Monday, November 18, 2013

Kisah anak orang kaya vs anak orang miskin



Baru2 ni ramai terkejut dengan
Seorang pelajar UPSR
Dihadiahkan sebuah kereta...
Bagi ibuayu tu hak mereka
Dia berwang itu kemampuan mereka

Bagi anak miskin
Tentulah ibu bapa tak mampu nak bg hadiah begitu
diajak makan diluar meraikan pun
itu yg mungkin mampu dilakukan

golongan sederhana
pastinya menjanjikan handphone .tab atau
pelbagai gadjet

bagi ibuayu selagi hadiah yg dijanjikan mampu diberi
selagi tidak melalaikan 
terpulanglah pada yg berkemampuan
cuma satu je
kalau anak berjaya kita puji melambung
tapi kalau kurang berjaya janganlah
kita marah bagai ini penamat peperiksaan mereka

Macam tu jugak bila cuti sekolah panjang ni
bagi anak orang kaya..
macam2 program yang telah dirancang
oleh ibu bapa mereka
kem sana sini
bercuti sana sini
bukan dalam negeri je
oversea dah pasti
boleh janji lagi
bila2 ada masa boleh ke tempat yang anak ingini

bagi yang miskin
duklah rumah cuti panjang ni
buatlah apa aktivit asal tak guna duit
dapat berjalan ke bandar pun dah kira happy
dapat gi rumahnmak sedara lain negeri pun
dah kembang hati.....

bersyukurlah apa yang ada pada.kita
mungkin takde pada orang lain
Kalau kita pandang kewangan saja
sedangkan kita tak berkemampuan
sekurang2nya kita gandakan keimanan
anak2 kita kerana itu tiada bayaran.

macam si faiz ni sibuk ajak ibu gi legoland
sian pulak
bukan sikit belanja
kalau dia bolehlah percuma 
beli tiket oreo je
yang 3 dewasa ni huhu
kalau dapat gi waterworld melaka pun dah ok gakkan..

Sibuk nak penuhkan tabung nak gi legoland

6 comments:

Falsya said...

kadang hadiah dr parents boleh menaikkan lagi semangat anak2 kan..tp itu la, semua bende nie terpulang pada kemampuan masing2..hehe..

waterworld pun okayh jugak..janji anak boleh bergumbira..hehehe

Sidratul Muntaha said...

kami msih lagi la tak terpikir nk bwk ank2 ke legoland
tkut emmbazir
yup..
org kaya itulah ujiannya
ujian riak
org miskin
ujian cemburu..
Allah itu Maha Adil dan saksama
selagimana kita buat anak2 itu sebagai amanah..selgi itulah hidup kita dalam lindungan Allah dunia dan akhirat

nazayiena said...

Semuanya bergantung kpd kemampuan masing2,mcm kitaorg pun nak bawa anak2 bercuti ke legoland masih tak mampu rasanya......

~ana~ said...

tgk pada kemampuan kita la kan..setiap org mungkin ada reason sendiri utk buat itu ini kat anak2 dia..

wantie said...

hmm... apa motif bagi hadiah keta tu. rasanya nama keta tu je kot nama dia. tapi keta tu mana boleh dia bawak.

tapi apa nak heran kan. anak aishwarya rai tu pun dapat hadiah keta jugak. ngeeee

ALoNa CintamaniszLite said...

kete tu rasanya kebetulan bapak dia beli masa dh nak keluar result upsr..beli impian sendiri tu.
Tp dh kebetulan pulak anak dia dpt 5A...kiranya hadiah jugak laa utk anak dia. Sbb nk oder kete tu bkn hari tu oder hari tu leh dapat, huhu. Nak taruk nama dia pun rasanya tak boleh kan?? kena taruk pada nama orang yg ada lesen kete sj...

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015