Sunday, November 30, 2014

Mee Bodoh Tengkera: cara nak gi makan

Entah dah berapa kali cerita pasal me bodoh kan

tapi sebab dah lama x pergi nak cerita gak

mg depan ayahnas kursus kat PD 3 hr
lepas tu mg satu lagi dah start traning MSKPP
So
hari ni je yg sempat kami nak gi makan me bodoh

takut esok2 dah sibuk sampai naik sekolah x dpt makan

ni pun rasa lama dah x pekena

Bagi yg tak tahu
me ni dipanggil me bodoh
sebab cuma ada me and taugeh
kalau kat rumah mcm2 rencah kita masuk
pun tak semestinya sedap kan

tapi me bodoh ni tu je pun dah sedap
sedap sesangat ditekak kami
tekak org lain x tahu lah

kat kedai ni
cuma ada jual
me bodoh and nasi lemak
lain tada
nasi lemak kalau lambat abis

kedai ni kalau dr mt cr masjid tengkera sebelah kiri
jalan je terus ada sekolah rendah seb3lah kiri 
kedai tu sebelah kiri
buka waktu pagi
pkl 8 tutup bergantung pada me
kalau dah abis nanti ada adik tu goyang2 tangan kat depan kedai
so paham2 sendiri

cara nak makan
hahahha
kalau mai tu muka jangan malu
pi round tengok pinggan sapa macam nak abis

so kita jadi model sebelah meja org tu
tunggulah sampai org tu makan

nasib baik dtg ada meja kosong duduklah terus
tapi 1 antara seribu lah
memang penuh je
tapi sebab diorg makan me je xlah lama nak tunggu

dah duduk x payah susah2 jerit panggil adik2 tu
order please
jangan mcm tu
nanti adik yg ambil order air tu akan dtg ikut turn
diorg tahu sapa duduk dulu
me pun sama
budak yg memang kerjanya hidang me pun tahu meja mana nak bg dulu
kita dah dapat meja pun bersyukur
lepas tu jgn bajet mai 2 org nak pulun semeja
kena share2 ya
masa ni memang semangat muhibbah betul


bila adik yg bawa me tu sampai 
kalau kita 4 org 
memang x cukup le sepinggan
so kalau 4 cakap kat adik tu nak 6 pinggan
jangan malu2
kalau rasa boleh abis 2 pinggan sorang silakanlah
duit  and perut korang kan

so kalau datang melaka
bolehlah cuba sarapan di sini

kalau sedap repeat lagi
kalau x sedap tulah sekalikan

ibuayu and family
kalau boleh hari2 nak gi
tapi nak tuju ke sana 40 minit
so kalau sekali sekala ayahnas nak layan dah bersyukur

tak semua suami rajin nak melayan
gi sarapan 40 minit lepas tu patah 40 minit sampai rumah

hahahha
kalau ayahnas baca
nanti kita gi lagi ya...dap sangat


Saturday, November 29, 2014

Pergi Legoland hasil tabungan syiling anak

Bila faiz asyik cakap nak gi legoland je
ibuayu pun terangkan kat dia
tiket legoland mahal
kena kumpul duit dulu
dah cukup baru kita gi
Sebenarnya
duit tu bukan perkara utama

kat rmh ni ada 4 org
yg nak gi sorang je
faiz lah tu

kemudian baca review pasal legoland ni
masa baru2 dibuka
panaslah
apalah so fikir biar dulu

kemudian dpt tahu below 6 tahun
tak banyak permainannya
rugi masuk je
so tangguh lagi

dah memang plan tahun ni akan gi
tapi bila x tahu lagi
dlm bln 3 duit faiz memang dah cukup
tapi still cakap dengan dia x cukup
sebab
kalau x dia akan tanya je
so
cakap jelah x cukup

bila dah bulan 12
memang plan  akan pergi
last tukar duit syiling faiz dapat lagi
rm200
so memang dah niat
duit ni utk  beli lego faiz
biar dia gembira
biar dia juga tahu kalau dia rajin menabung
dia akan dapat apa yg dia hendak
dan hendak sesuatu kena usaha bukan
mintak je dapat


ni hasil tabungan faiz
hasil duit syiling je ya
syilibg tu pun ayahnas punya
kami tolong kemaskan dr dlm laci
dan kereta
atuk mail pun rajin bg faiz duit syiling
sebab tahu faiz kata nak ke legoland

duit raya
duit org bg tak termasuk kat sini
yg tu simpanan ke tabung haji


lepas ni ibuayu
lak nak menabung
kalau faiz boleh
ibuayu pun kena boleh
tabungan utk bulan 3 tahun hadapan
in sha Allah...

Friday, November 28, 2014

Keputusan UPSR 2015

Tahun ni UPSR kan banyak tragisnya
so x sabar nak tahu
keputusan kali ni
mana tahu greding rendah

Pagi tu kami ada meeting
sementara GPK 1 bawa balik result dr Jabatan
dlm pkl 11..keputusan tiba
masa tu dah tahu 10 org dpt 5 A
cuma x tahu siapa dia

Alhamdulilah 10 org 5 A 
tahun lepas 6 org

4A 1B
7 orang
dan B tu Sains

dengar cerita tahun ni penanda tegas sikit
x tahulah

dan yg membanggakan 
kami guru2 SKDTK

anak murid yang kehilangan ibu  sebab 
kemalangan di depan jalan sekolah
masa tu dlm sebulan lagi dia nak exam
ayah kerja terengganu
dan tiada ahli keluarga disini
insan yang baik hati
cikgu sekolah ibuayu
telah membela anak ini
mcm anak sendiri
(aduhai besarnya jasa kak midah bela anak yatim )
dan hasil semua
anak ini mendapat 5A
dlm peperiksaan UPSR
rasa meleleh air mata
masa gb sebut nama dia





Thursday, November 27, 2014

Tiket murah legoland

Baru balik dr legoland
nak kongsi dulu mana yang penting
andai ada yg nak gi dlm masa terdekat ni

Bila dah plan hr nak pergi
ibuayu ni mcm berkira2
nak booking tiket on9
ke
nak terus je ke
cari2 barangan yang ada offer legoland
jenuhlah berkira2
so kalau nak hrg murah
nak bookin on9
kena booking sebelum 7 hr sebelum gi
utk theme park je ya
harga biasa rm140
kalau on9 rm112

so gigih cr lagi mana nak dapat murah
last2 tulis kat fb
nasib ada kawan membantu
dia suruh isi minyak kat petron
dpt voucher legoland rm40
 kalau isi minyak rm40
di Petron
dengan syarat kena ada kad SMILE
dan kalau nak isi tu isi rm 40 dulu
kalau isi rm80 terus pun dpt 1 je voucher

rasanya voucher tu valid sampai bln 3
2015




so dapatlah ibuayu
harga tiket dewasa rm100
faiz rm 70
jimat banyak gak tu

masa kat sana diorg ada promosi gak
kalau ada kad kredit or debit maybank
dpt 35%

dah pergi br tahu KFC pun ada promo voucher legoland...

so kalau sesiapa plan nak gi pandai2lah survey dulu ya...

Thursday, November 20, 2014

Gedik-Gedik Hari Kualiti

Akhir sekolah ni
sana sini sibuk dengan
Hari Penyampaian Hadiah

Ni kali kedua ibuayu jadi AJK hadiah

alhamdulilah
walau ada dugaan kecil
namun segala hadiah yang ditempah dapat
disiapkan mengikut masa dan ketikanya


selfie pakai shawl
dah makin confident




gedik sebelum majlis bermula
masa ni kami susun hadiah
takde budak kat bawah ya



Bersama tokoh NILAM 



Dua pelajar yang banyak kenangan bersama ibuayu
Jangan lupa cikgu ya



Ratu cantik 
perasaaannn



Perasan bergaya
hahhaha


Monday, November 17, 2014

Konvokesyen Faiz Haikal

Sebelum dapat surat tentang konvo
Faiz dah heboh bercerita
kat sekolah
dia berlatih lagu masyitah
bila dia cakap ada kawan berlakon
terus google 
kisah masyita ni

lepas tu sibuk nak pakai baju melayu biru
nak samping
nak songkok hitam kanak2
baju melayu tu pakailah baju raya hr tu
songkok hitam kena beli
sebab kepala cepat besar
beli songkok murah2 je

Bila dapat surat
betullah apa yg faiz nak tercatat kat surat tu

Konvo tu buat kat KUIM
dah tahu mesti lambat mula
kami gi sarap dulu
pkl 9 br mula

macam2 persembahan buat
syok tengok budak2 buat persembahan
kalau salah pun nmpk comel
sebelum ni faiz ckp dia duk belakang
so ibuayu dah agak mesti x nmpk muka faiz
sekalinya masa susun 
faiz duk depan
dapatlah snap  and video nyanyian dia
alhamdulilah kali ni dia nak buat lak


abis persembahan semua
terus penyampaian hadiah
Diaorg panggil pelajar cemerlang dlm kelas
rasanya setiap kelas 5 org kot

Tiba2 nama faiz kena panggil
terkejut gak
faiz x beritahu pun dia dapat hadiah
alhamduliah syukur ada peningkatan faiz belajar

kemudian barulah penerimaan sijil dan pakai jubah

bila faiz dapat je terus panggil nama dia
dia pandang
tapi yang kelakarnya sibuk nak buat peace

Doa ibuayu semoga faiz mengejar ilmu dunia dan akhirat

Sangat2 rekemen tadika ni
kiranya bab solat n bacaan yassin
tu anak2 dapatlah
Bab membaca pun diorg akan ajar sampai pandai
kurang lancar kena dtg sekolah hr Sabtu

so utk yg duk Masjid Tanah
bolehlah daftar 
di Tadika Amirah
yuran rm200 sebulan
sampai pkl 3




Wednesday, November 12, 2014

Wordless Wednesday

Pertandingan sebelum sukan
jamuan tahun 6
jamuan Pengawas
hari kantin sekolah member

letih2 panas penat
tapi ikhlaskan hati
cari kekuatan
kita rasa enjoy







Monday, November 10, 2014

S3lamat Hari Lahir Ayahnas

9.11
hari lahir ayahnas
faiz org yg paling x sabar
nak beli kek untuk ayah dia
disebabkan hr ahad dr pagi ayahnas sibuk
kat padang bola
malamnya baru sempat gi beli kek

faiz ingat nak beli sebijilah tu
sorry ya dik nanti xde org makan
so beli dua slices je

suka dia bila beli kek tu
mcm buat surprise utk ayah dia lah tu

faiz2





untuk suami tersayang
semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
diberi kesihatan yg baik
lebih bekerja keras
moga impian kita 
akan tercapai jua


p/s : abg dah 41 ayu still 40 walapun beza kita sebulan ya

Thursday, November 6, 2014

Hasil Seni dari insan tak berseni

Serentak satu Malaysia
setiap sekolah kena lancarkan
Kem Membaca 1 Malaysia
jenuh fikir nak buat pelancaran apa
ialah dulu ada member yg kreatif cakap
buat gimik ke apa pantas je kerja siap

tapi dia dah pindah ke Kedah
lepas tu kerja last minute
so pandai2lah ibuayu kena fikir
petang tu baru kelua gi beli bahan
malam tu minta tolong ayahnas guntingkan kertas
yg lain semua ibuayu buat sendiri
buat2 macam pandai

ni sebelum dan hasilnya








ni lah hasilnya...



jadilah cantik di mata ibuayu hee

Tuesday, November 4, 2014

Asam Pedas Pantai Putri

Sekarang ni tekak ibuayu
memang sawan bila dengar asam pedas

kalau kat kantin hari2 asam pedas 
pun rasanya tekak ni boleh terima

masa kat sekolah lagi rasa macam otak letih
nak gi release tension
bukan mana pun nak ajak makan luar
siap plan nak makan subway kat DP

Sekalinya  petang  bila borak2 balik
macam malas nak ke melaka
so ajak ayahnas layan asam pedas pantai putri
kedai ni kat medan selera
bersebelahan dengan kedai femes dengan yong tau foo
so  nak makan apa2 pun boleh
ibuayu order set ikan pari and ikan kembung
faiz makan yong tau foo
kedai asam pedas ni
ada abc special yg sedap
dan air laici kang yg sedap



Saturday, November 1, 2014

Aura anak Johor...JDT

Ibuayu memang orang melaka
tapi dr lagir hingga tingkatan 5 
dibesarkan di Johor
area
Parit Raja
Yong Peng
Batu Pahat
3 kawasan tu memang tempat kenanganlah

ayahnas pun memang org melaka
tapi dilahirkan di johor
ic johor
ayahnas lak 
di besarkan diTaman Cempaka

so jodoh kami lak
bertemu di Ipoh

ibuayu ni bukan fanatik mana2 kelab
tgk bola pun ala2 je
cukuplah ayahnas and fauzan yg minat
tapi bila JDT masuk final ni
aura anak negeri johor tu terpalit jugaklah kan

semoga JDT juara
tapi yang penting
main dengan punuh semangat kesukanan
janganlah kerana 
bola sebiji
berlaku huru hara

menag kalah adat permainan

so aura utk JDT
ibuayu masak Sambal Jawa hr ni





Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015