Showing posts with label ibuayu. Show all posts
Showing posts with label ibuayu. Show all posts

Monday, January 9, 2012

bILA sUAMI iSTERI gURU

Semangat buka sekolah ni

ialah murid-murid seronok dengan barang baru buku baru


kami yang cikgu pun seronok jugak dengan buku mengajar baru


disebabkan ada 2 orang guru dirumah ini apa yang isteri ada suami mesti ada sama

ini 2 batang pen merah
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu


ini buku untuk catat minit masa meeting
buku ni buat sendiri
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu



ni buku rancangan mengajar
satu untuk cikgu nas satu untuk cikgu ayu

WAJIB tulis hari-hari
jarang bawa balik rumah sebab dah tulis siap2 kat sekolah
takut jugak tertukar ya....keh3


 yang ni visi and misi sekolahyang harus ditampal..
ibuayu and ayahnas sekolah berlainan
satu cikgu nas punya satu cikgu ayu punya




rasanya yang mana satu cikgu nas punya
yang mana satu cikgu ayu punya


'
"
"
"
"

inilah cikgu nas punya
dalam hati ada taman
keh3
yang ni cikgu nas buat sendiri 



tapi bag sekolah untuk cikgu ayu belum ada lagi

belum jumpa yang berkenanlah
tunggu cuti raya cina ni baru carilah

Tuesday, September 13, 2011

Garang ke Cikgu Ayu ni

Rasanya dalam tahun ni dah beberapa org ex student ibuayu yang ibuayu dah jumpa

diorang ni ada yang dah kerja ada sek menengah ada yang nak masuk U


Ada yang ibuayu ingat ,ada yang dah lupa ialah wajah mereka tentunya berbeza..

Tapi kalau jumpa tu mesti perkataan "GARANG" akan keluar

bukan sorang dua tapi ramai

ayat yang keluar


ingat cikgu ye..

ingat cikgu dulu garang


ayat 2

cikgu dulu pernah marah saya,saya sampai nangis, cikgu garang

keh3..yang ni pelajar lelaki..sampai nangis cikgu ayu buat

tapi sebab garang lah dia dah masuk U sekarang

ayat 3

budak datang raya,,bagi salam (ex student)

bila ibuayu jawab salam dikatanya
alamak garang lagi lah cikgu ayu ni

aduhai anak-anak muridku....


Rasanya garang cikgu ayu ni dulu2 je kot
ialah waktu mengajar mesti garang

kalau tak takkan ada ex student yang still contact cikgu ayu ni
menunjukkan cikgu ayu pun ada sifat lembutnya...keh3

sekarang ni suhu kemarahan dan kegarangan dah berkurangan

ialah kita dah matang
awal2 mengajar jiwa muda
kurang gunakan psikologi
sekarang ni bila dah ada anak 
emosi tu boleh dikontrol

TAPI
suara cikgu ayu ni masih kuat
sekali menjerit macam petir jugaklah




tengok gambar ni pun tahu cikgu ayu tak garang
lainlah orang sebelah tu
dia tu cikgu disiplin mestilah garang

tapi pagi tadi dlm kereta hari paper  Bm 
ibuayu tanya fauzan

kenapa kalau ibu ajar BM jan susah nak score markah
tapi kalau ayah ajar tinggi markah Jan boleh score

tahu apa jawapannya

dia kata

ibu ni GARANG ..tu yang Jan tak boleh jawab tu....

kah..kah..kah....

tapi memang pun
beberapa hari dia ulangkaji dengan ayah dia 
ibuayu perhatikan ayah dia ajar lembut je..


kalau dengan ibuayu salah sikit harus dah kena marah..

Sunday, January 23, 2011

Hampir2 kemalangan

hARI jUMAAT lepas sekolah terus gi rumah nek kiah
turunkan fauzan dan faiz
ibuayu seorang diri terus ke LHDN Melaka Mall
bukan bayar cukai pendapatan tapi gi bayar tafsiran tanah
sebabnya nak tukar nama ibuayu

selesai terus solat kat situ and terus gi pejabat Tanah MITC
dalam ibuayu nak masuk lorong ke MITC tu ibuayu hampir berlanggar dengan sebuah kereta
nasib baik ibuayu sempat brek driver sana pun sempat brek
kalau tidak pasti berdentum kami
ibuayu pun masih tak pasti samada itu jalan ibuayu atau dia
takde signboard tulis berhenti..

Terperanjatlah jugak lepas kejadian tu....
Ibuayu punterus memandu ke pejabat tanah
5 minit lepas kejadian tu nek kiah telefon
katanya dia risau ibuayu gi sorang diri..
Rupanya perasaan dan gerak hati nek kiah terhadap anaknya ini masih kuat
ialah seorang ibukan dia yang mengandungkan kita...
terharu sungguh
tapi sampai sekarang ibuayu tak cerita dengan nek kiah kecuali dengan ayahnas

Wednesday, April 7, 2010

Masa Untuk BayAr HuTaNg

Bukan hutang kat along..tapi hutang dengan banyak benda..

Alhamdulilah setelah 3 hari berhempas pulas mentelaah pelajaran(ye ke)selesai juga exam sem jan ni...Rasanya baca buku dah lama jadi bila nak exam kena baca lagi sebab tak ingat..And the best thing baca last minute dalam kereta tu juga yang banyak membantu..Dari kami kursus KDP 14M lagi sapa yang dok sebelah driver mesti jadi tukang baca..Bila dah last minute tu macam2 akronim yang keluar ..(to rusiah..dah masuk sem ke 3 kita ye..)
"
"
"sambung cerita bayar hutang tadi..
"
Dalam saat exam ni kami banyak beli bungkus je..nak makan luar rasa buang masa..nak masak mAlaS...(alasan nak baca buku)
So bila dah merdeka ni ibuayu pun bertungkus lumus menyediakan minum petang and makan malam...
"
"
minum petang..be hoon sup
sambal kicap


kuah supdah siap...
"

makan malam..tapi masak sekaligus..
"
sambal belacan

kuah kicap


Bayar hutang ke 2 ialah...
"
"
dari pukul 1.00 tadi hingga masa taip entri ni dah pukul 11.00 lebih ni kerjanya asyik buka FB and blog je..seronok dapat terjah blog2 kawan2....puas rasanya..tapi heran gak ye kenapa mata ni tak mengantuk ...semalam masa macam ni tengah baca buku tersengguk2 mata ni..basuh muka entah berapa kali....keh3
"
"
yang terakhir..
"
"
Apa lagi kalau tak mengemas rumah..dapatlah sapu habuk2 and mop lantai..puas tengok rumah bersih tapi tak tahulah berapa lama bertahannn
"
"
Selepas ni sebulan bercuti dari menghadiri kuliah..tapi lepas ni tak boleh gi mana gak ayahnas dah start bawa team lawan kat luar melaka..

Saturday, March 27, 2010

Terlalu pelupa...

Bila kawan2 kat sekolah kata jangan makan kepala ikan diri ni degil betul nak makan jugak,..Ialah kan kepala tu sedap...Tapi bila makan lak asyik lupa je...Dan hari ni banyak sangat benda yang lupa
"
"
ni bukan kepala ikan tapi makan yang disponsor oleh kak lia..pada LDAP pagi tadi

Hari ini ada LDAP kat sekolah..
LDAP kali pertama
Pagi tu semuanya oklah
masuk sesi Qnet gi tolong Linda buat jadual
Kena kira masa..tulis masa salah..kira masa salah
ialah benda tu dah lama tak buat tu yang LUPA
"
"
balik sekolah tumpang kereta fizan...
dalam kereta menjerit kecil terpegang Fail LDAP
Fail ni patutnya tinggalkan kat atas meja depan je..
TERLUPA LAK nak letak
keluar dari kereta fizan LUPA lak nak ambil Fail tu..ada kat kereta dia
"
"
Masa ambil Faiz dah ingat nak bagi mak enon duit pengasuh..
Bila sampai rumah mak enon berborak je...
Balik macam tu je
TERLUPA nak bagi duit..
"
"
Rusiah dah pesan tolong ambilkan cop nama dia kat COPYSENT..
Dah ingat nanti kat kedai tu nak beli pen highlt nak baca buku kononnya..
Tapi LUPA lah lagi...
"
"
Rasanya satu hari ni macam-macam yang ibuayu lupakan..
Ada ubat tak nak hilangkan lupa
Ada orang kata kalau kita operate memang ubat bius tu bagi kita LUPA.....
Dah nak periksa ni janganlah bila nak jawab nanti LUPA LAK

Thursday, January 28, 2010

Bajuku berlubang..

tengah banyak bersabar ni..
baru balik ambil baju kat kedai jahit(takkan kedai basikal lakkan)
sebelum ni ibuayu tempah kat taman ni je..disebabkan org kemboja tu balik kg kenalah cari tkg jahit baru....
Kiranya macam nak cuba jelah kalau pakai sedap nak tempah lagi..kalau tak..hai..hai bye2.
Kiranya bila ayu kata sedap maka kawan2 sekolah pun akan hantar kain juga...
Dah nak jadi cerita masa ambil tu tak perasan pun..org tu pun terus masuk plastik..
bila balik rumah nak acu..alangkah geramnya bila tengok baju tu berlubang..
Rasanya berlubang sebab sterika panas...


Esok lepas balik sekolah ibuayu nak gi terjah kedai tu..
dah lah berlubang ..
ada carik benang ..
susun kain sebelah kiri
dah cakap dah nak sebelah kanan..kalau sebelah kiri kekok rasanya...
Tunggu jelah apa sambungan baju ni esok..(kalau sempat ptg ni nak singgah jap)
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015