Monday, March 15, 2010

Thanks to ieyza

Ni untungnya berblog..
Bila jumpa rakan maya yang baik hati macam ieyza ni
Alhamdulilah ibuayu dapat baucer percuma ke taman buaya melaka.
Rasanya dah lama betul tak gi sana
Terkini diaorang dah buat temat mandi macam A famosa
So harap-harapnya dapat ibuayu gi sebelum due date baucer tu

Thanks ye ieyza ibuayu suka sangat
siap bagi baucer makan sekali...





Sunday, March 14, 2010

UlangtahunPERTAMA

Dah setahun rupanya ibuayu terlibat dalam dunia blog ni..
Entri pertam 25/1/2009
Seronok rasanya..
Sekejap lak rasanya dah setahun

Asalnya pada tahun 2009 bila ada si faiz ni sibuk cari maklumat tentang pouch sling..And rasanya blog pertama yang ibuayu terjah blog shais(www. saahirsi.blogspot.com ).dari cerita and cara penulisannya menyebabkan ibuayu mula berjinak2 untuk membina blog sendiri.

Rasanya dengan ada blog ini ia dapat menambahkan banyak ilmu.terutama ilmu keibuan and mendapat ramai kenalan..Selain itu blog ini jugalah yang menjadi diari hidup kita dan bakal tatapan cucu cicit kita satu hari nanti..

Pada masa ibuayu menulis entri ini ibuayu dah ada 95 orang followers..Alhamdulilah semoga rakan2 di alam maya ini akan menjadi rakan2 ibuayu selama-lamanya.
seronok mengenali kalian umpama kita berada dekat untuk bercerita di saat manis and duka.
Sayang kalian..Untuk yang jadi silent reader tq so much to..

Tengoklah lepas exam kalau ada masa boleh buat contest walaupun dah terlambat kot..

Saturday, March 13, 2010

Keraniku..bersara

kerani di sekolah adalah satu jawatan yang sangat penting.
Umpama tanpa murid siapalah guru..tanpa guru lagilah murid tak boleh belajar...
Tanpa kerani sapa nak buat claim and gaji...

Entri ni khas untuk akak kesayangan yang akan berpencen 15hb ni..
Telah berkhidmat selama 37 tahun..lama ye..
Walaupun akak sawiyah mungkin tak baca blog ibuayu ni
namun ayu nak akak tahu akak umpama ibu and kakak kepada ayu..
terima kasih banyak2 kak..
galakan dan bahu yang akan pinjamkan untuk ayu semasa ayu berada saat kedukaan..
perit sungguh rasanya bila orang kita sayang satu demi satu berpindah atau pun berpencen...
sayang akak..semoga kami di skdtk tidak akak lupakan

Walaupun pepatah ada mengatakan patah tumbuh hilang berganti tapi rasanya yang ganti tak sama dengan yang pergi...
Petang tadi gi jumpa akak air mata ini jatuh bercucuran lagi...

Friday, March 12, 2010

Ayam penyet

Cerita lama..
Selasa ibuayu sukan rabu cuti ..so gi melaka dengan fizan..
jalan kat kota fesyen..first time gi situ..
Okey tempatnya banyak pilihan..tapi kurang pengunjung..sian tengok..
lepas beli barang ingat nak pekena abc kat mydin..lalu jumpa kedai ayam penyet..
So apalagi cubalah..nasinya oklah tapi air dia sedap betul air asam boi..tak macam air asam boi kita..
Dah kenyang singgah gak mydin..siap bungkus ABC...
and yang penting..seronok betul gi tempat shopping di saat semua org gi kerja ye...Bila nak kaya agaknya..dapat goyang kaki kat rumah..




fizan..

Tuesday, March 9, 2010

blog siapa ye

Ibuayu tak ingatlah..
sebelum ni ibuayu ada gi kat satu blog yg cerita gi Tanjung lumpur .beli kuih muih kedai mona kot yang sedap and murah..Puas ibuayu survey tapi tak jumpa..So kalau tuan punya blog tu baca rintihan hati ini bgtau ye..Ada sebab kenapa..nak gi cuti kat sana..nanti boleh cari kedai tu kat area mana..

Sunday, March 7, 2010

Kisah rumahtangga

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
"
"
keh3..macam-macam kerenah manusia selepas berumahtangga..Suami anda bagaimana???

Untuk ibuayu setelah 12 tahun melayari bahtera rasanya bagaikan baru berakad nikah..keh3
Siapa yang tak pernah tergigit lidah..tipulah...
Alhamdulilah rasanya kasih sayang untuk ayahnas tak pernah pudar..
Ayahnas bagaikan anugerah yang diberi untuk melengkapkan hidup ini.
"
"
Andai kata ibuayu rumput ayahnas lah tanahnya..
kalau ibuayu pasu ayahnaslah bunganya
kalau ibuayu malas masak ayahnas lah chefnya..
"
"
Cuma kesibukan ayahnas ada masanya menguji keimanan seorang isteri..
mana taknya ada masa kat rumah 2 jam je kemudian dah gi traning..Malam sampai pkl 8.00 mlm lepas tu gi meeting...
Tapi semakin lama semakin memahami..(kdg2 saje buat2 tak paham)
"
Sayang abang.Terima kasih atas segalanya.

Surprise..untuk Kak Long

Ptg jumaat kak long call..hari tu birthday dia..and dia kata sabtu dia nak outing..
So janji pukul 1.00 ibuayu akan ambil dia.
hari Sabtunya pagi2 lagi Long (ibu athilah) dah call nak gi Mt..nak surprise kan kak long..
So plan ibuayu kena gi beli kek .long beli KFC..
Dah ambil kak long..ibuayu keluar sorang2 gi beli kek..
lepas tu masukkan kek ke dalam bakul baju supaya kak long tak nampak..
Dalam pkl 3 ada org ketuk pintu..fauzan lari ke dapur..(tak tahu kenapa dia pulak yg terlebih..)
Suruh kak long buka pintu..(marahkan fauzan malas buka pintu...)
And then terkezut..bila tengok family dia datang...
Keh3 kak long dah terkena...
Suka dia..
Anyway..to kak long
happy Birthday ..Moga jadi kakak yang baik untuk adik-adik ..
and jangan mudah merajuk ye..




Copyright to Rahayu Ismail
Designed by UMIESUEstudio 2015