Saturday, January 7, 2012

Andai kata Alia masih ada

Dari menghadiri Orientasi Tahun 1 
sebelum buka sekolah lagi 
ada duka dihati
ada sesuatu yang mencengkam jiwa
memerhatikan teletah anak2 kecil yang melangkah ke alam persekolahan


dalam diam tak diam
sudah 7 tahun rupanya
hati ini telah berdetik
andai kata arwah masih ada
andai kata arwah kembali sihat
tentunya tika dan saat itu
aku jua sibuk melayan kerenahnya

dia akan ke sekolah bersama ibuayu





betapa lamanya menanti kehadiranmu 

dikau lahir disaat Fauzan  hendak masuk Tahun 1
dan kini andai kata dikau ada di Tahun 1
Fauzan pula ke Tingkatan 1
jika sebelum ini along Fauzan yang ibu uruskan
tentunya selepas itu dikau menjadi peneman ibu



kita hanya mampu mengimpikan sesuatu
kita hanya mampu berangankan apa sahaja
tapi segalanya hanya Allah sahaja yang menentukannya


rasa bagai semalam semua ini berlaku
melihat anak orang lain
melihat keletah mereka
terasa ada tangis di jiwa

doa ibu agar Alia bahagia disana
insyaallah satu masa kita akan bersua
nantikan ibu ini ya sayang
setiap saat tiap ketika dirimu tak pernah ibu lupa
walau kini keluarga kita hanya berempat tapi ibu sentiasa merasakan
anak  ibu ini sentiasa bersama kami





Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menjalani 
kehidupan di dunia ini

5 comments:

amiey lee said...

alfatihah tuk Alia...semoga Alia tenang di sana..
insyaAllah ada bidadari syurga untukmu kak..aminnn

azhariahzuber said...

alfatihah

mummy_ayu said...

al fatihah untuk Alia...

ALoNa CintamaniszLite said...

Dikatakan..bayi kecil yg telah pergi mengadap Ilahi...di akhirat nanti dia tidak akan mahu masuk ke syurga selagi ibunya tidak masuk bersama2. Allahu'alam...

rahayu said...

terima kasih semua..sudi mendoakan yang terbaik untuk kami

Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015