Friday, July 2, 2021
Panduan Untuk Pergi Vaksin
Friday, February 12, 2021
Selesai Umrah 1
Kembara Umrah Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Selesai diorg umrah pertama salin pakaian. Ayahnas call ajak ngeteh. Ngeteh jam 1 pagi. Anak2 lapar katanya. Ialah tenaga banyak habis Lagi2 faiz haikal. So kami minum kat bawah hotel tu je.. Kedai minum sana ada je buka 24 jam.
Anak2 order syawarma, murtabak dan air nas pekena air tebu..
Pagi buta minum tebu...
#KUN2020
Roti Keras
Kenangan UMRAH Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
HJ kecil kami.
Sebelum gi umrah pesan kat faiz masa Kat Mekah jaga mulut jangan cakap bukan2.ayat dia kan selalu di luar kotak. Alhamdulilah senang jaga faiz. Jarang dengar dia mengeluh. Bab makan pun kena menu hotel tu dengan selera dia. Bab roti keras ni yg tak menahan. Roti ni memang ada di setiap mas a akan. So lepas makan nasi faiz mesti makan roti keras.
Semoga faiz diberi kesihatan yg baik kecerdasan akal fikiran dan menjadi anak yg Soleh.
Lots of luv
#KUN2020
Tuesday, February 9, 2021
MASJID QUBA
Kembara Umrah Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Hari ke 3 di Madinah kami dibawa ke Masjid Quba
Mengambil wuduk dirumah dan kemudiannya menunaikan solat di Masjid Quba pahalanya 1 umrah.
Lepas situ sepatutnya kami ke Ladang Kurma. Tp org terlalu ramai dan jemaah kami pun x mahu turun maka kami dibawa ke Kilang Al Quran. Ni luar pakej so kita share sorang sikit utk driver bas bawa kami ke sana. Nak masuk kilang tu beratur panjang. Kemudian sebelum pulang kami dihadiahkan Al Quran sorang satu. Suka sangat.
Selepas itu sepatutnya kami ke Bukit Uhud. Tp sebab kekangan masa mutawif bawa keesokan harinya..
#KUN2020
BUKIT UHUD
Kembara Umrah Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Bukit Uhud
Santai pergi sini.
Masa tekun makam syuhada tumpang dengar group lain tgh bagi tazkirah. Sayu rasa.. Allahu. Pengorbanan mereka dan macamana manusia leka melihat harta setelah sangka menang dlm peperangan.
Ini merupakan ziarah terakhir kami keluar Dr tempat tinggal. Dua hari lepas tu kami acara sendiri.
Sekejap je masa nak pulang msia..
Masa tulis catatan ni pun rasa rindu sangat.. Badan diaini jiwa di sana.
#KUN2020
Monday, February 8, 2021
Rnr Mekah ke Madinah
Kembara Umrah Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Perjalanan ke Madinah.
Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Sangat teruja kerana pertama kali. Lepas nak tengok mcmana rnr yg sering diperkatakan. 2 kali kami berhenti di rnr. Walau bukan macam rnr Malaysia tp bg ibuayu ok je.
Dalam bas tido kejap je sebab jalan di siang hari rugi x dpt tgk pemandangan padang pasir.
Teringin gak makan nasi arab masa kat rnr tp sebba perut kenyang layan anak2 makan burger dan kebab..
#KUN2020
Madinah
Kembara Umrah Nasyu 2020
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Kami tiba Madinah dah tgh malam. Esok pagi mutawif bawa ziarah Masjid Nabawi. Mengenali persekitarannya..
Syukur Alhamdulilah ada rezeki kami di sini..
Di Madinah banyak aktiviti ziarah dan melontar.
#KUN2020
















