Monday, December 26, 2016

KEJUTAN DI HARI LAHIR

Alhamdulillah
23.12.2016
genap umur ibuayu 43 tahun
org lain dah genap
kita penghujung baru genap...lagi 18 hari
nak masuk 44 tahun
tp kalau thn depan org tanya umur brp
masih sebut 43 tahun ya

masa hr jumaat plan asal nak ke ikea
ayahnas siap ckp...lepas tu nak gi mana bgthu je
layan birthday girl
lepas fikir2...
memang x tahu nak menanggok mana kat kl tu

so mulut ni ckplah gi cameron
x sangka ayahnas setuju
kami bukan x pernah gi cameron balik hari
tp selalunya dah plan awal
pkl 4 pg dah gerak
yg ni terkejut je
pkl 8 br gerak
alhamdulilah jalan semua ok
x jem
sampai lepak kat tanah rata dulu
ibuayu memang x nak gi arah brinchang
sebab tahu memang jem
yg penting ibuayu nak gi KG SEDIA
nak makan strawbery coklat and scone
dpt tu pun cukup
alhamdulilah semua dapat.
.tq ayahnas buat rasa kita semakin sayang..




kejutan seterusnya
kejutan sebelum birthday
member baik masa kat maktab minta alamat
nak pos something
barang tu sampai sehr sebelum birthday
dan makin teruja tu
purse yg ibuayu dpt tu memang purse yg sangat2 diidam2kan...
masa buka bungkusan tu siap menjerit sendiri....gembira betul...tq usu..next year dpt hadiah lagi x


kejutan seterusnya
walau dah terlewat hr sebenar
tiba2 noey..pembantu ibuayu kat libry
wasap tanya ada rmh x...
x lama lepas tu dia dtg bawa kek sr
aduhai touching lak rasa
alkisahnya hr jumat tu dia dah dtg gak bawa kek...tp ibuayu xde



alhamdulilah rezeki tahun ni
meriah dgn kejutan
meriah dengan ingatan dan ucapan
doa dr kawan2 samada di wasap atau di alam maya
sangat2 dihargai...
luv u all

Monday, December 19, 2016

BERCUTI KE JB

lepas check out mersing
kami menuju ke JB
ni kira first time ibuayu lalu laluan ni

sebelum sampai hotel
mcm biasa cr tempat mkn
utk membungkus
odw tu lak
faiz kena demam
maybe lama berendam
gi cr ubat and vicks utk dia
kebetulan gi 7E
kat kempas
berhadapan kedai makan safie sali
rezeki nampak dia duk luar kedai tu..
nmpk dr belakang pun jadilah
lepas tu br cari kedai nasi beriyani
ibuayu kalau nasi beriyani suka daging
ayam kurang sikit
ayahnas je yg turun beli
kebetulan kedai tu ada jual nasi ambeng
ayahnas bungkus sekali
alhamdulilah rezeki




rasanya kalau makan tghr ni lebih selesa makan kat bilik ...
santai2 je....
kalau malam memang mkn kat luar...
so lepas tu terus cr hotel
ni first time duk sini

senang je guna waze
lepas check in..
bg faiz makan nasi makan ubat
biarkan dia tido
mulut asyik bercakap je nak mandi kolam
dah demam apanya nak mandi kolam dik

so ptg tu kami santai2 duk dlm bilik

Friday, December 16, 2016

HOTEL MERSING BEACH RESORT

Mersing Beach Resort ni
betul2 kat area pantai air papan
kira dr bandar mersing dlm 11 km

kami duk bilik deluxe
satu katil double satu lagi single
harga rm200
tempah kat www.booking.com
include breakfast
mcm ibuayu
masa check in tu tanyalah
brrakfast kat mana
sebab diaorg bg kunci je
xde bagi coupn brekfst ke apa
sekali diorg jawab
nanti diorg hntr bilkk
nasi lemak
ooo mcm tu ya


nak cerita yg x best dulu
satu je pun x bestnya
bilik tu mcm connecting dgn bilik sebelah
so ada pintu antara bilik
yg diperbuat dr plywood
jadinya apa yang org sebelah ckp
kira boleh dengar
kecuali diorg berbisik hahaha
tu jelah pun
yg bestnya
kamo dpt bilik yg bangunan dia mengadap swiming pool
so x susahlah nak tgk faiz mandi
duk je kat beranda
kami lak dapat bilik bawah
so lagilah senang

pantai pun dekat situ je...
so boleh je nak mandi pantai ke
nak mandi  kolam

ibuayu memang x mandi pun
faiz jelah yg bergumbira












Wednesday, December 14, 2016

Makan di KAMBING 40 HARI

Kebetulan hr tu gi kluang nak amik mak mertua
kami singgah sini
ni nak ke Mersing singgah lagi
so utk bulan ni kira 2 x

so kalau tanya sedap ke x
dah tentulah sedap
tp ibuayu x makan kambing
so beli ayam
utk kali ni amik 1 set ayam 2 kambing
dan kami sampai awal
so roti canai ada lagi
faiz makan roti canai
ayahnas tambah kuah kambing

perut lapar
nasi fauzan x abis pun ibuayu yg sapu
kedai ni bukak jam 7.30 pg
nak senang kalau nak gi google dulu
tutup bila
rasanya weekend memang bukak je
masa tu org pun ramai
so kalau dr melaka boleh keluar tol yong pertama yg pertama
kalau terlepas
keluar tol air hitam
kedai tu pun memang nak dekat ayer hitam
so berpusing sikit xpe
sebabberbaloi
ibuayu x makan kambing
tapi kuah kambing dia memang ibuayu pulun




 dah brp kali makan
memang x jemu
bilalah diorg nak bukak cawangan kat melaka ni...

Tuesday, December 13, 2016

Bercuti ke Mersing

Rasa dah agak lama tidak ke sini
maka inilah destinasi cuti kami
itupun sebenarnya
plan nak gi utara
ayahnas nak tgk sekali MSKPP
ialah org tak boleh main
kaki sakit
dpt tgk pun jadilah kan
tapi tarikh tu lak
fauzan gi lawatan kelas dia
so kami nak tukar plan
gi ipoh...maybe nak duk taiping
tapi fikir punya fikir..
gi tempat lain sikit lah
jauh dari bangunan2 batu
so kami pilih mersing

gerak dr MT jam 7 pagi
tgk kat waze
dlm 3 jam smpi mersing
tp kami berhenti sarapan
kat kedai KARI KAMBING 40HARI

lepas tu berhenti lagi kat Kluang
nak posing kat mural 3D
So dlm pkl 11 lebih kami smpi pekan MERSING

ronda2 pekan mersing
lepas tu beli nasi bungkus
terus check in bilik
selalunya mai mersing kami duk area bandar dia
and selalu pilih HOTEL SERI MALAYSIA
kali ni kan nak lari dr bangunan batu so kami duk
MERSING BEACH RESORT
kat air papan...nanti cerita ya...

tayang beg dulu
hahahaa

Tuesday, December 6, 2016

Kuih Keria gula melaka yg viral

Ibuayu pun x pasti bila masa kuih keria limbungan tu viral
utk kami yg duk melaka ni memang dah tahu lama
memang dah tahu pun kalau nak beli kena beratur
dan kalau dah beratur tu pun silap2 masa turn kita dah abis yg dlm dulang
kena tunggu lagi
silap2 tunggu lagi setengah jam

tu dulu2 masa x viral
bila makin org perkatakan ni
ibuayu x pernah pergi
yg beratur dulu pun masih terasa
lamanya

so td kebetulan lalu kat coconut shake batu berendam
terpandang banner kuih keria
pesan kat ayahnas balik singgah
rezeki ibuayu..
x tahulah sebab bukan hujung mg ke
x yah beratur pun
masa beli pun panas2 lagi
kat belakang tu diorg tengah gentel and goreng
so sapa nak mai melaka bolehlah try
gi batu berendam sambil pekena coconut shake sana...


Monday, December 5, 2016

Sakit Tonsil

Sebelum ni memang dah pernah kena tonsil
and xlah kerap sgt.

tapi kali ni
sakit sangat
and lama

selalunya kalau dah gi klinik
alhamdulilah baik
tp yg ni x baik2
dengan sakit kepala
badan rasa berangin
dengan rasa seram sejuk
jangan nak makan
minum air masak pun rasa pedih tekak ni

seminggu lebih rasa sakit ya amat
dahlah mg tu sekolah ibuayu penuh dengan pelbagai majlis
memang lawan sakit je...
last sekolah hr sabtu tu
kami meeting akhir
balik dr meeting tu ibuayu singgah klinik lain
klinik tan
klinik ni nak tunggu turn memang lambat
tapi dia bg penerangan memang dahsyat
sangat teliti
dan doktor ni cadangkan supaya operate
huhuhu
yg tu tunggu dulu
seriau rasa

lepas balik klinik tu
ibuayu kerja makan ubat tido
bangun solat lepas ti tido
memang nak bawa badan x larat
air masak lak ibuayu minum berbotol2
anak dan rumah ayahnas yg uruskan
ada masa keluar gak air mata ni
sakit sesangat tahan sakit je
hr selasa tu br rasa kuat sikit..
tp lemah badan tu masih terasa
mcm x sedap badan
mulut pun rasa payau je....

ada yg bg nasihat ..makan ais krim vanila semua
tp doktor kata tu bukan rawatan yg terbaik
doktor kata makan ais krim gemuk hahaha

tulah
rasa insaf bila sakit ni
rasa seriau
kalau boleh x nak sakit lagi
nasib cuti sekolah dptlah rehat cukup2...




Sunday, December 4, 2016

Dah bujang anak ibuayu

3.12.1999
3.12.2016
sekejap je dah 17 tahun
pantas masa berlalu
kenangan masa nak lahirkan fauzan pun kuat dalam ingatan

ialah anak pertama
kisah lama duk kat labour room
tp x bersalin2
kisah ayahnas bertunggu tangga kat hosp ibuayu tak bersalin
at the end masa ibuayu nak bersalin masa tu ayahnas balik krubong kejap
kisah kelopak mata fauzan berdarah sikit.. mungkin masa tu doktor nak cepat operate ibuayu
kisah lepas ibuayu selamat bersalin nak tolak masuk ke wad
masa tu lah selisih dengan long nak dihantar ke labour room
dan masih kuat ingatan kucupan ayahnas di dahi ...mungkin tanda terharu atau terima kasih lahirkan anak dia
semuanya masih kuat dalam ingatan

alhamdulilah
Allah beri ibuayu anak lelaki yg mendengar kata
yg tahu tanggungjawab dia pada keluarga dan pada agama
nikmat yg mana lagi harus ibuayu dustakan
walau mungkin x sebijak sepandai anak org lain
tapi bila kita tahu aktiviti dia seharian
tahu perangai dia
syukur atas anugerah yg diberi...
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
berjaya di dunia berjaya di akhirat
menjadi contoh pada Faiz
menjadi insan yang soleh
pesan ibu kita perlukan kekayaan
bukan untuk diri kita semata2
tp sekurang2nya bila kita kaya
kita dapat gunakannya untuk ke jalan Allah.
untuk kaya kita perlu berjaya
kaya harta kaya ilmu  kaya iman kaya budi bahasa....
ibu sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak ibu



Sunday, November 20, 2016

Kesibukan melanda

baru berkesempatan jengah blog
tq pada yang sudi singgah
ibuayu memang x sempat betul
entahlah
sibuk..lagi nak cuti sekolah lagi terasa sibuknya
lagi2 mg depan
sekolah ibuayu 
penuh seminggu tu dengan pelbagai event

tapi penat macamana pun rasa teruja tu tetap ada
dan pastinya satu kepuasan akan terasa
bila sesuatu event itu berjaya

ISNIN ---HARI Q
SELASA---KHATAM AL QURAN
TUAN RUMAH NEGERI MELAKA
RABU----RAPTAI
KHAMIS---MAJLIS PERASMIAN SURAU 
DAN DEWAN TERBUKA
JUMAAT --MAJLIS PERSARAAN GB

HARAPAN MAJLIS BERJALAN LANCAR
DAN HUJAN TIDAK TURUN WAKTU PAGI
AMIN....

GALERI KAMI
Masa ni masih dalam proses


Monday, October 24, 2016

Patahnya Sebelah Sayap

sebelum ni ibuayu x layan cerita ni
x layan langsung
tp entah camna
hr sabtu tu terbaca sinopsis cerita ni
terus gi google
tengok kat web kepalabergetar

syok gila
ibuayu x mula dengan episod 1
tapi bermula dengan episod 5
tengok smpi episod 14
br tahu tinggal 1 je episod akhir
kemudian baru patah tgk episod 1
hahaha
memang best cerita ni
lakonan mantap2
 kelakar
sedih
manis2 cinta.....

tak sabar nak layan last episod mlm ni


Saturday, October 15, 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN

Review yg ibuayu beri ni x berbayar
and sedap ke tak
ni adalah tekak kami
tekak org lain x dpt dijamin

hr jumaat cuti TYT MELAKA
so memang dah booking hotel kat Kuantan
nak hilangkan stress anak2 sebelum nak exam
hahaha
ayat menawan
mak dia yg nak melanggok

so kalau kami gi kuantan
kami memang ada port2 makan wajib pergi
beli bungkus or makan kat sana
tp kali ni banyak bungkus je

waktu tghr kami gi gerai PAKSU DAN MAKSU
Lepas tu U turn kami gi singgah kat warung MOKNA
kedai ni area tanjung lumpur
tanya waze diorg boleh bawakan
kedai ni jual
pelbagai makanan dan makanan2 celup2 tepung
sata pun ada
makan panas2
harga jangan malu sebelum pilih boleh tanya dulu




tempat makan yg best and kira wajib gi
ana petai ikan bakar
pun kat area tanjung lumpur
kat area sini wkt mlm
memang happening
banyak gerai2 makan ..
nak ikan bakar boleh nak tomyam ada
ana petai ni kat tnjg lumpur ada 2 cwgan
satu jln besar
satu lagi masuk ke dlm tepi pantai




lala masak halia diorang memang sedap
ketam masak telur asin
ikan bakar petai wajib order
gmbr x snap hehehe

seterusnya
kedai nasi kukus dapur mama
x pernah makan kat kedai
beli bungkus otw nak balik melaka
so kami makan di dalam kereta
yg untung en drivelah ngangga je mulut
org sebelah suapkan
memang sedap sangatlah..biasa amik ayam goreng berempah..
sebelum ni gi beli 2 bungkus je
kali no ayahnas kata beli 3 bungkus..mana cukup nanti

last tempat makan and first time ibuayu gi
KULA CAKE
memang glem ya amat le
ibuayu beli manggo chese and carrot cake
memang sedap2 sangat

rasanya banyak lagi tempat yg sedap kat kuantan
tp dah gi sana 2 hr 1 mlm je x dan nak gi tempat lain..so kalau ada member2 tahu tempat makan yg sedap2 kat kuantan mehlah share info....

Tuesday, September 27, 2016

Datang Melaka boleh bercuti di Pantai Pengkalan Balak

Kalau orang luar datang MELAKA
mereka lebih mengenali pantai tanjung bidara

Pantai Kamunting atau Pengkalan Balak
terletak di kawasan Masjid Tanah
kalau rasa nak bercuti dengan suasana pantai
sangat2 mengalu2kan kedatangan kalian
kat area sini nak homestay ada
nak chalet ada
nak hotel pun ada
satu lagi yg best kat pantai ni
kita duk chalet yg menghadap pantai
so bangun tidur terus terjun kat pantai tu hahahaa

kat pantai and area sekitar sini tempat makan pun banyak
nak ikan bakar ada
nak asam pedas ada
kalau ada niat nak mai sini
nanti ibuayu buat entri lak
mana kedai makan yg sedap and berbaloi

pekan masjid tanah ni pun dekat je dgn pantai ni
pekan mt ni pun malam2 happening
nak mengeteh kedai mamak pun ada
so datang sini

x usah risau
and bg ibuayu memang memuaskan




Saturday, September 17, 2016

Daging goreng kunyit

Mula-mula ingat xde rezeki nak dapat daging korban
sebab atukmail xde rmh
ikut kitaorg gi nilai
so rmh kg xde org
adik ipar raya rmh mak dia
mak lak kan kat nilai
so memang berkata2 x pat makan dagibg korban
tp rezeki tetap ada
ayahnas balik rmh mak dia
bawa check up kat klinik
balik tu ayahnas kata ada daging korban
alhamdulillah rezeki
so sambil siang2 daging
pack kan dlm bekas siap2
budget ikut sekali masak
nanti senang x perlu difroz byj kali

so ibuayu buat goreng kunyit

********************
hiris daging nipis2
lepas tu lumur kunyit and garam
masukkan dlm kuali tanpa minyak
biar air daging keluar
kalau rasa mcm x empuk
letak air lagi..rebus sikit
kalai dah empuk letak sikit minyak
garingkan daging
lepas tu letak hirisan bawang besar
hirisan halia
cili merah
kcg pjg and lobak
makan dengan nasi panas2 dua kali menambah...

Friday, September 16, 2016

Jalan-jalan cari asam pedas

Memang dah plan
xde gi mana cuti seminggu ni
kami masak rumah sendiri
lepas tu esk bawa makanan rmh mak mertua
kemudian lepas solat gerak ke nilai
nek kiah duk sana sepanjang long and suami gi hj

tidur semlm kat nilai
hr selasa balik melaka
malam tu fauzan ada tuisyen
hari rabu pun fauzan tuisyen
hr khamis malam faiz lak tuisyen
so memang xde kesempatan
nak ke mana2 cuti ni
so kami plan hr khamis tu nak ke muar
nak pi mana
nak pi makan asam pedas
macam melaka xde lak kan haha
hr sabtu sebelum raya hj tu
ada jemputan kawin rmh gb
dia buat asam pedas daging
campur tulang bagai
kena lak dengan berasmathi
lepas tu ada lak roti canai
ibuayu makan lak roti canai tu
amik lagi kuah asam pedas
kalau ikut sekeping x cukup tu hahaha



hr sabtu belah malam lak kitorg gi makan
asam pedas kat pantai puteri
nampak x kat situ
pagi asam pedas..
malam asam pedas
kedai asam pedas ni sebelah dengan yong tau fo
duk kedai tu nak order yong tau fo pun boleh je
asam pedas letak kat claypot
so panas2 dia hidangkan


so khamis tu dlm pkl 10 kami gerak ke muar
jln mcm jem sikit kat bandar muar
tp kenderaan stil bergerak
so terus ke jalan junid
ada 3 periuk besar asam pedas tu
so kami amik ikan jenahak and ikan mayong
kena sambal belacan
waduh nikmat terasa
so sapa bercuti area selatan ni
bolehlah cuma
ni diantaranya
ada lagi asam pedas yg terkenal di melaka and muar
kami pernah gak cuba makan asam pedas parit jawa..tp cukup sekali kot...lain org lain selera dia kan
sedap kat tekak kita x semestinya sedap kat tekak org lain




Saturday, September 10, 2016

BIRTHDAY FAIZ 9THN TEMA RUNNING MAN

9.9 birthday faiz

Makin besar budak bujang ni ada banyak permintaan..
dia nak kek running man
gambar tu dia yg pilih





lepas tu bila kita kata potong kek kat kelas je
dia siap mintak nasi lemak
benda senang je
ikutkanlah
order kat kantin je hehehe

so waktu rehat tu kitaorg potong kek faiz
nasib ada ustzh hamidah tolong handle sama2
minta tolong gak ust roizol bacakan doa sikit


kat papan tulis ibuayu tulis perkataan korea
HAPPY BIRTHDAY FAIZ HAIKAL
tu pun kak ngah yg dah tolong tulis kat kertas

kat kek pun tulis nama faiz dlm bahasa korea
utk anak follow jelah

goodies dia pun wrn hijau
ibuayu x tolong pun
suruh dia pek sendiri
hehhee



alhamdulillah majlis kecil tapi puas hati
semoga faiz menjadi anak yg soleh..dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

Thursday, September 8, 2016

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH &BAWAL GORENG

Kepenatan sangat minggu ni
macam2 nak cerita kat sini
nanti2 dululah...
kita story bab makan
syok sikit
hr ni ibuayu try kedai baru utk mkn tghr
kedai ni dah lama
kedai masakan siam
tapi dia baru bukak berniaga utk waktu pagi and tghr

ibuayu memang suka try nasi kukus
so ajak member gi makan sana tghr td
kebetulan member nak betulkan tayar kereta

ibuayu order nasi kukus ikan bawal
cik ton makan nasi kukus ayam goreng berempah




situ ada jugak jual nasi itik
boleh tahan gak rasanya
cik ton org kelantan
so kuah dia memang boleh tahan lah

harga kira berbaloi gak
so sapa org mt nak cuba
boleh gi kedai ni
sederet dengan parlimen mt
berhadapan dengan klinik masjid tanah

rasanya kedai ni boleh delivery
senang kan...makanan sampai depan rmh

Monday, August 29, 2016

Kedai makan Kari Kambing 40 HARI

benda tak rancang jadi je...
kalau rancang x pasti lagi
pagi ahad dapat wasap group  tentang kedai mkn di batu pahat
terus send kat ayahnas
tiba2 ajak ayahnas
makan kat kedai kari kambing 40hari
terus ayahnas setuju
padahal ayahnas kata awal pagi tu nak gi gym

terus suruh anak2 siap
dlm pkl 12 kami sampai
kedai tu tengok dr highway

memang org penuh je
tapi jangan takut
kerusi meja memang banyak
kalau awal makanan ada lagi
rasanya masa operasi diorg
pkl 10 sampai 3
harap x silap
kalau nak ke kedai ni
dari melaka
keluar highway yong peng
ikut jalan lama nak ke ayer hitam
terpampang sign board dia


ibuayu gi kedai tu ramai org
sana layan diri
beratur je
lepas tu dia akan tanya nak apa
yg dia jual kambing and ayam
jangan gatal2 minta lembu
xdo

ibuayu and faiz makan ayam
ayahnas and fauzan kambing
ibuayu x makan kambing
tapi kuah dia ibuayu makan
memang sodap
melekat di jari

selesai makan balik melaka
pkl 3 dah smpi rmh
itu pun sempat singgah simpang empat beli apam balik sodap









Saturday, August 27, 2016

Me banjir

sebelum duk masjid tanah ni
me yg berkuah ibuayu tahu
me basah me hailam

datang sini
org sebut me banjir
rupa-rupanya
dulu2 ada kedai makan
kat pekan mt ni
jual me banjir yg sangat sedap

dan me banjir ni diwarisi anak mereka
tapi di kedai yang lain
kedai dulu
diorg ckp area mt lama

so malam bi
tekak teringin makan me banjir
so masaklah me banjir versi sendiri
me banjir sebenar ada hirisan daging yg sangat lembut....
stok daging ni diorg buat kuahnya

tapi yg ibuayu masak ni pun sedap gak
hahaha
janji anak2 makan licin kan
sodaplah tu....


Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015