Ibuayu tak pernah ajar Tahun 1
tapi dari pemerhatian ibuayu
tak kiralah samada tahun 1 atau tahun berapa pun
kalau awal tahun ni semuanya baru
kasut baru
baju baru
beg baru
alat tulis baru
serba serbi
kalau sekolah menengah lain sikit
beg lama pun diaorang masih boleh pakai
ni sekdar tips je
1. Alat tulis
janganlah bagi anak bawa ke semuanya ke sekolah
beragaklah masuk ke dalam bekas pensel
rasa-rasa cukup untuk dia pakai
kalau sebatang susah pulak
nanti patah nak kena asah
kalau 3-4 batang pensel tu rasanya mencukupi
kalau ada sticker tampal kat pensel tu
supaya tak tertukar dengan kawan
kalau pensel warna tu memang anak2 suka beli yang besar
tapi kalau boleh yang besar tu tinggallah kat rumah
belikan yang sedang dalam 12 atau 24 batang
yang tu bawa ke sekolah
biasalah budak2 ada yang tak reti jaga
ada yang baik hati bagi kawan pinjam
ada yang bagi kawan terus
bila hilang kadang2 susah jugak nak kesan
apa2 pun tulislah nama kat kotak tu
2. Pakaian
sekarang ni dah tak risau
kalau PJ dah tentu boleh pakai baju PJ sampai balik
so takdelah kes tertukar baju
tapi kalau anak anda nak salin baju untuk ke sekolah agama di sekolah
baik tulis nama kat kolar dalam baju tu
ialah supaya senang cari kalau tertukar
3. kasut sekolah
kalau masuk makmal komputer
perpustakaan , surau
kasut dan stokin memang kena buka
walaupun kita suruh susun di rak ada masa tertukar juga
cerita pengalaman di sekolah
masa rehat pelajar masuk sendiri ke perpustakaan
bila loceng tamat gi lah ambil kasut
ada murid yang nangis cari kasut dia tak de
perpustakaan dah kosong yang tinggal sepasang kasut yang bukan saiz dia
maka kita yang cikgu ni gi lah masuk ke kelas2 cari siapa yang tertukar kasut
ada rezeki memang dapat jumpa
ada yang tak dapat
cian lak kat budak tu
so supaya senang anak kita nak cam kasut dia
tulislah sikit kat tepi kasut or tapak kasut
janganlah tulis besar gedabak
nanti macam rupa conteng kasut lak
4. Beg sekolah
memang fesyen sekarang beg roda kan
tapi tengoklah dulu keadaan sekolah tu
kalau kelas kat tingkat atas tu rasanya kurang sesuai beg beroda
bukan apa
dahlah berat dengan buku
beg roda tu pun biasanya berat sedia ada
maka kalau diaorang tarik beg nak naik or turun kelas
rasanya beg tu cepat rosak
untuk tahun 1 rasanya kebanyakan sekolah sediakan mereka
kat tingkat bawah atau tingkat 1
yang tu takde masalah sangat
5. penting ambil no telefon guru kelas
Rasanya ini sangat penting
bila KSSR ni penting kita tahu kemajuan anak dari masa ke semasa
selain itu bila ada kes kecemasan
anak sakit tak dapat hadir ke sekolah ke
ATAU
kita terlupa nak bagi anak duit ke
cian budak tu
kalau dia bagitau kat guru kelas tak pe
kalau tak laparlah dia
rasanya cikgu kalau bagi pinjam rm 1 takde masalah kot
ibu bapa pun dah tentulah akan bayar balikkan
hehehe
ini kongsi idea je
tak ikut pun tak pe
hehe
No comments:
Post a Comment