Sunday, May 1, 2011

faiz terkurung

Tengah si ibu sibuk membuat kerja sekolah
Si ayah pulak sibuk mengemas kereta
Si anak yang terkurung ini menangis di tepi pintu untuk dibebaskan

Cian dia..
macamana ayahnas nak baagi dia keluar..
habuk banyak sangat
masa taip entri ni dia dah dibebaskan 
suka bukan main....


Wednesday, April 27, 2011

Tanda tanya telah terjawab...

Padanlah bila ditanya ya pun tidak tidak pun tidak
hanya diri sendiri yang berangan-angan
"
"
hari ini segala tanda tanya telah terjawab
baru ku tahu sebab musababnya
"
"
peringatan untuk diri sendiri
jangan ditanya lagi buat kesekelian kali
ada masa buat bodoh lebih baik dari berkata-kata

bulan yang banyak dikuasai emosi..grrrrrr

Tuesday, April 26, 2011

Sambal Tumbuk

Bila petang je perut mulalah terasa lapar
ibuayu makan nasi pukul 8 pagi kat sekolah
lepas tu langsung tak makan tengah hari pun
petang kalau rajin bersilatlah kat dapur..
(apa nak bagi alasan supaya x masak: asgmnt tak de ..exam dah sudah..keh3)

Ayam yang beku dah keluar..tapi idea nak masak belum datang

yang dah datang idea masak nasi je....
dalam berfikir2 sambil layan blog terus teringat

entri ana iaitu sambal tumbuk
 kalau nak resepinya klik SINI ye...


gigih mengunakan apa bahan yang ada ..
yang takde pun takpe..contohnya cili merah 
dah kehabisan yang ada cili hijau and cili padi...
nak beli kat mana lakkan...

ikan bilis yang ni pun dah habis
tapi mana mungkin sambal tumbuk tanpa ikan bilis
terus suruh along gi kedai kat belakang....

siap je semuanya
tanpa membuang masa
tanpa menunggu suami tercinta
terus makan dulu...

inilah sambal tumbuk
"

ayam goreng



buat sup ayam

makan dengan nasi panas-panas
fuhhhhhhhh

sambal tumbuk tu
tak tahulah macamana nak kata rasanya
jadik ke tidak

ialah ni first time makan
tapi untuk diri sendiri sangatlah sedap
tapi letak lebih ikan bilis sikit kot lagi sedap
sebab masa masak pakai agak2 je ..tak ikut bilangan puan empunya resepi...
siapa tak de idea nak masak apa
bolehlah cuba gerenti berbaloi-baloi

Rezeki...

Alhamdulilah
Menang Teka teki mama tisya

Tq mama Tisya
sangat2 suka dengan key chain tu

unik je..

Friday, April 22, 2011

Jiwa kacau

Tak tahu kenapa hati ni begitu sensitif

Terasa nak marah

Terasa nak menangis

entahlah samada bulan yang mendatang

atau emosi diri yang tak stabil


Ya Allah kuatkan hati ini

Wednesday, April 20, 2011

Perangai Faiz yang terkini

Yelah makin besar perangai pun berubah2

kalau dulu pasang upin ipin khayal dia ngadap
bolehlah ibuayu buat kerja apa yang patut

tapi

sekarang ni dia ngadap tv mesti nak suruh ada bersama..
kalau dah sama dengan dia kerja apa yang boleh buat
lipat kain jelah

abis tu macamana nak masak...
bila kita ke dapur dia ikut..lepas tu ajak tengok tv..huhuhu...
tu yang jadi alasan kat ayahnas....
beli lauk ye bang ..ibuayu masak nasi je....keh3


lagi satu sekarang ni 

kalau kita ambil dia rumah mak jaga selamba je buat tak kisah
bukan kita dikejarnya buat dek je..


lepas tu kat rumah sibuk tanya mak mana mak mana...
aiz nak mak..aiz nak mak...(sambil muka sedih)
kalau keluar rumah nampak simpang rumah mak
aiz nak gi rumah mak...

ni mesti ibuayu garang kot..keh3 
takdelah kat sana ramai kawan kat sini dengan along je...
tu yang suka duk dengan mak....

lagi satu perangai dia kalau dengan along 
suka sangat lepuk along dia..

lepas tu kuat bergusti..
takkan along nak balas pulak..




faiz..faiz..macam2 perangai dibuatnya
tapi apa-apa pun dia memang penghibur..
kalau cakap pun dah macam lawyer..


Tuesday, April 19, 2011

Enaknya waktu panas-panas

Tiba-tiba tekak ni teringin sangat nak makan aiskrim
ialah cuaca yang sangat panas mengundang sesuatu yang dapat menyejukkan tekak
ni cerita ahad yang lalu.....

ini harganya RM 1.50

aiskrim ni faiz punya

 
yang ni RM 1.60
Fauzan punya



yang ini ibuayu punya
RM 3.80..

masa ambil tu tak sangka mahal macam tu..
first time makan
tapi rasanya kira ok lah..
Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015