Saturday, September 14, 2013

Terasa sunyi dan sedih

Balik dari hospital hari Isnin
nek kiah and atuk mail duk rumah ibuayu
sampai hari Jumaat semalam baru diaorang balik rumah sendiri
ibuayu yang ajak duk sini
nak suruh nek kiah rehat betul-betul

jadinya pkl 5 lebih dah bangun buat sarapan dan masakkan
sekali untuk lauk maknak makan tengah hari nanti

begitulah rutin setiap hari
mak cuma masak nasi je
atuk mail punya lauk
ibuayu beli kat kantin or kat kedai seleas balik sekolah

so bila dah biasa balik rumah mak dan ayah ada
ni bila dah balik hantar mak
buka pintu je rasa sunyi
masa hantar mak memang dah ada drama air mata
ni bila balik rumah makin terasa

tapi hari Ahad ni nak ambil mak and bawa gi KL
lepas ni nak cari pula ada tak orang kat kampung yang boleh tolong masakkan

kalau nak beli kat luar masalah sikit
mak tak boleh pedas
tak boleh berminyak
kalau mak nak masak
takut mak cepat penat
nak  bagi mak rehat betul2
baru mak boleh masak seperti biasa

gambar candid



No comments:

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015