kalau ikut turn lambat lagi bab cuti cameron ni
tapi nak awalkan supaya siapa yang bercadang nak ke sana
berhati2 semasa memandu
tahun ni ini kali ketiga ibuayu kesana
pertam aeal tahun dgn nek kiah
lepas tu bln 10 dgn rombongan sek naik bas
yang ketiga ni kami konvoi 3 kereta
kami ke CH ikut jalan Tapah
kiranya masa kami naik atas hujan lebat
tapi sebab depan kami tu ada lori besar
so rasa selamat sikit
masa tu dah nampak gak ada tanah yang memang dah runtuh
lepas tu banyak pembinaan jalan telah berlaku
setelah tiga hari kami turun mcm biasa
ayahnas yang jadi ketua rombongan
dan rasanya dah banyak kali ibuayu gi sana
ini saat yang rasa gerun ,seram dan risau sepanjang perjalanan
tanah runtuh sana sini
ada laluan jalan yang sangat sempit
dengan orang bina jalan lagi
ada satu jalan tu ayahnas kena undur nak bagi laluan pada bas
rasa syukur sangat bila dah sampai kat bawah
so ibuayu cadangkanlah kalau nak gi CH
eloklah lalu jalan simpang pulai
(kalau dari arah selatanlah)
takpelah jauh sikit rasanya
simpang pulai tu takde kawasan macam tapah kot
or kalau nak lalu jugak jangan sampai masa gelap malam
atau gelap pagi
kemudian jalan yang bengkoknya tajam tu sentiasalah bunyikan hon
CH ni ada tarikan kalau dalam sekali setahun tak gi tak sah rasanya