ni yang tayar dia rosak
dengan cepat terus kereta berhenti dan tukar tayar basikal
pantas dan cekap betul diaorang buat kerja



 malam tadi tengah syok tengok rakaman LTDL 
di TV 1 tiba2 hujan
sendiri pahamlah ASTRO mana nak dapat siaran
geram betul.....

Terima kasih nuffnang

alhamdulilah
ada rezeki ibuayu

pertama kali dapat capture ini

harapnya lama sikit di sini

terima kasih nuffnang


Saturday, February 25, 2012

Jawapan Teka-teka

tengah hari tadi ibuayu ada suruh teka-teka

Jawapannya ialah LTDL

hari  ni kan diaorang singgah Melaka

dan Masjid Tanah ni salah satu laluannya

Sebenarnya hari ni ibuayu ada traning budak olahraga sekolah

lepas abis traning ajak 2-3 orang teman cikgunya nak buat kerja sikit kat perpustakaan sekolah
al maklumlah hari sabtu mana ada org lain kat sekolah

bila balik dalam pkl 12.15 simpang depan tu orang rela dah jaga


tapi diaorang masih bagi laluan untuk keluar.

alang2 dah atas jalan ibuayu pun tengoklah LTDL ni kat taman depan rumah je


tunggunya bukan main lambat tapi lalu sepantas kilat je...


ibuayu gi tengok sorang2 tau...

teka teka

cuba teka


tunggunya lama

datangnya sepantas kilat

apa dia

Thursday, February 23, 2012

nasi Ambeng

kalaulah kat melaka ni ada jual nasi ambeng kan best...

rasa macam nak bukak bisnes nasi ambeng lak


tapi tak tahulah orang melaka pandai makan ke tak

ibuayu and ayahnas memang tahu sebab kami ni pernah duduk di johor

hari rabu hari tu kami nak ke kluang

tujuannya nak tengok FIL lepas operate mata

jadi malam tu berkesempatan singgah di sini

singgah di R&R pagoh
 gerai no 10




bukan dua je tapi tiga
bungkusannya ada daun pisang
tu yang menambah ummphhh




memang sedaplah 
rupanya dah membayangkan rasa


siap tanya kat fauzan 
cukup ke sebungkus
kalau tak cukup beli lagi

kami makan licin semuanya
lepas tu kat R&R tak sibuk tu yang aman je makan

Tuesday, February 21, 2012

teringin pulak...


makanan yang mudah dan sedap
sekali sekala sedaplah kan
hari2 mana tahan
tak bagus untuk kesihatan

alkisahnya setiap hari selasa ada masa satu jam je 
singgah kat rumah lepas sekolah
lepas tu bergegas semula ada koku kat sekolah

jadinya petang tadi 
hari hujan lebat
perut ni pulak bagai ini diisi sesuatu

teringin teringat dan nak cepat maka maggilah makanannya
letak telur lepas tu buat separuh masak
masa makan kuning telur yg cair tu
aduhhh sedapnya...

Friday, February 17, 2012

shooting filem

sebenarnya bukan untuk filem
untuk cd je
projek untuk BTP
kami berlima buat modul

jadi salah seorang dari kami kena laksanakan dalam situasi sebenar

nasib baik kak ani nak
selamatlah kami yang lain
ialah dibuatnya tergamam depan kamera
apa pun tak ambik nanti

tapi kami sama2 tolong bantu kakak ni 
alhamdulilah semuanya berjalan lancar 
dan pilihan kami supaya kakak aini ni jadi pengajar memang pilihan yang tepat
respectlah dengan kak aini
automatik abis je shooting kita orang di balik tabir ni bagi tepukan yang gemuruh untuk dia

tak sabarlah nak tunggu cd siap
tapi kami ni projek pertama 
ada 6 modul subjek lagi nak dirakam

rakaman ni dibuat bersama murid-murid
SK TAMAN BUKIT RAMBAI
makanan kat sini memang terbaik




yang kat depan tu kak ani lah ..



Thursday, February 16, 2012

Anak bapak

si ayah bawa balik keyboard sekolah kat rumah
sebab esk ada persembahan di sekolah


si anak pun sibuk ambil tablet
duk sebelah si ayah
kelakar betul tengok faiz
nmpk je ayahnas bawa keyboard tu dia pun sibuk cr tablet dia..keh3


bila ayah mula main keyboard boleh pulak dia suruh perlahan
bising katanya...

padahal tablet dia yang tak boleh kuat


Buku yang dibeli dengan baucar rm200

ini adalah salah satunya

kalau nak ikut kat tenet pun boleh dapat resepikan

tapi kalau buku ni senang nak belek2 kat dapur



ada GERENTI JADI lagi






harapnya dapatlah mencuba




Monday, February 13, 2012

terharu..

Balik sekolah dah rasa tak sedap badan

tekak rasa perit

ibuayu memang ada tonsil



pesan dgn fauzan  sebelummain bola (pkl 5 wkt main dia)


Pastikan call ayahnas ambil adik

ayahnas train budak bola

dah tentu tak pegang hp

agaknya supaya ayahnas balik tahu pesanan ibuayu disampaikan

maka ini caranya

ibuayu terperasan masa nak keluar pintu
terima kasih anakku..



Saturday, February 11, 2012

IKan pekasam

Tekak malam ni tak berapa selera
lagi2 anak kat rumah nek kiah

jadi inilah menu makan malam kami


ibuayu sekarang ni minat betul makan ikan pekasam

hiris bawang besar banyak-banyak
hiris cili padi
ikan pekasam tu goreng garing lepas tu
goreng bawang and cilipadi..
mak mertua lalu pun tak perasan



Pearl Cafe

first time minum air ni

kira oklah 

cuma mula2 nak teguk tu risau jugak rasa macamana

tapi bila dah minum boleh abiskan setin


Pemenang Teka Harga Makanan

Jawapan Teka harga makanan  ialah

RM 26

jadi peneka terhampir ialah



tahniah dari ibuayu

tolong tinggalkan no hp kat bahagian komen ni ya


nanti ibuayu sms no topup rm 5 tu

untuk yang lain terima kasih kerana cuba meneka

Monday, February 6, 2012

Teka harga makanan

Jom join contest ibuayu ni

hadiah berupa top up 013 (celcom kan)
yang berharga rm 5
(seorang pemenang je ya)

asalnya beli top up tu untuk fauzan 
tapi sebab hp dia rosak 
dari membazir je baik bagi pada sapa yang sudi

oleh itu sapa yang nak join senang je:

teka jumlah harga makanan dibawah ini
tinggalkan jawapan dan link dekat bahagian komen je

senangkan


makanan yang ibuayu makan tengahari tadi
3 pinggan nasi putih
2 ayam goreng berempah
1 ekor ikan keli berlada
1 ekor ikan cencaru bakar
sosej sebatang
semangkuk siput sedut (lebih kurang 2 senduk kecil)
semangkuk sup sayur (ada tahu jepun ,fishball suun dan sayur campur)
sayur kacang panjang 3 sudu

air hocliks 2,milo ais 1, sirap limau 1,ais limau 1



SELAMAT MENEKA YA
ibuayu bagi tempoh sampai Rabu ni..

Sunday, February 5, 2012

Baucar Buku

Siapa tak seronok bila berbelanja 
tanpa keluar duit sendiri
rasanya semua orang suka

Alhamdulilah dapat rezeki 

Baucar RM 200 digunakan sepenuhnya
Awal-awal dah beritahu 

Baucar ni ibuayu agih-agihkan untuk sekeluarga
ayahnas RM 50
fauzan RM 50
ibuayu and faiz RM 100








masa kami gi kedai buku tu ramai jugak orang
faiz kalau gi jusco masuk kat troli je
Jadinya ayahnas masuk dulu dengan ibuayu
fauzan jaga adik dia
lepas ayahnas sudah fauzan pulak masuk


kiranya lama jugaklah kami pilih
bila pilih2 ayahnas punya buku tak sampai rm 50 pun
fauzan punya yang paling banyak....
tak sampai hati pulak nak tolak bahagian dia
untuk faiz tentunya ada
bukan main suka dapat buku tu




ni buku faiz



ni buku fauzan


tapi yang mahal dia beli buku cerita
sampai 3 buah
kalah ibu dia

ayahnas beli buku untuk mengajar BM dia je....

ibuayu beli buku apa ya...
kemudian cerita ya..
tapi buku yang dibeli memang best

SALAM MAULIDUR RASUL

 Selamat menyambut Maulidur Rasul





:tak sabar nak berarak dan berselawat di sekolah minggu hadapan

Saturday, February 4, 2012

karipap roti

senang sangat buatnya
masa tengok resepi ni risau jugak
kalau roti berminyak
tapi tak 
malah rasanya sangat ranggup




Bahan utk inti

sardin ibuayu masak dulu
(suka hatilah nak letak bawang,cili pun boleh)

roti tu gelek dulu bg rata
(kalau takde pengelek guna gelas je)
buang tepi roti sikit

lipat tiga segi

tepi roti tu tekan guna garpu

lepas tu goreng dengan minyak masak

makan panas-panas dan minum air kopi....

Faiz ke klinik

tak tahu apa puncanya
kaki faiz naik kudis -kudis
cian pulak tengok 
malam tu ajak ayahnas bawa faiz jumpa doktor 
Kami gi Poliklinik Masjid Tanah





so far kami sekeluarga memang sesuai dengan doktor ni
layanan dia memang tip top
tak sempat nak snap gambar doktor yang hensem tu

dia siap pesan dengan faiz

minum susu dalam cawan
(sebab faiz x nak susu botol lagi)

jangan minum air soya selalu
( faiz ni memang suka minum soya sejak tak minum susu botol)

tak boleh makan udang,ayam sotong...
(keh3 tu semua peberet dia)

bila tanya faham faiz ..terangguk2 dia
tersenyum2 bila doktor tu bagi penerangan
macam faham bebenor


so bila balik dalam kereta tu kitaorg suruh 
dia ulang balik apa doktor cakap

wah bagus ..semua masuk kepala


sampai rumah je..

mum ..nak air soya....

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr



(tolong bagitahu ya apa yang ibuayu boleh gantikan untuk 
anak yang tak nak minum susu)

Wednesday, February 1, 2012

Kedai Makan 1 Msia

kedai makan tengah hari yang harus diterjah
asam pedas dia memang terbaikkkkk
harganya pun boleh tahan murah
(memang murah sangat)

rasanya kedai ni kedai makan sati msia
tu yang harga di berbaloi..baloi..baloi

kami ni kalau dah suka satu kedai tu

asyik teringat nak makan sini je selalu
(bukan ada apa2 ya kat   kedai  ni..kami je yang gian)

kedai ni area telok gong 
kalau ke pengkalan balak melaka arah ke kuala sg baru

kedai ni berdekatan dengan banglo besar
and ada buaian
dan ada pokok besar





asam pedas nya tak sempat nak snap
gambar ni lepas makan
kitaorang kalau nak balik mesti bungkus air



Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015